Wednesday 19 September 2018

MINYAK ENJIN BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT


Pernah suatu ketika dulu, saya melihat jiran saya mengubati anjing yang luka mengunakan minyak hitam (minyak enjin terpakai). Luka anjing tersebut sudah dijangkiti kuman dan bernanah. Ajaibnya, seminggu kemudian, saya melihat luka tersebut sudah pulih. Menurut jiran saya, cara tersebut diajar oleh datuknya.


Beberapa hari lalu, saya menonton sebuah rancangan Discovery Channel yang menyentuh kisah mengenai minyak mentah yang dijadikan ubat bermacam-macam jenis penyakit kulit. Minyak tersebut diberi nama minyak Naftalan. Minyak ini hanya boleh digali di Azerbaijian.


Menurut sejarah, khasiat minyak ajaib ini ditemui oleh seorang pemuda secara kebetulan. Pada mulanya, pemuda ini menunggang unta dan melalui kawasan minyak tersebut. Malangnya, unta beliau tidak mampu meneruskan perjalanan kerana mengalami penyakit kulit yang kronik sehingga menyebabkannya lemah dan tidak mampu lagi berjalan. Melihat penyakit untanya yang tidak mungkin sembuh, pemuda tersebut pun membiarkan untanya tersadai berhampiran minyak tersebut.


Beberapa hari kemudian, pemuda tersebut melalui jalan minyak itu lagi. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat untanya masih hidup dengan tubuhnya yang diliputi minyak. Setelah itu, dia juga mendapati penyakit kulit unta tadi juga sudah sembuh. Sejak itu, minyak tersebut pun mulai digunakan oleh orang ramai untuk menyembuhkan penyakit kulit. Termasuklah dari China dan India.


Waktu perang Russo-Japanese War, tentera Jepun mengunakan minyak tersebut sebagai ubat luka. Minyak ini dipercayai mempu menyembuhkan lebih 70 jenis penyakit yang berkaitan kulit, tulang dan sendi.

Bagaimana pendapat anda? Adakah minyak enjin juga mempunyai kandungan yang boleh menyembuhkan penyakit kulit memandangkan minyak enjin juga berasal dari minyak mentah?

No comments:

Post a Comment