Monday 13 August 2018

DOKTOR TERTINGGAL GUNTING BEDAH DALAM PERUT


Setelah 18 tahun tahun menderita, akhirnya Ma Van Nhat tahu punca sakit perut yang sering beliau alami. Selama ini, beliau hanya menyankakan sakit perut tersebut adalah disebabkan gastrik.


Kerana tidak tahan dengan sakit tersebut, beliau datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Setelah membuat imbasan ultrasound, doktor sangat terkejut kerana mendapati terdapat benda tajam di dalam perut Ma. Untuk lebih tepat, doktor pun melakukan x-ray.


Ternyata, selama ini gunting bedah yang berukuran 6 inci telah lama tertanam di dalam perut Ma. Gunting tersebut sudah pun berkarat dan patah. Setelah diingatkan kembali, rupanya Ma pernah menjalani pembedahan pada 18 tahun lalu setalah mengalami kemalangan jalan raya.


Menurut doktor yang menjalankan pemeriksaan tersebut, jika Ma lambat datang menerima rawatan, dalam masa 5 tahun lagi beliau akan mengalami kegagalan organ yang teruk. Walaupun jabatan kesihatan ingin menjalankan siasatan, kemungkinan untuk mendapatkan maklumat pembedahan tersebut adalah sukar kerana polisi hospital di sana yang mana kebiasaannya akan menghapuskan semua rekod setelah melebihi 15 tahun.

No comments:

Post a Comment