Thursday 11 October 2018

MEMBESAR DI DALAM HUTAN BERSAMA MONYET DAN AKHIRNYA BERKAHWIN DENGAN SEORANG SAINTIS


Marina Chapman adalah wanita kelahiran Colombia-British yang mengaku pernah membesar di dalam hutan bersama sekumpulan monyet ketika dia masih kecil. Dia juga menulis autobiografi berkenaan kisah tersebut yang bertajuk The Girl With No Name dan disiarkan pada tahun 2013 oleh Mainstream Publishing.


Menurut Chapman, ketika itu dia baru berumur 4 tahun. Dia telah diculik dan ditinggalkan di dalam hutan tanpa sebab yang pasti. Dia terpaksa berkawan dengan sekumpulan monyet yang berada disitu untuk beberapa tahun lamanya. 


Membesar bersama sekumpulan monyet, Chapman akhirnya lupa untuk bercakap. Dia hanya mampu membuat bunyi-bunyian seperti monyet. Malah Chapman juga berjalan seperti monyet dan memanjat pokok-pokok. Walaupun ketika itu dia baru sahaja berusia 4 tahun, badannya sudah jauh lebih besar berbanding monyet-monyet tersebut.


Sehinggalah pada suatu hari, kehidupan Chapman berubah apabila sekumpulan pemburu menemui dia di dalam hutan. Dia telah di bawa keluar hutan dan dijual di rumah pelacuran. Setelah itu dia pun hidup di jalanan dan akhirnya menjadi hamba kepada sebuah keluarga mafia.


Maruja yang merupakan jiran kepada mafia tersebut sanggat bersimpati dengan nasib Chapman. Dia pun melarikan Chapman secara senyap-senyap. Anak Maruja yang bernama Marina pun mengambil Chapman sebagai anak angkatnya dan membawa dia tinggal di Bagota, ibu kota Colombia.


Setelah beberapa tahun, Chapman pun berhijrah ke England bersama-sama dengan anak Marina. Di sana Chapman akhirnya berkahwin dengan seorang saintis dan mempunyai dua orang anak.


Hari ini, Chapman sudah tidak mampu lagi mengingati keluarga kandungnya sebelum dia diculik dan ditinggalkan di hutan.

No comments:

Post a Comment