Friday 3 August 2018

IKAN BERKEPALA BURUNG JADI PERSOALAN



Ikan berkepala burung mengemparkan penduduk China. Malah ada melihat kepala ikan tersebut seolah-olah ikan lumba-lumba. Kerena bentuk kepala yang unik, ikan tersebut menjadi perhatian dunia.


Ada yang berpendapat, ikan tersebut mengalami perubahan fizikal kerana mutasi genetik. Ikan tersebut hidup didalam lingkungan yang padat sehingga kandungan oksigen di dalam air berkurang. Hal tersebut memaksa ikan tersebut bermutasi dengan kepala yang unik.


Ada juga yang mengatakan bahawa ikan tersebut mengalama kecacatan fizikal sejak dari kecil lagi. Hal itu berkemungkinan terjadi akibat pencemaran dan bahan kimia yang terdapat dalam kawasan air berdekatan.


Kerana merasakan ikan tersebut istimewa, ikan tersebut dipercayai telah dibebaskan semula ke dalam air.

No comments:

Post a Comment