Sunday 2 September 2018

TERPAKSA GIGIT ULAR SEBAB MENGANGGU TIDUR



Ranthu Oraon yang sudah berumur 50 mengejutkan penduduk kampung  apabila dia meluru masuk ke dalam bilik jirannya yang sedang menjerit meminta tolong kerana biliknya dimasuki seekor ular berbisa.


Tanpa berfikir panjang, Ranthu yang terjaga dari tidur kerana jeritan jirannya terus menangkap dan mengigit ular tersebut. Orang ramai yang sempat datang mendengar jeritan tadi kehairanan kerana Ranthu mengigit ular tersebut tanpa rasa takut. Tanpa bercakap sepatah perkataan pun, Ranthu hanya membuang ular tersebut dan terus pulang untuk menyambung tidur beliau yang telah terganggu.


Paginya, sewaktu bekerja Ranthu jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan di hospital. Doktor gagal menyelamatkan nyawa Ranthu. Doktor mengatakan, sebenarnya Ranthu telah dipatuk ular tersebut tetapi beliau tidak menyedarinya kerana patukan ular jenis Common Krait tidak menyakitkan dan tidak meninggalkan bekas patukan yang ketara. Setelah beberapa waktu, barulah bisa ular tersebut bertindak melumpuhkan sistem tubuh mangsa.


Kejadian membunuh ular dengar mengigit ini tidaklah asing di India. Mereka percaya bahawa jika anda membunuh ular dengan mengigit, anda akan mempunyai kemampuan untuk alah terhadap bisa ular. Kes gigitan ular di India sangat tinggi sehingga hospital boleh kehabisan vaksin untuk mengubati bisa ular.

*Gambar hanya sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment