Sunday 12 August 2018

CERITA SEBENAR DISEBALIK PEMILIK KUKU TERPANJANG DI DUNIA


Shridhar Chillal merupakan pemilik kuku terpanjang di dunia. Selama 66 tahun beliau tidak pernah memotong kukunya hanya kerana suatu peristiwa di antara beliau dan gurunya.


Shridhar berkata, semuanya bermula ketika dia berada di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, dia dan kawannya tanpa sengaja telah menyebabkan kuku gurunya patah. Guru tersebut sangat marah kerana hal tersebut. 


Dalam kebingungan, Shridhar pun bertanya kenapa gurunya sangat marah sedangkan hanya kerana kuku yang patah. Guru tersebut membalas bahawa, selama ini Shridhar tidak mempunyai komitmen dalam melakukan apa-apa perkara, kerana itulah Shridhar tidak akan pernah faham situasi yang ia alami.

Tercabar dengan kata-kata gurunya, beliau pun nekad untuk tidak memotong kukunya sehingga 66 tahun. 

No comments:

Post a Comment