Wednesday 8 August 2018

ANJING TERBIAR YANG MEMBALAS BUDI


Kejadian menakjubkan ini terjadi di Chennai India. Dua ekor anjing yang terbiar tidak bertuan telah menangkap pelaku jenayah yang menikam seorang wanita.


Menurut cerita, penyerang tersebut bernama Raghunath berumur 23 tahun yang baru sahaja dibuang kerja kerana melakukan gangguan seksual terhadap Suchismitha. Kerana perasaan dendam, Raghunath pun menyerang dan menikam Suchismitha di kawasan tempat tinggalnya. 


Kebetulan pada waktu itu, dua ekor anjing terbiar melihat kejadian tersebut dan segera membantu. Kerana digigit kaki dan tangan, Raghunath pun terjatuh dan ditangkap oleh orang awam yang turut berada berhampiran.


Suchismitha terselamat walaupun terkena tikaman. Katanya, tanpa bantuan anjing tersebut dia mungkin mengalami kecederaan yang lebih parah. Sebelumnya, Suchismitha berkata dia pernah memberikan dua ekor anjing tersebut air susu kerana kasihan melihat mereka. Tidak disangka, kini dia terhutang budi dan berjanji akan selalu memberikan anjing tersebut makanan.


No comments:

Post a Comment