Monday 22 October 2018

DIDENDA RM300 KERANA CUBA MENOLONG ORANG TUA DIPUKUL

 

Di Rusia, seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang perempuan tua daripada dipukul telah didenda 300 ringgit. Menurut Shchepel, dia tidak kisah didenda kerana nyawa dan kesihatan perempuan tua itu lebih penting.


Kejadian bermula, apabila seorang lelaki muda yang sedang mabuk tersalah mengetuk pintu rumah. Ketika Klara perempuan tua itu membuka pintu, lelaki muda itu segera memukulnya sehingga patah tulang rusuk dan gigi kerana menyangka Klara adalah penceroboh.


Shchepel yang mendengar jeritan Klara segera belari dan menendang muka lelaki muda tersebut. Kerana terlalu mabuk, lelaki muda itu hanya terduduk diam dan tidak membalas tendangan Shchepel.


Malangnya, setelah sedar, lelaki muda itu melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan bertindak menyaman Shchepel. Mungkin sebagai pengajaran, Shchepel didenda kerana bertindak sendirian tanpa meminta bantuan dari pihak polis. Di kebanyakkan negara, orang awam dilarang bertindak menghukum sendiri orang yang melakukan kesalahan. Lagi pula, lelaki muda itu hilang pertimbangan kerana mabuk, tetapi Shchepel pula dalam keadaan waras. 


No comments:

Post a Comment