Wednesday 10 October 2018

PEMBUNUH BERSIRI YANG PERNAH MENGEGARKAN MALAYSIA


Sebenarnya, Malaysia juga pernah menjadi tempat tinggal pembunuh bersiri. Kerana keterbasan media massa dan cetak ketika itu, kes ini tidak diketahui ramai.


Charles Sobhraj adalah pembunuh bersiri yang mempunyai beberapa nama gelaran contohnya, The Bikini Killer, The Splitting Killer dan The Serpent. Dia juga mempunyai rakan jenayah iaitu Chowdury. Sobhraj sangat licik sehingga sukar dikesan pihak berkuasa. Dipercayai, dia juga telah membunuh Chowdury di Malaysia sebelum berhijrah ke neraga lain dan meneruskan aktiviti jenayahnya.


Sobhraj adalah kacukan Vietnam dan India. Setelah ketiadaan ayah kandungnya, dia kerap berhijrah ke Perancis bersama ayah tirinya. Di sana, dia sudah mulai melakukan jenayah seperti rompakan. Dia digelar pembunuh bersiri kerana kerap melakukan pembunuhan tanpa dapat dikesan oleh pihak polis.


Tidak hanya di Malaysia, Sobhraj melakukan jenayah di merata-rata tempat termasuklah, Iran, Perancis, Veitnam , Thailand dan beberapa negara lain. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya Sobhraj telah tertangkap di India kerana melakukan rompakan. Dia dipenjara selama 17 tahun dan akhirnya dibebaskan.


Setelah itu, dia kembali ke Perancis dan menjadi terkenal disana. Dia menjadi bahan utama untuk tiga buah buka dan empat dokumentari. Dia berjaya mendapat bayaran yang sangat lumayan. Mungkin kerana telalu yakin dengan kemampuan diri, dia melakukan kesilapan kerana cuba untuk melawat Nepal. Di Nepal, Sobhraj masih berstatus dikehendaki kerana kesalahan membunuh. Dia akhirnya ditangkap dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup disana.

No comments:

Post a Comment