Tuesday 25 September 2018

MISTERI IKAN PUYU PENGHALANG PUKAU DAN SIHIR



Masyarakat kita sememangnya sudah terbiasa dengan cerita pukau dan sihir. Di dalam dunia yang serba moden ini, pengunaan ilmu sihir untuk memukau ini masih diamalkan. Di Indonesia, menjelang musim perayaan, kerajaan Indonesia akan menyiarkan iklan di televisyen untuk berwaspada daripada ilmu pukau ini. Mereka menyarankan untuk jangan melihat secara terus atau melihat tenungan mata dari orang yang tidak dikenali. Begitulah tahap kebimbangan kerajaan Indonesia kepada rakyatnya. Kerana di sana masih banyak aduan mengenai ilmu pukau.

(Ikan puyu)

Di Malaysia pula, keadaannya tidaklah jauh berbeza. Sehingga kini, masih saja ada laporan berkenaan samun yang mengunakan ilmu pukau. Bukan setakat rumah kecil, satu kedai emas juga boleh dipukau. Saya sendiri sudah banyak mendengar kisah daripada kenalan terdekat mengenai kisah mereka dipukau. Sesungguhnya, ilmu pukau ini masih ada, masih berleluasa.


Selain daripada berdoa meminta perlindungan daripada Sang Pencipta, masyarakat umumnya turut mengunakan ikan puyu ataupun ikan karok sebagai pelindung. Ikan ini dipercayai tidak pernah tidur sehingga menyebabkan ilmu pukau tidak menjadi. Tidak hairanlah jika anda selalu sahaja melihat ikan ini menjadi ikan hiasan di dalam rumah dan juga premis perniagaan.


Ikan ini tidaklah secantik ikan emas ataupun ikan flower horn, tetapi Tuhan menciptakannya dengan kelebihan yang tersendiri. Begitulah agungnya kuasa Tuhan, segala sesuatu itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

(Ikan Flower horn)

No comments:

Post a Comment