Wednesday 11 April 2018

ORANG SABAH KENAPA KAU CANTIK-CANTIK?

(Perempuan Sabah dengan pakaian tradisi)

Bagi anda, apakah takrifan cantik untuk seorang perempuan? Cantik itu subjektif. Di suatu kawasan di benua afrika, perempuan yang gemuk merupakan perempuan yang paling cantik. Setiap manusia mempunyai takrifan cantiknya yang tersendiri. Secara puratanya, ramai yang berpendapat bahawa kecantikan perempuan itu berdasarkan sifat fizikal. Contohnya berbadan langsing, berhidung mancung dan tinggi.

Dalam penyelidikan Stigma Research, kecantikan itu dibahagikan kepada tiga iaitu, kejelitaan, kebijaksanaan, dan perilaku. Kejelitaan merujuk kepada sifat fizikal, kebijaksanaan merujuk kepada tahap intelektual dan perilaku pula merujuk kepada sifat keperibadian, tingkah laku dan perangai. Daripada 1200 orang peserta, seramai 40% mendefinisikan kecantikan itu berdasarkan sifat fizikal. Manakala hanya 6.1% mengatakan perempuan yang cantik itu berdasarkan tahap intelektual.

(Tracie Sinodol dari Sabah dikatakan mirip artis dari China Angela Baby)

Bagaimana pula dengan perempuan Sabah yang cantik-cantik? Hal ini tidak dinafikan kerana ada yang memasukkan posting ini di dalam ruangan forum sosial iaitu lowyat.net. Rata-rata bersetuju bahawa perempuan dari Sabah sememangnya cantik-cantik. Mereka menakrifkan perempuan Sabah cantik kerana berkulit putih, berdahi luas, ramah dan murah senyuman.

Ada yang bergurau bahawa sememangnya perempuan Sabah sangat cantik sebab itulah berian perkahwinan mereka mencecah ribuan ringgit. Malahan, di Sabah katanya ada berian sampai mati. Selain itu, ada pula berkata berian mengikut tiang rumah. Satu tiang satu ribu. Wah... bagaimana kalau perempuan itu tinggal di rumah panjang?

(Phantegrow Louiselle Leo Estrop dari Sabah mirip Selena Gomez)

Mengikut teori lain pula, mereka berpendapat, perempuan Sabah cantik-cantik kerana hasil daripada kacukan genetik. Bayangkan sahaja, bangsa asli di Sabah terdiri daripada lebih 30 kumpulan. Ini tidak termasuk bangsa asing yang telah memasuki Sabah dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya sendiri mempunyai kenalan yang mempunyai kacukan lebih daripada 4 bangsa. 

Ada orang mengatakan, perempuan Sabah kalau tinggi dia cantik, kalau rendah dia comel, kalau langsing dia menarik, kalau gemuk dia montel. hehe

Jumpa lagi di posting seterusnya.. salam positif.

No comments:

Post a Comment