Saturday 6 October 2018

PEMENANG LOTERI DARI MISKIN JADI KAYA AKHIRNYA BERAKHIR TRAGIS

Jika kamu diberikan 10 juta hari ini, adakah kamu yakin hidup kamu akan jadi lebih sempurna? Adakah kamu yakin kamu sudah bersedia menjadi kaya? Ramai di luar sana yang telah menjadi kaya secara tiba-tiba kerana memenangi loteri tetapi gagal mengawal kewangan dengan baik. Berikut merupakan senarai para pemenang loteri yang jatuh miskin semula. Semoga kita dapat mempelajari sesuatu daripada cerita ini.

1. Michael Carroll (9.7 juta pounds)

Michael Carroll merupakan seorang pekerja pengutip sampah yang telah memenangi loteri sebanyak 9.7 juta pound. Pada waktu itu dia baru sahaja berusia 19 tahun. Malangnya, dia mengunakan hasil kemenangan tersebut untuk membeli dadah. Ketagihan beliau menyebabkan dia kerapa kali ditangkap polis. Setelah beberapa tahun, wang kemenangan tersebut habis sehingga menyebabkan dia terpaksa bekerja di kilang daging.

2. Gerald Muswagon (10 juta USD)

Setelah menjadi kaya, beliau tidak menunggu lama untuk berbelanja besar. Dia membeli sebuah rumah sebagai tempat untuk berpesta dan menamakan rumah tersebut sebagai "party pad". Beliau juga sempat menghadiahkan TV dan kereta-kereta mewah untuk kawan dan saudara mara. Hidup mewah Gerald tidak bertahan lama sehingga dia akhirnya membunuh diri.

3. Janite Lee (18 juta USD)

Janite mempunyai ketagih untuk berjudi. Dia dilaporkan kerugian 300,000 USD setiap tahun. Walaupun suka berjudi, beliau seorang yang pemurah. Dia suka menderma dan pernah direkodkan menderma sebanyak 1 juta USD untuk membina sebuah perpustakaan. Dia juga giat dalam politik sehinggalah dia akhirnya jatuh bankrup pada tahun 2001.


4. Billie Bob Harrell (31 juta USD)

Billie menghabiskan 31 juta hanya dalam masa 2 tahun. Dia membeli rumah, menderma dan banyak menghadiahkan barang-barang mewah untuk kawan. Setelah 2 tahun dia akhirnya membunuh diri.

5. Sharon Terabassi (10.5 juta USD)

Sharon suka berkongsi kekayaan dengan orang lain. Dengan duit kemenangan tersebut, dia membawa kawan dan saudara mara untuk keluar melancong di serata tempat. Dia juga menghabiskan berjuta ringgit untuk diberi kepada kawan dan saudara mara. Setelah 4 tahun terus berbelanja, dia akhirnya jatuh miskin dan terpaksa bekerja makan gaji.

Kesimpulan daripada kisah para pemenang loteri ini adalah, mereka kekurangan kemahiran dalam menguruskan kewangan. Tidak salah untuk berbagi kekayaan dan menderma, cuma anda harus berhemah dalam perbelanjaan. Jika kamu suatu hari nanti menjadi jutawan secara tiba-tiba, jika tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri, upahlah seorang pengurus kewangan. 

No comments:

Post a Comment