Thursday 2 August 2018

MITSUBISHI BAGI HADIAH KERANA NAMAKAN ANAK PAJERO SPORT


Kerana melihat kereta idamannya iaitu Mitsubishi model Pajero Sport, Muhammad Muis pun mendapat ilham untuk menamakan anaknya Pajero Sport.


Menurut Muis, beliau sedang dalam perjalanan menaiki motor dan melihat kereta Pajero Sport. Kerana kereta tersebut terlihat menawan, tahan lasak dan kuat, beliau pun menamakan anaknya sebagai Pajero Sport. Beliau berharap, suatu hari nanti anaknya akan mempunyai ciri-ciri sama seperti kereta tersebut.


Setelah menjadi viral, wakil dari perusahan Mitsubishi yang berdekatan pun datang ke rumah Muis untuk memberikan cenderamata barang-barang keperluan bayi kepada beliau. Muis sekeluarga juga dibawa ke pameran kereta tersebut di bandar berdekatan supaya beliau dapat melihat kereta idaman itu lebih dekat lagi.


No comments:

Post a Comment