Labels

Showing posts with label INFO SERANGGA. Show all posts
Showing posts with label INFO SERANGGA. Show all posts

Saturday, 13 April 2019

SEJAUH MANA BAHAYA LIPAS



Sesetengah orang sangat geli dan takut dengan lipas. Tetapi ada juga yang menjadikan lipas sebagai hidangan makan malam. Secara lahirnya, lipas tidaklah kotor dan berbahaya, kecuali apabila ia membiak dan membesar di kawasan persekitaran yang kotor sahaja.

Apabila lipas ini membesar di persekitran kotor, secara tidak langsung lipas akan menjadi perumah kepada beratus ribu bakteria. Hal ini menyebabkan lipas dikesan sebagai agen penyebar penyakit. Selain itu, lipas turut mencemarkan makanan, menyebabkan alahan dan juga asma.


Lipas membawa bakteria dan kuman pada kaki dan badan mereka semasa mereka melalui kawasan-kawasan kotor dan seterusnya memindahkan bakteria dan kuman tadi pada makanan dan kawasan baru yang mereka lalui.


Mengikut kajian, lipas dipercayai membawa bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit diarrhea, dysentery, cholera, leprosy, plague, demam typhoid dan penyakit tular seperti poliomyelitis.

Wednesday, 10 April 2019

LALAT BERAK SETIAP BEBERAPA MINIT


Cukup kotorkah lalat? Lalat adalah dua kali ganda lebih banyak bakteria berbanding lipas. Justeru itu, lalat sudah semestinya dua kali ganda lebih berbahaya berbanding lipas.


Antara punca utama penyebaran bakteria dari lalat adalah dari sifat semulajadi lalat tersebut. Lalat mempunyai sifat untuk membuang najis setiap beberapa minit. Potensi rumah anda mempunyai hasil buangan najis lalat adalah tinggi jika lalat sudah berada beberapa minit di dalam rumah.


Bukan itu sahaja, lalat juga memuntahkan cecair asid daripada perutnya sebelum mula makan. Jika lalat sudah menjamah makanan anda, adalah sebaiknya untuk terus membuang makanan tersebut untuk mengelakkan keracunan makanan.


Jika anda sukakan kebersihan, anda digalakkan untuk mengunakan spray serangga Organic Peace. Spray ini dihasilkan dari bahan organik dan tidak mempunyai racun yang berbahaya kepada manusia. Tidak seperti spray serangga biasa, kesan spray ini boleh bertahan sehingga tiga ke lima hari. Kerja anda lebih mudah kerana tidak perlu berulang kali menyembur ruangan rumah.

Friday, 5 April 2019

LIPAS SUKA DIBELAI MACAM KUCING


Lipas adalah thigmotropic, yang bermaksud mereka suka merasakan sentuhan. Mereka gemar untuk merasa sesuatu pada badan mereka. Sebab itulah kenapa lipas menjadikan rekahan dan tempat-tempat sempit sebagai tempat tinggal. Sentuhan dinding pada badan memberikan mereka rasa selesa.


Seperti kucing, lipas juga ingin dibelai. Tetapi sudikah anda membelai seekor lipas? 

Untuk mereka yang tidak suka membelai lipas kerana lipas membawa kotoran dan bakteria, gunakanlah spray serangga Organic Peace. Sekali semburan tahan sehingga 3 ke 5 hari. Hapus, Halau, Halang!


Thursday, 4 April 2019

JUMPA TELUR KUTU BERSEPAH DALAM RUMAH, MESTI ADA SEBAB


Seringkali disalah mengertikan, kutu kucing sebenarnya tidak bertelur di cadar, tilam atau perabot rumah. Kutu hanya bertelur pada badan perumahnya. Hal ini dapat membantu telurnya yang menjadi larva sesegera mungkin untuk mendapatkan makanan.


Telur kutu yang bertaburan di sekitar dalam dan luar rumah adalah sebenarnya terjatuh daripada perumah asal. Kucing yang menjadi perumah untuk telur tersebut biasaannya mengaru badannya sehingga menyebabkan telur-telur kutu tersebut terjatuh.


Sudikah anda menjadikan rumah anda sebagai tempat pembiakan kutu? Organic Peace adalah spray yang berasaskan bahan semulajadi dan bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya. Spray ini sangat ampuh menghapus dan menghalang pembiakan kutu kerana kemampuan untuk bertahan 3 ke 5 hari untuk sekali semburan.



Wednesday, 3 April 2019

KUTU KUCING 2000 BIJI TELUR SEEKOR


Jika tidak dibendung, kucing kesayangan anda boleh mengalami serangan kutu yang dahsyat sehingga sukar kawal. Jenis kutu yang sering menyerang kucing ialah kutu pinjal.


Hal ini adalah kerena, kutu kucing sama seperti serangga lain yang menghisap darah. Mereka mampu untuk berkembang biak berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Seekor kutu dewasa mampu untuk bertelur 50 biji sehari dan untuk seumur hidupnya, kutu kucing ini mampu bertelur sebanyak 2000 biji telur.


Organic peace adalah spray serangga yang sangat sesuai menbendung dan menangani masalah kutu pinjal. Spray ini mampu bertahan selama 3 ke 5 hari untuk sekali semburan.



Monday, 18 September 2017

MANUSIA ADALAH TANDAS BAGI LALAT


Pernahkah anda terfikir mengapa lalat sering hinggap di badan manusia? Hakikatnya, tubuh badan manusia umpama pengeluar makanan kegemarannya. Tubuh badan kita mengeluarkan peluh, minyak, garam dan kulit mati yang menjadi makanan lalat. Lalat tidak mempunyai gigi untuk mengigit kita, tetapi lalat mengunakan muncung mulutnya untuk menyedut makanannya.


Satu hal lagi, lalat menjadikan kita tempat persingahannya kerana lalat inginkan tempat yang hangat untuk membuang najis. Harus ingat, lalat membuang najis setiap beberapa minit. Adakah lalat melihat kita seperti tandas?

Friday, 15 September 2017

HAIWAN TERPANTAS DUNIA BUKAN CHEETAH?


Anda pasti akan terkejut apabila haiwan terpantas di dunia adalah seekor semut dan bukannya cheetah! Kelajuan semut ini adalah 2300 kali ganda lebih laju daripada kerdipan mata. Bayangkan kelajuan semut ini.


Tahukah anda semut yang dipanggil Trap-jaw adalah haiwan terpantas di dunia? Kelajuan semut ini sangat sukar dilihat oleh mata kasar, bah kan penemuan ini hanya diketahui setelah terciptanya kamera berkelajuan tinggi untuk merakam pergerakan tersebut.


Uniknya, semut ini sebenarnya bergerak sangat laju hasil daripada daya yang terhasil daripada ketipan rahangnya. Ketika megetip rahangnya, semut ini akan tertolak kebelakang dengan sangat laju sekali.

Thursday, 14 September 2017

SETITIS AIR SEEKOR LIPAS


Kita sudah maklum dengan kemampuan lipas untuk makan hampir segala jenis makanan. Tapi tahukah anda lipas boleh menahan nafas selama 40 minit? Hakikatnya, lipas memang sering mengawal pernafasan mereka untuk mengawal kadar pengunaan air di dalam badan mereka.


Kebergantungan lipas kepada air menyebabkan mereka sering membiak di kawasan yang mempunyai punca air. Jangan terkejut apabila lipas sudah lama menjadikan bawah sinki air rumah anda tempat pembiakan mereka.

Wednesday, 13 September 2017

SEMUT BERKEPALA PINTU


Pernah dengar semut berkepala pintu? Semut dari spesis Cephalotes ini mempunyai kepala yang lepar sehingga seringkali dipangil semut kura-kura. Semut ini merupakan semut askar yang bertanggungjawab untuk menjaga koloni mereka.


Kepala semut yang unik ini berguna untuk menghalang penceroboh masuk ke dalam sarang mereka. Bagi semut pekerja yang hendak melalui pintu tertutup tersebut, mereka hanya perlu menyentuh kepala semut tentera tadi untuk diberikan laluan masuk.


Semut ini juga mempunya keistimewaan yang lain iaitu keupayanya mereka untuk berjalan mundur ataupun mengelosor.

Tuesday, 12 September 2017

KUATNYA SEEKOR SEMUT


Semut mampu mengangkat 50 kali ganda berat badan mereka dengan mengunakan gigit mereka. Semut mengunakan badan mereka yang kecil sebagai kelebihan mereka.


Jika diukur mengikut perkadaran saiz mereka, otot mereka adalah lebih tebal berbanding manusia dan haiwan-haiwan yang lebih besar. Nisbah ini membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak daya untuk mengangkat objek yang lebih besar. Jika kita mempunyai otot dalam perkadaran semut, kita boleh mengangkat sebiji kereta di kepala kita.

Wednesday, 30 August 2017

DARAH DIGANTI DENGAN AIR LIUR NYAMUK


Nyamuk betina memerlukan darah manusia untuk menghasilkan telur untuk terus membiak. Sebelum memulakan proses menyedut darah, nyamuk akan memasukan air liurnya yang mengandungi anti-cair untuk membolehkan darah kekal cair dan mudah untuk disedut. Hal inilah yang menyebabkan kesan bintik merah pada gifitan nyamuk.



MANUSIA ADALAH PENGHASIL UTAMA NYAMUK



Sejauh mana anda bencikan nyamuk? Tahukah anda bahawa manusia merupakan penyumbang utama untuk menghasilkan nyamuk. Darah anda adalah formula yang nyamuk perlukan untuk menghasilkan lebih banyak nyamuk.


Hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Dengan darah, nyamuk mendapatkan protein untuk pertumbuhan telur.

100 TRILLION DRACULA KECIL


Hakikatnya, nyamuk adalah lebih banyak berbanding manusia. Perkara ini sudah semestinya tidak asing lagi bagi kita. Di luar sana, sebanyak 100 trillion nyamuk kecil penghisap darah ini dari 3,450 spesis sudah bersedia untuk menyerang anda.


Bayangkan 100 trilion nyamuk dikumpulkan bersama, sebuah stadium bola sepak akan penuh dengan nyamuk sehingga 3 batu tinggi. Tidak hairanlah jumlah kematian manusia kerana nyamuk adalah lebih tinggi berbanding haiwan lain.

NYAMUK PEMBUNUH PALING MEMATIKAN DI DUNIA


Angka kematian manusia kerana nyamuk adalah lebih tinggi berbanding hidupan lain. Jumlah kematian kerana nyamuk adalah setinggi 1 juta manusia setiap tahun. Bayangkan, serangga yang sekecil ini mampu mempunuh manusia yang jauh lebih besar daripada mereka.


Nyamuk membawa beberapa jenis penyakit yang membawa maut, termasuklah malaria dan demam denggi. Nyamuk juga membawa cacing yang yang boleh memyebabkan kematian pada anjing. Pada manusia pula, cacing filariasis yang dibawa naymuk boleh menyebabkan penyakit kaki gajah yang sangat kritikal.

30 HARI KUTU


Mudahnya bunuh kutu kepala. Tanpa perumah selama 1-2 hari, kutu ini akan mati kerana kekurangan makanan. Tahukah anda kitar hidup kutu hanya selama 30 hari bermula dari telur sehingga la menjadi kutu dewasa.


Pengunaan sabun khas adalah perlu untuk menghapuskan kutu ini kerena mereka mempunyai imunasi terhadap sabun biasa dan kalis air. Pengunaan semburan organik juga sangat sesuai kerana tidak mempunyai racun atau bahan kimia berbahaya.

Sunday, 27 August 2017

MANUSIA YANG MENJADI MAKANAN KUTU



Darah manusia merupakan satu-satunya makanan kepada kutu kepala. Kutu jenis ini hanya menjadikan manusia sebagai perumahnya. Kutu kepala hidup dengan menjadikan darah manusia sebagai makanan utamanya. Jika kutu ini tidak mendapat makanan selama satu hingga dua hari, kutu tersebut akan mati.



Thursday, 24 August 2017

RAHSIA MATA LALAT



Mata seekor lalat terdiri daripada 4000 lensa. Mata lalat mampu melihat polarisasi dan spektrum warna yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Walaupun lalat mampu melihat kawasan yang lebih luas berbanding manusia, lalat tidak mempunyai kebolehan untuk memfokus seperti mata manusia yang mana retina mata manusia boleh berubah-ubah memgikut keadaan. Hal ini menyebabkan lalat sukar untuk melihat cahaya yang berkilau.


Lalat adalah serangga yang mempunyai tindak balas yang paling cepat kerana kebolehan mereka untuk memproses maklumat 5 kali ganda lebih laju dari manusia. Tambahan pula, lalat mampu melihat pada jarak yang lebih luas dan jauh.  Kebolehan ini, membolehkan mereka untuk mengelak daripada serangan pemangsa.

Wednesday, 23 August 2017

KENAPA LALAT HILANG PADA WAKTU MALAM


Pernah tertanya-tanya kenapa lalat hilang pada waktu malam? Waktu siang, lalat sangat aktif dan peka dengan keadaan sekeliling. Tetapi, pada waktu malam pula, lalat menjadi sangat perlahan.

Kebiasaannya, lalat pada waktu malam akan bersembunyi di bawah dedaun pokok untuk mengelak daripada pemangsa mereka. Lalat pada malam hari tidak dapat bergerak aktif kerana lalat bergantung kepada suhu persekitaran untuk terus aktif. Metabolisma dalam badan lalat bergantung kepada suhu daripada cahaya matahari untuk aktif. Hal ini mendorong lalat untuk berehat pada malam hari dan hanya kembali aktif pada waktu siang.

Lalat rumah adalah serangga jenis philoterik. Mereka tidak mampu menghasilkan haba untuk tubuhnya sendiri. Oleh itu, lalat bersembunyi pada waktu malam untuk berehat.

MUNTAH LALAT

Muntah lalat boleh merubah pepejal kepada cecair

Lalat rumah, lazimnya menjadi masalah kepada manusia. Lalat ini membawa pelbagai jenis penyakit yang berbahaya dan membawa maut. Lalat rumah membuang najis setiap kali, sekitar 3 hingga 5 minit setiap hari. Lalat boleh membuang najis dimana-mana sahaja, bila-bila masa, termasuklah ketika mereka hingap di badan anda! Walaupun perkara ini tidaklah sering terjadi setiap kali mereka hingap pada manusia, tetapi hal ini boleh saja terjadi.

Lalat merasakan makanan mengunakan kaki, apabila kamu melihat lalat mengosok-gosok kakinya, itu bermakna ia sedang membersihkan kakinya kerana hendak mencuba makanan tersebut. Mungkin saja lalat akan muntah pada badan anda jika ia merasakan anda sedap untuk dimakan. Walau bagaimanapun, muntah lalat tidak dapat mencairkan kulit manusia tetapi, hal tersebut boleh mendatangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya.

Monday, 14 August 2017

TERPERANGKAP RATUSAN JUTA TAHUN

Lipas sudah ada sejak ratusan tahun dahulu lagi. Berikut merupakan gambar-gambar fosil lipas yang terperangkap di dalam ambar dari resin pokok.