Saturday 29 September 2018

MANUSIA MAGNET SETELAH TERKENA RENJATAN ELEKTRIK



Nikolai Kryaglyachenko asal Rusia mengaku mempunyai kuasa luar niasa setelah terkena renjatan elektrik. Pada mulanya, dia menyandar pada tiang lampu jalan yang telah rosak. Tanpa disangka, dia terkena renjatan elektrik tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.


Keesokan harinya, ketika bangun pagi, dia menyedari sesuatu yang luar biasa dengan tubuhnya. Objek-objek yang berasaskan besi boleh melekat pada badannya. Dia sudah mencuba beberapa jenis objek termasuklah kuali memasak.


Walaubagaimanapun, Doktor Ipsita Roy seorang pakar dalam bioteknologi mikrob di University of Westminster tidak bersetuju dengan penjelasan Nikolai.


Beliau memberitahu Newsbeat: "Adalah tidak masuk akal dia boleh menjadi magnet selepas kejutan elektrik. Elektrik tidak boleh merubah tubuh manusia menjadi bersifat magnet."

Beliau juga mengatakan, ada beberapa teori lain yang membolehkan objek tersebut melekat. Samaada dari bahan yang ia makan ataupun badan yang melekit.

Thursday 27 September 2018

JURUGAMBAR YANG TERGAMBAR AYAHNYA YANG MENJADI GELANDANGAN


Diana Kim adalah seorang jurugambar profesional yang selalunya berkerja mengumpul gambar gelandangan. Pada usia kecilnya, ibu dan ayahnya bercerai sehingga dia terpaksa hidup berasingan. Dia juga pernah terpaksa untuk tidur di dalam kereta kerana ketiadaan tempat tinggal.


Perpisah Diana dengan keluarganya mengajar dia hidup berdikari. Pengalaman hidup sendirian menjadi gelandangan memberi inspirasi kepada Diana untuk momotretkan gambar-gambar gelandangan yang dia temui di sekitai Hawai.


Sehinggalah suatu hari, dia mengambil gambar seorang gelandangan tua berhampiran sampah. Sebaik sahaja dia melihat gambar tersebut, Diana menitiskan air mata. Ternyata gelandangan tua itu adalah ayah kandungnya. Walaupun sudah terpisah berpuluh tahun dan penampilan ayahnya yang cukup berbeza, Diana masih mengenali ayahnya.


Walaupun Diana ingin mendekati ayahnya, ayahnya enggan kerana dia menghidapi gangguan mental akiabt penyakit schizophrenia akut. Ayahnya dipercayai menghidap penyakit ini setelah bercerai dengan ibunya. 


Tidak berputus asa, Diana terus menjengkuk ayahnya selama 2 tahun sehinggalah ayahnya jatuh sakit kerana seranggan jantung. Di hospital, Diana menyarankan pihak hospital untuk merawat semua penyakit ayahnya. Setelah beberapa waktu, akhirnya ingatan ayahnya semakin pulih dan kini tinggal bersama-sama keluarga Diana.





Tuesday 25 September 2018

MISTERI IKAN PUYU PENGHALANG PUKAU DAN SIHIR



Masyarakat kita sememangnya sudah terbiasa dengan cerita pukau dan sihir. Di dalam dunia yang serba moden ini, pengunaan ilmu sihir untuk memukau ini masih diamalkan. Di Indonesia, menjelang musim perayaan, kerajaan Indonesia akan menyiarkan iklan di televisyen untuk berwaspada daripada ilmu pukau ini. Mereka menyarankan untuk jangan melihat secara terus atau melihat tenungan mata dari orang yang tidak dikenali. Begitulah tahap kebimbangan kerajaan Indonesia kepada rakyatnya. Kerana di sana masih banyak aduan mengenai ilmu pukau.

(Ikan puyu)

Di Malaysia pula, keadaannya tidaklah jauh berbeza. Sehingga kini, masih saja ada laporan berkenaan samun yang mengunakan ilmu pukau. Bukan setakat rumah kecil, satu kedai emas juga boleh dipukau. Saya sendiri sudah banyak mendengar kisah daripada kenalan terdekat mengenai kisah mereka dipukau. Sesungguhnya, ilmu pukau ini masih ada, masih berleluasa.


Selain daripada berdoa meminta perlindungan daripada Sang Pencipta, masyarakat umumnya turut mengunakan ikan puyu ataupun ikan karok sebagai pelindung. Ikan ini dipercayai tidak pernah tidur sehingga menyebabkan ilmu pukau tidak menjadi. Tidak hairanlah jika anda selalu sahaja melihat ikan ini menjadi ikan hiasan di dalam rumah dan juga premis perniagaan.


Ikan ini tidaklah secantik ikan emas ataupun ikan flower horn, tetapi Tuhan menciptakannya dengan kelebihan yang tersendiri. Begitulah agungnya kuasa Tuhan, segala sesuatu itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

(Ikan Flower horn)

MANUSIA TANGAN ROBOT YANG PERTAMA DI INDONESIA


Ketika para ilmuan teremuka mengambil masa puluhan tahun untuk mencari cara mengerakkan mesin melalui bacaaan otak, seorang lelaki di Indonesia yang bernama I Wawan Sumardana mengaku berjaya menghasilkan mesin tersebut hanya dalam waktu dua bulan.


Menurut Wawan, dua bulan sebelumnya, doktor telah mengesahkan tangan kiri beliau sudah lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi. Kerana perlu mengunakan kedua-dua tangannya untuk bekerja, Wawan pun mencipta lengan robot yang boleh bergerak mengikut fikirannya.


Ramai yang meragukan pengakuan Wawan ini kerana untuk menghasilkan alat yang boleh membaca fikiran manusia tidaklah semudah yang disangka. Ketika ramai yang datang menemui beliau untuk mencuba alat itu sendiri, Wawan berkata alat tersebut telah rosak terkena hujan.


Apa menurut kamu? Adakah dakwaan beliau betul ataupun palsu?




Monday 24 September 2018

PADERI AFRIKA GUNA RACUN SERANGGA UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT


Lathebo Rabalogo merupakan lelaki yang terkenal dengan julukan the Doom Pastor. Dia merupakan paderi yang melakukan ritual penyembuhan yang sangat luar biasa. Kerana ritual ini jugalah dia ditangkap setelah beberapa orang yang ia doakan membuat laporan polis.


Lathebo cukup terkenal kerana cara beliau mendoakan orang lain. Dia mengaku boleh menyembuhkan orang dengan semburan racun serangga. Kononnya, seorang pesakit berjaya dia sembuhkan setelah beliau menyembur racun serangga di matanya. Bukan itu sahaja, dia juga boleh menyembuhkan sakit HIV dan AIDS. 


Di tempat lain pula, ada juga seorang paderi yang boleh bertelefon secara terus dengan Tuhan. Tidak perlu lagi berdoa, dia mampu bertelefon dengan Tuhan. Pelik tapi benar. 



Sunday 23 September 2018

HAIWAN BOLEH MERAMAL BENCANA ALAM



Adakah haiwan mampu meramal bencana alam? Rujukan awal berkenaan haiwan yang mampu meramal cuaca ialah pada tahun 373 SM di Greeze. Beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi, dicatatkan bahawa tikus, ular, lipan meninggalkan kawasan tersebut secara mendadak. Selain itu, haiwan lain seperti burung, ikan, reptilia dan serangga juga menunjukkan tingkah laku yang pelik dalam beberapa hari sehinggalah berlakunya gempa bumi.


Kebanyakan haiwan dan serangga amat sensitif kepada gelombang bunyi infrasonic, getaran dan gegaran frekuensi rendah yang disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi, runtuhan tanah, kilat, meteor, dan runtuhan ais. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat merasakan perubahan dalam tekanan dan kelembapan di atmosfera.


Walaupun tidak dapat dibuktikan dengan sains, haiwan-haiwan ini sukar dinafikan mempunyai deria ke-enam yang mampu merasai sesuatu yang bakal terjadi. 


Friday 21 September 2018

DIDENDA BALING HANDPHONE SEBAB BERMAIN DALAM KELAS


Memang tidak dapat dinafikan, kemajuan teknologi bergerak dengan pantas. Kalau dulu ketika kita berumur 7 tahun kita masih bermain layang-layang, hari ini kanak-kanak umur 6 tahun sudah tahu bermain game mengunakan smartphone

Ketagihan smartphone ini sangat ketara di kalangan remaja sekolah. Hampir di mana-mana sahaja, kita pasti akan melihat orang yang tertunduk-tunduk sambil bermain smartphone. Ini adalah hakikat yang kita tidak mampu untuk cegah, kerana zaman sudah berubah.


Kerana ketagihan smartphone ini, seorang guru nekad mendenda muridnya untuk menghempas smartphone masing-masing jika diketahui bermain smartphone di dalam kelas. Akur dengan arahan guru, pelajar-pelajar yang didenda menghempas smartphone masing-masing. Si guru merasa tidak bersalah kerana baginya, pelajaran adalah sangat penting untuk anak muridnya di kemudian hari.


Setelah kejadian ini menjadi tular, pengetua sekolah terpaksa mengambil tindakan tata tertib ke atas guru tersebut kerana mendenda murid tidak mengikup SOP.  Gaji bulanan guru tersebut juga dipotong. 

Kejadian ini terjadi di sekolah menengah Yongzhou China.


Thursday 20 September 2018

TANPA SENGAJA NENEK BAGI CUCU MAIN BOM TANGAN HIDUP


Kerana tidak tahu objek yang diperbuat daripada besi itu adalah bom tangan, seorang nenek telah memberikannya kepada cucu sebagai barang mainan. Pasukan pemusnah bom mengesahkan bahawa bom tangan tersebut masih aktif walaupun fius bom sudah dicabut. Bom tersebut berpotensi untuk meletup pada bila-bila masa sahaja.


Menurut Zhang, dia menemukan bom tersebut semasa mengali tanah untuk menanam pokok pada 3 tahun yang lalu. Kerana tidak menyangka bahawa objek tersebut adalah bom, dia pun memberikannya kepada cucunya.


Kejadian ini berlaku di Suzhou, Jiangsu China dan menjadi topik hangat di sana. Kemungkinan, di sekitar sana masih ada bom hidup yang sudah lama tertanam di dalam tanah. Malaysia juga pernah menjadi medan perang. Jika anda menemui objek misteri, sila dapatkan bantuan pakar untuk mengenal pasti objek tersebut terlebih dahulu.






Wednesday 19 September 2018

MINYAK ENJIN BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT


Pernah suatu ketika dulu, saya melihat jiran saya mengubati anjing yang luka mengunakan minyak hitam (minyak enjin terpakai). Luka anjing tersebut sudah dijangkiti kuman dan bernanah. Ajaibnya, seminggu kemudian, saya melihat luka tersebut sudah pulih. Menurut jiran saya, cara tersebut diajar oleh datuknya.


Beberapa hari lalu, saya menonton sebuah rancangan Discovery Channel yang menyentuh kisah mengenai minyak mentah yang dijadikan ubat bermacam-macam jenis penyakit kulit. Minyak tersebut diberi nama minyak Naftalan. Minyak ini hanya boleh digali di Azerbaijian.


Menurut sejarah, khasiat minyak ajaib ini ditemui oleh seorang pemuda secara kebetulan. Pada mulanya, pemuda ini menunggang unta dan melalui kawasan minyak tersebut. Malangnya, unta beliau tidak mampu meneruskan perjalanan kerana mengalami penyakit kulit yang kronik sehingga menyebabkannya lemah dan tidak mampu lagi berjalan. Melihat penyakit untanya yang tidak mungkin sembuh, pemuda tersebut pun membiarkan untanya tersadai berhampiran minyak tersebut.


Beberapa hari kemudian, pemuda tersebut melalui jalan minyak itu lagi. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat untanya masih hidup dengan tubuhnya yang diliputi minyak. Setelah itu, dia juga mendapati penyakit kulit unta tadi juga sudah sembuh. Sejak itu, minyak tersebut pun mulai digunakan oleh orang ramai untuk menyembuhkan penyakit kulit. Termasuklah dari China dan India.


Waktu perang Russo-Japanese War, tentera Jepun mengunakan minyak tersebut sebagai ubat luka. Minyak ini dipercayai mempu menyembuhkan lebih 70 jenis penyakit yang berkaitan kulit, tulang dan sendi.

Bagaimana pendapat anda? Adakah minyak enjin juga mempunyai kandungan yang boleh menyembuhkan penyakit kulit memandangkan minyak enjin juga berasal dari minyak mentah?

Tuesday 18 September 2018

ANJING SELAMATKAN BAYI YANG DIBUANG



Adakah haiwan lebih "berperikemanusiaan" berbanding manusia itu sendiri? Satu gambar dengan maklumat bahawa seekor anjing mengonggong bayi yang baru lahir telah menjadi tular.


Bayi tersebut masih bertali pusat dan dipercayai dibuang oleh ibu kandungnya sendiri. Tindakan pantas anjing yang menemukan bayi tersebut berjaya menyelamatkannya. Menurut cerita, anjing tersebut mengonggong bayi tersebut dan membawanya ke rumah yang berdekataan. 


Berikut merupakan petikan berita yang diambil dari Examiner :

The publication called “Sada” in Saudi Arabia stated it is not clear if the incident took place in the Gulf Kingdom or another country, but said the dog saved the newborn’s life. The paper stated the baby had been abandoned near a trash bin. The baby’s umbilical cord was still attached.
“According to Health24.com, readers have called the entire situation “one of the most heartwarming animal-human encounters ever witnessed; a dog picked up a newborn where it was abandoned and took it to a nearby house.” Those who posted the pictures said the “dog carried the baby to the nearest house.” The occupants of the home rushed the baby girl to the hospital. “The baby’s life was saved by the dog,” and just had some superficial injuries, the paper said.”

Kejadian ini mengingatkan kita kisah dimana seekor anjing yang sedang menyusu anaknya mendengar tangisan bayi yang telah dibuang. Mungkin kerana anjing tersebut mempunyai naluri ibu, dia pun mengambil bayi tersebut dan membawanya tinggal bersama anak-anaknya  yang lain.

Berikut adalah laporan berkenaan anjing tersebut:



Monday 17 September 2018

KEPALA TERSANGKUT DALAM MESIN BASUH

 

Bagaimana kepala seorang lelaki yang sudah berusia 37 tahun boleh tersangkut di dalam mesin basuh? Kejadian pelik ini terjadi di China. Sempat tular di media sosial, lelaki tersebut menjadi bahan jenaka. Ada yang mencadangkan agar mesin basuh meletak tanda amaran jangan memasukkan kepala kedalam spinner.


Menurut rakan-rakan dan jiran, beliau merupakan seorang yang dikenali ramai kerana keupayaan beliau membaiki alat-alat elektronik. Banyak yang datang meminta bantuan kepadanya jika mengalami masalah dengan alat elektronik termasuklah mesin basuh. Tapi kali ini, reputasi beliau sebagai seorang mekanik yang berpengalaman tercalar kerana kejadian aneh yang beliau alami.


Awalnya, beliau sedang cuba mencari punca masalah spinner mesin basuh beliau tidak lagi berfungsi. Untuk mengambil langkah mudah, dia pun cuba memasukkan kepalanya untuk melihat sendiri masalah berkenaan. Malangnya, kepala beliau tersangkut. Setelah mencuba 20 minit, beliau pun mengalah dan terpaksa menjerit meminta tolong. Jiran yang mendengar jeritan tadi pun menelefon bomba untuk membantu. 


Untuk mengeluarkan kepala beliau, bomba terpaksa memecahkan mesin basuh tersebut kerana takut beliau kehabisan oksigen. Berita baik buat beliau ialah, bomba menemukan baju yang tersangkut yang menyebabkan spinner tersebut tersekat. Tetapi berita buruk untuk beliau ialah, mesin basuh beliau telah pecah.