Saturday 1 September 2018

MANUSIA KACUKAN ORANG UTAN DI SABAH JADI HERO KAMPUNG


Kali ni saya kongsi cerita orang kita pula. Cerita ni saya ambil dari buku Sabah Society Journal - Vol. VII (1983) No.3. Cerita berkisar manusia kacukan Orang utan di Sabah. 

Cerita dia begini. Dulu-dulu masa zaman orang masih pakai cawat, di daerah pinosuk dekat-dekat sana Kundasang ada seorang pemburu yang masuk ke hutan. Di sana dia terjumpa Orang utan betina yang pandai bercakap. Mungkin kena pukau atau takut sama tu Orang utan, si pemburu pun ikut tu Orang hutan balik pigi sarang dia. 


Dipendekkan cerita, dua tahun la sudah si pemburu ni jadi tahanan si Orang utan. Tida tau macam mana, si Orang utan ni pun mengandung anak si pemburu. Suatu hari, Orang utan ni pun keluar pigi cari makanan. Jadi masa tu la si pemburu ambil peluang untuk lari dari sarang si Orang utan. Masa si Orang utan balik, dia tengok si pemburu alias suami paksaan dia sudah hilang. Rasa sanggat kecewa, si Orang utan pun bunuh diri guna anak panah yang si pemburu kasi tinggal. Si pemburu nampak kejadian si Orang utan mati sebab  bunuh diri. Jadi dia pun pigi potong perut Orang utan tadi untuk ambil anak dia. 


Selepas balik dari hutan, si pemburu dapat cerita yang kampung dia sudah kena serang oleh pemburu kepala dari kampung lain. Semua lelaki dewasa kena potong kepala. Pemburu-pemburu tu sempat cakap akan datang balik selepas 10 tahun.


Bila sudah genap 10 tahun, pemburu-pemburu kepala tu datang balik untuk serang kampung tadi. Tapi kali ini dorang terkejut sebab ada manusia berbulu yang telampau kuat. Rupa-rupanya, anak si pemburu dengan si Orang utan tadi sudah besar dan sangat kuat. Habis semua musuh yang datang dia kasi mati. Sebab sudah berjasa sama tu kampung, anak kacukan Orang utan tu pun kena suruh pilih siapa yang dia mau kawin. Tapi anak kacukan Orang utan ni tiba-tiba jual mahal. Dia tolak tawaran tu dan terus lari masuk hutan. Sampai la hari ni, tiada orang yang nampak si anak kacukan tu.


Apamacam? Susah mau percayakan. Tapi begitulah cerita dari si pengarang. Zaman dulu-dulu, semua benda boleh jadi. Pengarang cerita ni Ansow Gunsalam. Kalau mau beli ni buku boleh cuba order di SINI. Harga dalam 20usd.


No comments:

Post a Comment