Wednesday 3 May 2017

KOLONI SEMUT


Semut adalah daripada kawanan serangga sosial yang bermaksud mereka hidup secara teratur dan berkoloni. Terdapat lebih daripada 4,500 jenis keluarga semut yang telah ditemui di kawasan tropika dan beberapa kawasan seluruh dunia.

Dalam satu koloni semut, akan ada jenis bersayap dan tidak bersayap. Semut betina yang tidak subur akan bekerja sebagai pertahan, mencari makanan dan mengawal kawasan. Manakala, semut betina yang bersayap pula akan menjadi ratu semut dan mencari sarangnya sendiri setelah proses persenyawaan. Dalam sesetengah koloni, ratu kekal di dalam koloni dan kawasan sekitarnya. Semut jantan akan mati setelah proses persenyawaan. Ratu semut akan mula bertelur yang mana akan melalui beberapa proses sebelum menjadi semut dewasa. Dalam spesis lain, ratu semut memulakan koloninya sendiri secara sendirian. Dalam seribu ratu semut, kebiasaanya hanya beberapa sahaja yang akan mampu hidup dan membina koloni semut yang baru.

Kebanyakan semut membina sarang mereka dibawah tanah, atas pokok dan rumah dimana mereka boleh hidup dan membawa makanan. Semut secara umumnya bersifat omvivor, tetapi ada juga semut yang makan makanan tersendiri. Sebagai contoh, terdapat semut yang memakan kulat. Semut yang membawa dedaun ke sarang mereka sebenarnya bertujuan untuk memakan kulat yang akan tumbuh pada daun tersebut. Manakala, semut yang sering terdapat didalam rumah adalah jenis semut yang pemakan madu. Semut jenis ini tertarik kepada benda manis contohnya, roti, gula, dan makanan manis lainnya.

Membunuh seekor semut mungkin adalah perkara mudah. Tetapi bagaimana pula caranya untuk membasmi satu koloni besar semut?

No comments:

Post a Comment