Tuesday 31 July 2018

ORANG SARAWAK BUNUH ULAR SAWA GERGASI


Tinsung Ujang berkata, beliau menemukan 2 ekor ular sawa gergasi itu sedang mengawan di dalam kayu balak. Tanpa membuang masa, beliau menembak mati kedua-dua ekor ular tersebut. Kerana tidak mampu mengangkatnya seorang diri, beliau pun meminta bantuan dari penduduk kampung.


Mengaku bahawa ular tersebut merupakan makanan eksotik kegemaran penduduk kampung, beliau berkata akan berkongsi daging ular itu bersama penduduk kampung dan pekerja ladang yang berhampiran.


Berat ular sawa betina tersebut melebihi 100 kg dan sepanjang 6 meter. Menurut Tinsung, penduduk kampung biasanya mengambil masa 3 hari untuk memakan habis ular sebesar itu. 






No comments:

Post a Comment