Sunday 7 October 2018

PUTU SUARTAWAN MANUSIA KEBAL PEDAS LADA



Ajaib sekali, Putu Suartawan asal Bali ini kebal pedas. Walaupun lada disapu kemata beliau, dia tidak akan merasa pedas. Dia juga boleh makan 3 kilogram lada sehari. Sering membuat pertunjukan, dia akan menyapu lada di seluruh badannya tanpa merasa pedas.


Putu menyedari bakat beliau sejak dari kecil lagi. Ketika dia mengikuti orang tuanya ke kebun, dia selalunya menghabiskan lada-lada yang sudah berwarna merah. Dari situ, dia sedar dia tidak tahu merasa pedas. Baginya, lada yang sudah masak berasa manis.


Kerana bakat beliau ini, kedai-kedai makan yang menyediakan lada percuma untuk pelanggan terpaksa memberi had untuk beliau. Kerana dia boleh menikmati makan tengahari nasi putih dan berlauk lada sahaja. Uniknya, ketika ramai yang mengemari lada kerana rasa pedas, Putu pula mengemari lada kerana rasa manis.


Menurut Putu, bakat tersebut bukan berasal dari genetik keturunan ataupun sebarang ilmu ghaib. Entah bagaimana dia memiliki keupayaan tersebut. Kerana jalur keturunan Putu tidak memiliki keistimewaan tersebut, termasuklah 4 orang anaknya.




No comments:

Post a Comment