Wednesday 31 October 2018

HIDANG MAKANAN DALAM MANGKUK TANDAS TARIK RAMAI PELANGGAN



Sesuai dengan nama Jamban, kedai makan ini menyediakan makanan di dalam mangkuk tandas. Walaupun terlihat jijik bagi sesetengah orang, kedai makan ini berjaya menarik ramai pelanggan setiap hari.


Kedai makan ini juga unik kerana hanya menyediakan dua menu iaitu Bakso dan air sirap buah sahaja. Mungkin kerana keunikkan yang ia miliki, kedai makan Jamban ini perlu ditempah terlebih dahulu kerana terlalu banyak permintaan.


Bagaimana pendapat anda? Berminat untuk mencuba makan di kedai makan Jamban? Atau apa kata anda mencuba pula membuka restaurant bertemakan tandas ini di Malaysia. Mungkin saja mampu menarik minat ramai pelanggan.



Monday 29 October 2018

MINUM KENCING ANJING UNTUK KULIT HALUS TANPA JERAWAT


Lyn Lew berkata, dia mengamalkan petua minum air kencing anjing untuk mendapatkan kulit putih mulus tanpa jerawat. Malah katanya, kencing anjing juga boleh mungubati kanser.


Lyn Lew juga sempat merakam aksi minum air kencing tersebut untuk membuktikan bahawa dia benar-benar serius ingin berkongsi rahsia kebaikan air kencing anjing. Dalam video tersebut, Lyn berkata ramai yang tertanya-tanya rahsia kecantikan semulajadi yang ia miliki. Sebab itulah dia berkongsi video tersebut.


Menurut Lyn, air kencing anjing mempunyai kandungan vitamin A, vitamin E, 10 gram kalsium dan juga terbukti boleh mengubati penyakit kanser. Tetapi katanya, info ini tidak dikongsi oleh pakar perubatan kerana syarikat-syarikat besar ingin mengaut keuntungan melalui penjualan produk-produk kecantikan dengan harga yang mahal.


Setelah video tersebut menjadi tular, beberapa doktor pakar segera mengeluarkan nasihat agar jangan mempercayai video tersebut. Menurut mereka, Air kencing anjing mengandungi daripada ammonia, bakteria, hormon, dan asid urik. Satu kajian juga mendapati, kencing anjing mengandungi lebih daripada 20 bakteria.

Friday 26 October 2018

"TUNJUKKAN KEKAYAAN ANDA" CABARAN BARU ORANG KAYA

Jika dulu sikap menunjuk-nunjuk adalah satu perbuatan yang dipandang serong oleh masyarakat, sekarang perbuatan tersebut sudah menjadi kegilaan ramai anak muda yang kaya. Cabaran baru "flaunt your wealth" sudah menjadi trending di media sosial. Cabaran ini hanya memerlukan anda membuat aksi terjatuh bersama-sama harta anda. 

Mereka sebenarnya tidak sombong, mereka hanya mengikut trend semasa. Lagi pula, aksi tersebut membawa maksud menjadi kaya tidaklah selalunya indah. Berikut adalah aksi-aksi mereka yang menarik.




 




Wednesday 24 October 2018

5 MAKANAN PENYEBAB BARAH

Kenapa di zaman yang semakin maju ini, makin ramai yang menghidap penyakit barah? Apakah punca penyakit barah? Zaman dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza dari segi pemakanan dan persekitaran. Mengikut penyelidikan, penyakit barah ada yang berpunca daripada pemakanan. Berikut merupakan makanan-makanan yang boleh menyebabkan barah mengikut kajian pakar.


1. Makanan jeruk atau sangat masin: 


Makan ikan masin dalam jumlah yang tinggi, sayur-sayuran jeruk, dan makanan ringan lain yang telah dijadikan jeruk. Makanan berasakan jeruk ini dipercayai punca penyakit barah perut.

2. Daging yang diproses:


Daging yang dibakar, disalai atau diolah contohnya sosej, ham, dan hot dog kerana didapati mengandungi amonium nitrit yang menjadi salah satu penyebab barah.

3. Alkohol: 


Alkohol didapati boleh mengakibatkan barah mulut, usus dan payudara. 

4. Daging panggang:


Saat proses pembakaran langsung di atas arang, lemak dari daging yang dibakar akan menetes pada arang yang membara. Lemak yang terbakar tersebut menimbulkan suatu zat yang dinamakan zat karsinogen. Zat karsinogen ini dipercayai penyebab barah.

5. Minuman panas: 


Minum kopi, teh, atau sup ketika masih sangat panas kerap dikaitkan dengan risiko kanser esophagus. Sebaiknya tunggu sehingga suam sebelum diminum.

LELAKI TERTIPU MEMBELI TIKUS DISANGKA ANAK ANJING


Seorang lelaki asal China sedar dia telah ditipu setelah mengirim gambar "anak anjing" yang ia beli ke dalam media sosial. Pada mulanya, lelaki tersebut ingin membeli anak anjing sebagai peneman hidup. Tetapi malangnya, penjual itu memberikannya seekor tikus.


Setelah menemui seorang penjual anjing, dia pun disarankan membeli seekor anak anjing yang berwarna hitam dan kecil. Kerana melihat anak anjing yang comel itu, dia pun segera membelinya.


Setelah beberapa waktu, lelaki itu mulai sangsi kerana anak anjing itu tidak berkelakuan seperti anjing yang lain. Akhirnya, dia pun mengirimkan gambar anak anjing itu ke laman sosial untuk mencari jawapan sebenar. 

Seperti yang ia sudah jangka, anak anjing itu bukanlah dari spesis anjing tetapi adalah seekor tikus buluh. Kerana belum pernah melihat tikus buluh sebelum ini, dia mengaku telah ditipu dengan mudah oleh penjual tersebut.

Monday 22 October 2018

DIDENDA RM300 KERANA CUBA MENOLONG ORANG TUA DIPUKUL

 

Di Rusia, seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang perempuan tua daripada dipukul telah didenda 300 ringgit. Menurut Shchepel, dia tidak kisah didenda kerana nyawa dan kesihatan perempuan tua itu lebih penting.


Kejadian bermula, apabila seorang lelaki muda yang sedang mabuk tersalah mengetuk pintu rumah. Ketika Klara perempuan tua itu membuka pintu, lelaki muda itu segera memukulnya sehingga patah tulang rusuk dan gigi kerana menyangka Klara adalah penceroboh.


Shchepel yang mendengar jeritan Klara segera belari dan menendang muka lelaki muda tersebut. Kerana terlalu mabuk, lelaki muda itu hanya terduduk diam dan tidak membalas tendangan Shchepel.


Malangnya, setelah sedar, lelaki muda itu melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan bertindak menyaman Shchepel. Mungkin sebagai pengajaran, Shchepel didenda kerana bertindak sendirian tanpa meminta bantuan dari pihak polis. Di kebanyakkan negara, orang awam dilarang bertindak menghukum sendiri orang yang melakukan kesalahan. Lagi pula, lelaki muda itu hilang pertimbangan kerana mabuk, tetapi Shchepel pula dalam keadaan waras. 


BAYI 11 MINGGU TUMBUH TARING DALAM SEMALAMAN


Baru sahaja berumur 11 minggu, bayi yang diberi nama Oscar ini tumbuh gigi taring. Ayah dan ibu Oscar sempat terkejut kerana hari sebelumnya Oscar masih belum tumbuh gigi.


Disangka menangis kerana ingin menyusu, rupa-rupanya Oscar menangis kesakitan kerana mulutnya masih belum biasa dengan gigi taring tersebut. Tidak menunggu lama, Oscar pun dibawa ke klinik gigi berdekatan untuk mencabut gigi taring tersebut.


Doktor gigi tersebut juga terkejut kerana belum pernah melihat kejadian serupa. Menurut doktor tersebut, bayi biasanya tumbuh gigi pertama sekitar 3 dan 9 bulan. Apa yang terjadi dengan Oscar memang sesuatu yang jarang-jarang terjadi tetapi bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.



Saturday 20 October 2018

SELUAR UNTUK ORANG YANG KUAT KENTUT


Menurut kajian syarikat yang mengeluarkan seluar tersebut, kebiasaan manusia kentut sebanyak 14 kali sehari. Kentut setiap individu pula mempunyai tahap bau yang tidak sama. Kadang kala ada yang mempunyai bau kentut yang sangat busuk sehingga menyebabkan rasa tidak selesa ke atas orang lain.


Hal inilah yang mendorong syarikat Shreddies untuk mencipta seluar jeans khas tersebut. Menurut syarikat ini, seluar jeans tersebut mempunyai activated carbon back panel yang mampu menyerap bau busuk. Dengan jahitan kain yang penuh bersilang-silang, bau tersebut akan tersekat di dalam kain tersebut sehinggalah dibasuh.


Sayangnya, seluar ini tidaklah murah kerana sehelai seluar berharga lebih 400 ringgit. Jika anda betul-betul tertekan dengan bau busuk kentut anda, ada baiknya anda mencuba seluar ini. 

Thursday 18 October 2018

BERGELUT DENGAN BERUANG DAN TERJUN KE DALAM GAUNG UNTUK HIDUP


Tan Huajiang terpaksa bergelut dengan seekor beruang sebelum terjun ke dalam gaung untuk menyelamatkan diri. Kejadian berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan pulang setelah mengutip cendawan.


Menurut Tan, beruang tersebut tiba-tiba muncul dan menyerang. Tan terpaksa bertarung hidup dengan beruang tersebut selama sepuluh minit sebelum mengambil keputusan untuk terjun ke dalam gaung.


Betuahnya, beruang tersebut berhenti mengejar Tan setelah Tan mlompat ke dalam gaung yang sedalam 16 kaki. Tan berkata, dia sanggup mengambil risiko untuk terjun ke dalam gaung kerana beruang tersebut benar-benar ingin membunuhnya.


Tan akhirnya selamat setelah dia meminta bantuan daripada penduduk kampung  berhampiran. Menurut doktor, Tan menerima lebih 100 jahitan yang mengambil masa 2 jam untuk siap dioperasi.

Wednesday 17 October 2018

ISTERI BUNUH ANAK KEMUDIAN BUNUH DIRI SELEPAS SUAMI MEMALSUKAN KEMATIAN


Seorang wanita membunuh dua orang anaknya dan membunuh diri setelah mendapat laporan kematian suaminya. Malangnya, si suami sebenarnya memalsukan kematian untuk mendapatkan duit insuran yang ia beli sebanyak 600,000 ringgit.

Mulanya, encik He membeli insuran dan menamakan isterinya sebagai waris. Seterusnya, dia pun menyewa sebuah kereta dan menenggelamkannya di dalam sungai. Ketika polis menjumpai kereta tersebut, mereka menbayangkan encik He sudah mati lemas dan mayatnya dihanyutkan air sungai.


Setelah 3 minggu berlalu tanpa khabar berita daripada He, isteri beliau pun membunuh 2 orang anaknya dan membunuh diri di dalam kolam berhampiran rumah mereka. Sebelum membunuh diri, dia juga sempat menulis nota bunuh diri di laman sosial . Dia berkata, kematian ini akan menyatukan mereka bersama sekali lagi. 

Mendengar berita kematian keluarganya, encik He sangat merasa bersalah dan akhirnya ke balai polis dan mengaku bersalah memalsukan kematiannya untuk duit insuran. Rancangan tersebut juga dirahsiakan daripada isteri dan ahli keluargannya. Menurut encik He, dia ingin mendapatkan duit tersebut untuk keluarganya kerana anaknya menghidap penyakit epilipsi.

BALAS JASA ANJING, PEMILIK BUAT RUMAH HARGA $500,000


Zhou Tianxiao asal China membuat rumah anjing berharga $500,000. Dia pada mulanya tidak mempunyai tujuan di dalam hidup akhirnya menjadi seorang jutawan kerana seekor anjing. Zhou berkata, anjingnya yang bernama Sylar memberikannya tujuan untuk hidup.


4 tahun yang lalu, Zhou hanyalah seorang penganggur yang tinggal bersama neneknya dia luar bandar. Pada umur 15 tahun, dia berhenti sekolah dan hanya melepak di Cyber Cafe untuk bermain game.


Sehinggalah suatu hari, seorang kawannya memesan dia untuk membeli seekor anjing sebagai teman. Kerana kebosanan dengan rutin hidupnya, Zhou pun membeli anjing tersebut dan mengajarnya melakukan aksi seperti yang ada di dalam Youtube. 


Setelah mahir membuat aksi, Zhou pun merakam  Sylar membuat aksi dan memuatkan video tersebut di dalam laman web Meipei iaitu sebuah laman web video seperti Youtube. Tidak disangka-sangka, video Zhou mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Dia pun meraih sejumlah duit yang sangat lumayan termasuk 800,000 follower di laman video tersebut. Dengan duit yang ia miliki, Zhou pun membuka bisnes menjual barangan anjing di Tao Bao sehinggalah dia menjadi jutawan. 


Zhou sangat berterima kasih dengan anjingnya Sylar sehingga dia pun mentatu tangannya dengan nama Sylar. Menurut Zhou, rumah anjing yang berharga $500,000 ini tidak sebanding nilai jasa Sylar kepadanya.

Tuesday 16 October 2018

ASAL USUL PITA PELEKAT ADALAH KHAS UNTUK KEGUNAAN TENTERA


Hari ini, sudah ada bermacam-macam jenis pita pelekat yang dijual di pasaran. Jika anda perasan, di kebanyakkan movie dari negara eropah selalunya mereka mengunakan pita pelekat jenama Duct Tape. Sebenarnya, pita pelekat berwarna kelabu inilah pencetus utama kepada ratusan jenis pita pelekat hari ini.


Asalnya, Duct Tape ini dihasilkan untuk kegunaan tentera sahaja. Pelekat ini kalis air dan tahan kotoran. Di dalam ketenteraan, pelekat ini digunakan untuk membaiki kotak peluru, senjata, peralatan dan juga kenderaan.


Saban tahun, mutu pita pelekat ini bertambah baik sehinggalah diyakini dan menjadi pilihan masyarakat umum. NASA juga mengunakan pita pelekat ini semasa penerbangan angkasa.


Begitulah sedikit  sejarah pita pelekat khas untuk kegunaan tentera yang akhirnya menjadi kegunaan masyarakat umum. Sebenarnya ada banyak lagi teknologi dan peralatan yang diciptakan khas untuk kegunaan tentera yang akhirnya diguna oleh masyarakat umum. Contohnya, GPS, internet, oven mikrowave, tayar getah sintetik dan jam tangan.