Friday 7 September 2018

KREATIF BINA RUMAH DARI SAMPAH


Plastik mengambil masa ratusan tahun untuk terurai ataupun mereput. Kebergantungan manusia ke atas pengunakan botol plastik saban tahun semakin bertambah. Kita kebiasaannya membuang botol plastik setelah habis digunakan. Hal inilah yang dimanfaatkan sesetengah masyarakat di Ghana. Mereka mengumpul botol-botol plastik dan menjadikannya sebagai bahan utama pembinaan rumah.


Botol-botol ini dijadikan sebagai bahan ganti untuk bata. Botol yang diisi pasir ini lebih tahan berbanding bata. Lebih-lebih lagi, botol plastik boleh dikutip secara percuma di kawasan pelupusan sampah. Jika dihias dengan lebih baik, sudah tentu hasilnya sama seperti pengunaan bata.


Di Panama pula, ada satu perkampungan yang dipanggil kampung botol plastik. Rumah-rumah disana  semuanya dibina mengunakan botol plastik. Kreativiti mereka ini berhasil menarik kedatangan pelancong. Pendapatan penduduk kampung bertambah setiap tahun. Bijakkan? Hehehe











No comments:

Post a Comment