Wednesday 17 October 2018

BALAS JASA ANJING, PEMILIK BUAT RUMAH HARGA $500,000


Zhou Tianxiao asal China membuat rumah anjing berharga $500,000. Dia pada mulanya tidak mempunyai tujuan di dalam hidup akhirnya menjadi seorang jutawan kerana seekor anjing. Zhou berkata, anjingnya yang bernama Sylar memberikannya tujuan untuk hidup.


4 tahun yang lalu, Zhou hanyalah seorang penganggur yang tinggal bersama neneknya dia luar bandar. Pada umur 15 tahun, dia berhenti sekolah dan hanya melepak di Cyber Cafe untuk bermain game.


Sehinggalah suatu hari, seorang kawannya memesan dia untuk membeli seekor anjing sebagai teman. Kerana kebosanan dengan rutin hidupnya, Zhou pun membeli anjing tersebut dan mengajarnya melakukan aksi seperti yang ada di dalam Youtube. 


Setelah mahir membuat aksi, Zhou pun merakam  Sylar membuat aksi dan memuatkan video tersebut di dalam laman web Meipei iaitu sebuah laman web video seperti Youtube. Tidak disangka-sangka, video Zhou mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Dia pun meraih sejumlah duit yang sangat lumayan termasuk 800,000 follower di laman video tersebut. Dengan duit yang ia miliki, Zhou pun membuka bisnes menjual barangan anjing di Tao Bao sehinggalah dia menjadi jutawan. 


Zhou sangat berterima kasih dengan anjingnya Sylar sehingga dia pun mentatu tangannya dengan nama Sylar. Menurut Zhou, rumah anjing yang berharga $500,000 ini tidak sebanding nilai jasa Sylar kepadanya.

No comments:

Post a Comment