Wednesday 12 September 2018

HAIWAN PALING KEJAM DI DUNIA IALAH BURUNG KEDAWASIH


Haiwan dilahirkan dengan naluri untuk terus bertahan hidup. Dengan intelektual yang terbatas, haiwan boleh terus hidup kerana naluri tersebut. Burung Kedasih adalah burung yang dilahirkan dengan naluri pembuli. Sejak dari lahir sehinggalah besar, burung ini akan membuli burung lain yang lebih kecil.


Tidak seperti burung yang lain, burung Kedasih tidak mengeram telurnya sendiri. Bahkan burung ini tidak membuat sarang langsung. Ketika ingin bertelur, burung ini akan mencari sarang burung lain yang sudah mempunyai telur dan bertelur disitu. Burung asal yang tidak megetahui kejadian tersebut akan mengeramkan telur burung Kedasih. 


Seperti sikap ibunya yang kejam, anak burung Kedasih yang baru menetas ini pula akan berusaha menolak anak burung yang lain keluar dari sarang tersebut. Jika ia dilahirkan lebih awal, anak burung Kedasih akan menolak telur-telur lain keluar.


Bagaimana pendapat anda? Adakah haiwan lain yang lebih kejam berbanding burung ini?



No comments:

Post a Comment