Sunday 16 September 2018

PANJANG JARI TELUNJUK DAN JARI MANIS MENDEDAHKAN PERSONALITI ANDA

Mengikut beberapa rujukan yang saya temukan di internet dan perkongsian orang ramai, jari kita sebenarnya boleh mendedahkan personaliti kita. Dengan hanya membandingkan panjang jari telunjuk dan jari manis, personaliti kita dapat ditentukan. Silakan membaca kajian berikut ini, adakah ianya tepat seperti personaliti anda?


Panjang jari telunjuk dan manis ada tiga jenis sahaja. Saya kategorikan kepada tiga bahagian A, B, dan C seperti di dalam gambar rajah berikut.

JARI A

Jari manis lebih panjang dari jari telunjuk. Jika ini adalah jenis jari anda, ini bermaksud anda merupakan seorang yang menawan. Anda dipenuhi oleh sikap yakin dan percaya diri. Berani mengambil risiko yang mana selalunya menguntungkan anda. Anda cekap mengejar apa yang anda inginkan. Seorang yang cekap dan peka dengan keadaan sekeliling.


JARI B

Jari telunjuk lebih panjang dari jari manis. Jika anda mempunyai jari seperti ini, anda merupakan seorang yang dilahirkan dengan bakat untuk menjadi seorang pemimpin. Di dalam situasi yang sukar, anda mampu membuat perancangan dan mencari jalan terbaik. Orang lain mengagumi ketokohan dan karisma anda. Anda juga merupakan tempat untuk kawan-kawan anda bertanya soalan jika ingin mendapatkan jawapan ataupun pilihan yang tepat.


JARI C

Jari telunjuk dan jari manis sama panjang. Anda merupakan seorang pendengar yang baik. Mempunyai ramai kawan dan hubungan kekeluargaan yang erat. Anda seorang yang ramah, penyabar dan suka membantu orang lain. Ramai yang datang kepada anda berkongsi rahsia mereka kerana ingin mendapatkan nasihat anda. Anda seorang yang sangat prihatan dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment