Monday 8 October 2018

3 PERKARA YANG MENGHALANG KEJAYAAN ANDA SELAMA INI



Baru-baru ini saya telah membaca sebuah artikel khusus berkenaan kejayaan. Banyak perkara baru dan benda menarik yang saya pelajari. Saya akan berkongsi salah satu topik berkenaan 3 perkara yang menghalang kejayaan kita selama ini. 

PENGHALANG 1 : ANDA PERCAYA CERITA YANG ANDA REKA


"Saya tidak pandai berniaga." "Saya tidak kreatif." "Saya tidak cukup ilmu." Ayat-ayat ini adalah cerita yang telah anda cipta dan dengar selama bertahun-tahun. Anda mendidik diri anda untuk percaya bahawa anda tidak mampu. 

Sebenarnya, anda tidak perlu mendengar keluhan diri anda sendiri. Jika anda membiarkan minda anda dipengaruhi tangapan negatif, anda akan cenderung untuk mendapatkan hasil negatif. Mulai hari ini, cuba elakkan diri anda mengeluh. Katakan anda YAKIN BOLEH!

PENGHALANG 2 : ANDA MEMANDANG REMEH KEMAMPUAN ANDA 


Ini adalah perkara yang sering mengagalkan usaha anda untuk berjaya. Anda ragu-ragu dengan kemampuan anda sendiri. Alasan manusia yang memandang remeh kemampuan sendiri ialah, dia belum bersedia.  Di dalam perniagaan, tidak ada istilah hari yang tidak tepat untuk mulai berniaga. Jika kamu ingin berniaga, lakukannya sesegera mungkin.

Jika anda merasakan tidak cukup ilmu untuk berniaga, mulailah berniaga. Perniagaan itulah yang akan menjadi ilmu anda secara tidak langsung. Usah menunggu waktu sempurna, tetapi sebaliknya sempurnakanlah hari tersebut.

PENGHALANG 3 : ANDA TERLALU MENGAMBIL KIRA PANDANGAN ORANG LAIN


Anda terlalu peduli. Anda seorang yang suka mengembirakan orang lain. Kenapa anda harus mendengar kata orang lain semata-mata untuk mengembirakan mereka sedangkan anda merasa tidak selesa? Jangan biarkan orang lain melampaui sempadan sehingga menjadikan anda seperti hidup untuk orang lain. 

Tentukan matlamat anda. Fikirkan kenapa anda harus melakukan perkara tersebut. Jika anda ingin melakukan perkara besar, kenapa perlu mendengar bisikan penghalang dari perkara-perkara kecil. Bantulah orang lain dengan cara anda sendiri. 

No comments:

Post a Comment