Tuesday 11 September 2018

WANITA PEMILIK RAMBUT DREADLOCKS TERPANJANG DI DUNIA


Asha Mandela adalah pemilik rambut dreadlocks terpanjang di dunia. Beliau tidak pernah mengunting rambut sejak berumur 25 tahun dan kini dia sudah pun berumur 54 tahun. Beliau merupakan isteri kepada Emmanuel Chege yang mana merupakan seorang pendandan rambut.


Asha Mandela mempunyai alasan untuk tidak mengunting rambut. Menurut kepercayaan Rastafarian, rambut dengan ikatan dreadlocks membawa banyak pengertian. Beliau percaya, rambut dreadlock memberi tenaga dan aura positif. Walaupun mengaku mempunyai sedikit kesulitan untuk menjaga rambut tersebut, beliau merasakan kebaikan yang ia miliki melebihi kesulitan yang ia hadapi.


Rambut Asha sangat berat dan sukar diuruskan. Menurut Asha, dia mengambil masa 2 hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut tersebut sepenuhnya. Walaupun doktor menyarankan untuk mengunting rambut tersebut, Asha menolak kerana dia sudah menjaga rambut tersebut lebih dari 20 tahun.


Kini, Asha telah mengeluarkan produk untuk penjagaan rambut yang berharga 60 usd untuk satu set lengkap. 



No comments:

Post a Comment