Monday 17 September 2018

KEPALA TERSANGKUT DALAM MESIN BASUH

 

Bagaimana kepala seorang lelaki yang sudah berusia 37 tahun boleh tersangkut di dalam mesin basuh? Kejadian pelik ini terjadi di China. Sempat tular di media sosial, lelaki tersebut menjadi bahan jenaka. Ada yang mencadangkan agar mesin basuh meletak tanda amaran jangan memasukkan kepala kedalam spinner.


Menurut rakan-rakan dan jiran, beliau merupakan seorang yang dikenali ramai kerana keupayaan beliau membaiki alat-alat elektronik. Banyak yang datang meminta bantuan kepadanya jika mengalami masalah dengan alat elektronik termasuklah mesin basuh. Tapi kali ini, reputasi beliau sebagai seorang mekanik yang berpengalaman tercalar kerana kejadian aneh yang beliau alami.


Awalnya, beliau sedang cuba mencari punca masalah spinner mesin basuh beliau tidak lagi berfungsi. Untuk mengambil langkah mudah, dia pun cuba memasukkan kepalanya untuk melihat sendiri masalah berkenaan. Malangnya, kepala beliau tersangkut. Setelah mencuba 20 minit, beliau pun mengalah dan terpaksa menjerit meminta tolong. Jiran yang mendengar jeritan tadi pun menelefon bomba untuk membantu. 


Untuk mengeluarkan kepala beliau, bomba terpaksa memecahkan mesin basuh tersebut kerana takut beliau kehabisan oksigen. Berita baik buat beliau ialah, bomba menemukan baju yang tersangkut yang menyebabkan spinner tersebut tersekat. Tetapi berita buruk untuk beliau ialah, mesin basuh beliau telah pecah.



No comments:

Post a Comment