Saturday 13 October 2018

REKOD BARU TEMBIKAI PALING BESAR


Dengan tembikai seberat 115 kilogram, Houston akhirnya menjuarai pertandingan tembikai paling besar di State Fair of Virginia dan juga sekaligus memecah rekod tembikai terberat di sana.


Menurut Houston, walaupun berbangga dengan tembikai tersebut, beliau turut berasa tidak senang kerana tembikai tersebut adalah hasil daripada benih tembikai kawan baiknya yang mana merupakan juara tembikai terbesar untuk tahun-tahun sebelumnya.


Berkongsi rahsia kejayaan tersebut, Houston berkata dia hanya melakukan sedikit penambahbaikan dari segi penjagaan tembikai tersebut. Katanya, dia menjaga tembikai tersebut dengan sangat cermat. Dia juga menanam tembikai tersebut di dalam rumah hijau agar terlindung dari terik matahari dan air hujan. Kandungan magnesium and kalsium tanah tersebut juga dititik beratkan untuk menghasilkan tembikai besar semaksima mungkin. Dan yang paling penting sekali adalah benih tembikai dari baka yang besar.

(Houston bersama tembikai seberat 115 KG)

Untuk rekod dunia, tembikai terbesar yang pernah direkodkan adalah seberat 122 kilogram pada tahun 2005.




No comments:

Post a Comment