Sunday 16 July 2017

KAYA KERANA BUSUT EMAS ANAI-ANAI


abdomen anai-anai yang terdapat serbuk emas

Pernahkah anda terfikir, anai-anai boleh membawa kekayaan? Sebelum ini, kita hanya melihat anai-anai sebagai serangga perosak dan merugikan. Hal ini tidak dinafikan kerana anai-anai mencatat nilai kerosakan dan kerugian yang sanggat tinggi di Malaysia.

busut anai-anai boleh mencecah ketinggian sehingga 12 meter

Walaupun anai-anai ini mempunyai sisi gelap yang dipandang serong oleh masyarakat, ternyata para penyelidik Australia melihat sebaliknya. Di Australia, busut anai-anai boleh mencecah ketinggian sehingga 12 meter. Busut ini adalah hasil galian tanah dari bawah yang dibawa ke atas oleh anai-anai. Hal ini memudahkan para pengali emas kerana mereka hanya perlu melihat sampel emas yang ada pada busut tersebut tanpa perlu mengali ke bawah yang mana menelan kos yang sanggat tinggi.

para penyelidik mengambil sampel busut

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah busut anai-anai yang anda temui menpunyai emas? jika tidak, usah rugikan diri anda. Hapus anai-anai ini dengan kadar segera.


No comments:

Post a Comment