Thursday 30 August 2018

NEGARA YANG MENGALAMI INFLASI PALING TERUK DI DUNIA



Inflasi dalam bahasa ringkas adalah ketidakseimbangan diantara permintaan dan penawaran. Ataupun kenaikan harga barangan dan permintaan yang terus meningkat. Negara Malaysia masih berada di tahap yang terkawal dan setakat ini merupakan antara negara yang mengalami inflasi paling rendah di asia tengara iaitu sebanyak 2.2% (2 April 2019 - MIDF research).


Malangnya, di negara luar iaitu Venezuela, negara ini mengalami inflasi yang paling tinggi iaitu sebanyak 475.61%. Bayangkan jika duit kertas mereka lebih rendah nilai berbanding tisu tandas. Negara ini sedang mengalami zaman kemelesetan ekonomi yang sangat teruk. Ekonomi negara berhenti bertumbuh dan terus jatuh. Venezuela mengalami pelbagai masalah dari segi bekalan makanan, ubat-ubatan, tenaga elektrik dan pemerintah negara yang teruk.


Sebagai contoh betapa teruknya inflasi yang mereka alami, kadar tahunan inflasi harga ayam adalah setinggi 700%. Hal ini terjadi kerana kerajaan meletakkan sekatan dalam negeri untuk pengimportan makanan. Sekatan ini turut memberi kesan keatas bekalan ubat-ubatan.


Mata wang negara, Bolivar Venezuela, adalah mata wang yang paling teruk di dunia. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk program sokongan sosial dan infrastruktur yang teruk sehingga membawa kepada masalah ini. 95% pendapatan utama negara mereka adalah dari pengeluaran minyak. Tidak ada sumber lain yang boleh meningkatkan pendapatan negara. Pada masa ini, negara Venezuela telah berhutang kira-kira $ 15 bilion dolar dalam hutang dan ia telahpun kehabisan rizab tunai dan emas. 






Sunday 26 August 2018

GOONCH IKAN RAKSASA MAKAN MANUSIA


Ikan goonch adalah ikan yang zaman purba yang boleh membesar sehingga 6 kaki panjang. Berikutan kejadian manusia hilang disedut kedalam air oleh sejenis mahkluk yang tidak dapat dikenal pasti, pasukan penyiasat telah membuat penyelidikan.


Mendengar daripada cerita penduduk kampung yang melihat sendiri kejadian tersebut, Jeremy Wade seorang biologist British telah datang dan ingin menangkap mahkluk itu sendiri. Menolak kemungkinan jerung merupakan pemangsa tersebut, Jeremy Wade nekad untuk menyelam berdekatan lokasi kejadian dan menangkap si pemangsa.


Setelah beberapa jam mencuba, Wade menemui ikan Goonch sepanjang satu meter tetapi gagal ditangkap. Melalui cerita, kemungkinan ikan Goonch menjadikan sisa mayat dari upacara pembakaran sebagai makanan mereka. Ini menguatkan lagi teori bahawa ikan tersebut merupakan pemangsa sebenar. Wade pun mendapat idea untuk melakukan upacara pembakaran tersebut untuk menarik Goonch tersebut keluar. Keesokan harinya, Wade akhirnya berjaya memancing ikan tersebut yang sepanjang 6 kaki dan seberat 73kg.

Kejadian ini pernah disiarkan di dalam rancangan River Monsters.

Friday 24 August 2018

GULA-GULA MINYAK WANGI VIRAL



Mengunakan spray minyak wangi untuk berbau wangi mungkin sudah ketingalan zaman. Di US, ada sebuah syarikat gula-gula yang menghasilkan gula-gula minyak wangi.


Deo Perfume Candy adalah gula-gula yang boleh membuat si pemakannya berbau seharum bunga mawar.


Menurut pengeluar gula-gula tersebut, Geraniol adalah antioksidan semulajadi dan ekstrak wangian asli. Jika dimakan sebagai gula-gula, ianya akan menghasilkan bau wangian semulajadi dan melepaskannya melalui liang tubuh selama berjam-jam.


Sebenarnya, ini bukan kali pertama Deo Perfume Candy telah dikeluarkan. Ia telah berada di pasaran tetapi hanya untuk pembeli dalam talian.

HELIKOPTER PERANG TERSESAT TERPAKSA TURUN TANYA JALAN PULANG


Benda yang jarang terjadi ataupun hanya kali ini terjadi, sebuah helikopter perang era soviet terpaksa mendarat di tengah jalan untuk bertanya jalan pulang ke arah kem tentera.


Benda "rare" ini berjaya dirakam oleh pemandu lori yang juga merasa pelik kerana kapal perang tersebut berhenti ditengah-tengah jalan. 


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana helikopter perang yang lengkap dengan kemudahan GPS boleh tersesat. Rupa-rupanya, kejadian berikut merupakan sebahagian latihan untuk juruterbang jika GPS kapal tersebut mengalami kersosakan. Ternyata sangat mudah, mereka hanya perlu berhenti ditengah-tengah jalan dan bertanya dengan orang yang mereka temui.

Bayangkan ketika memandu kamu dihentikan oleh kapal perang yang lengkap dengan pelancar roket. Mesti seribu pertanyaan muncul di fikiran. Mustahil kapal tersebut berhenti untuk bertanya jalan pulang. hahaha


Thursday 23 August 2018

LINGKARAN MISTERI DI BENDANG SAWAH INDONESIA


Lingkaran misteri ini sudah menjadi fenomena biasa di beberapa negara barat. Kejadian aneh ini diberi nama crop circle dan sering kali dikaitkan dengan mahkluk asing. Di Indonesia, crop circle pertama kali ditemukan pada tahun 2011.


Terkejut dengan penemuan itu, pihak berkuasa sempat melarang penduduk setempat daripada mendekati kawasan tersebut. Bijaknya, pemilik tanah tersebut pun mengambil peluang meminta bayaran kepada penduduk yang ingin melihat crop circle tersebut. 


Ada yang berpendapat bahawa lingkaran misteri tersebut merupakan hasil kerja manusia. Bahkan pendapat ini disahkan oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional Indonesia. Tetapi ada juga yang percaya bahawa lingkaran tersebut merupakan hasil kerja mahkluk asing kerana terlihat kemas dan hanya mengambil waktu semalam untuk dihasilkan.


Pada tahun 1991, dua jejaka inggris mengaku terlibat dalam menghasilkan ratusan crop circle semata-mata untuk menipu akan kewujudan mahkluk asing. Mereka juga melakukan rakaman semula cara mereka menghasilkan crop circle tersebut.


Wednesday 22 August 2018

MENANG 3000 USD KERANA BUNUH 4 JUTA EKOR NYAMUK


Sebuah syarikat yang menjual alat perangkap nyamuk telah menjalankan pertandingan membunuh nyamuk yang paling banyak dalam tempoh masa 30 hari. Ternyata pertandingan ini mendapat sambutan ramai. Jutaan nyamuk direkodkan telah dikumpul.

Pemenang pertandingan ini merupakan seorang wanita yang berasal dari Taiwan. Huang Yuyen berkata, beliau dengan mudah untuk mengumpul 4 juta ekor nyamuk dalam sebulan kerana beliau mengusahakan ladang menternak babi. Rekod beliau ternyata jauh meninggalkan para peserta yang lain. Bahkan pencabar terdekat beliau tidak mampu mencapai setengah pun daripada hasil tangkapan beliau.

Dengan rekod tersebut, Huang Yuyen dengan mudah merangkul juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak 3000 usd.

Tuesday 21 August 2018

SI LOLONG BUAYA PALING BESAR DI DUNIA


Buaya paling besar di dunia yang pernah direkodkan ialah dari Filipina. Buaya ini sepanjang 6.17 meter dan seberat 1075 kg. Buaya ini dinamakan Lolong sempena nama seorang renjer buaya yang meninggal dunia ketika masih dalam usaha menangkap Lolong.


Buaya ini dipercayai telah pernah menjadikan manusia sebagai makanan. Ketika ditangkap dan diperiksa, perut Lolong hanya mengandungi sisa daging kerbau. Setelah di pindahkan ke dalam pusat pemeliharaan, Lolong akhirnya mati setelah 18 bulan dalam jagaan kerana jangkitan kuman. Sehingga kini, Lolong masih memegang rekod dunia sebagai buaya terbesar.

(Krys, buaya sepanjang 8.64 meter yang ditembak mati pada tahun 1958)

Menurut cerita, pada tahun 1958, seekor buaya sepanjang 8.64 meter telah ditembak mati di Australia. Walaupun mempunyai gambar, rekod tersebut tidak diambil kira kerana ukuran sebenar pada ketika itu tidak direkodkan oleh golongan yang arif.

Monday 20 August 2018

TRENDING KEPALA KUIH GELANG


Sekarang adalah zaman di mana manusia saling berlumba-lumba untuk menjadikan diri mereka kelihatan lebih menarik ataupun cantik. Ada manusia yang sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan lebih cantik. 


Jika dulu mencecah tatu di badan dianggap tabu, sekarang manusia sudah melangkah setapak lebih ekstrim. Bagel-Head merupakan tren yang mulai menjadi kegemaran golongan muda. Jika anda tidak tahu mengenai tren ini, anda mesti terfikir bahawa mereka ini sedang mengalami sejenis penyakit ketumbuhan di kepala ataupun kecacatan fizikal.


Bagel-Head adalah fesyen di mana si pemakai akan memasukkan sejenis cecair di dalam kulit kepala untuk menghasilkan kesan benjolan di dahi. Setelah itu, mereka akan menekan bahagian tengah benjolan tadi untuk menghasilkan bentuk seakan-akan kuih gelang.


Kesan benjol ini kebiasaannya bertahan selama 6 hingga 24 jam sahaja. Selama itu, cecair ini akan berasur-ansur hilang dan keluar ketika kencing.


Apa pendapat anda? Pelik atau tidak?

Sunday 19 August 2018

AWAS! SKANDAL SUNTIKAN VAKSIN UNTUK BAYI



Kemajuan dan pengetahuan manusia di dalam bidang sains dan perubatan telah banyak membantu kita menghindar dari bermacam-macam jenis penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Pelbagai-bagai jenis vaksin telah ditemui dan dihasilkan untuk menguatkan ketahanan tubuh. Di negara kita Malaysia, kementerian kesihatan menyarankan agar bayi seawal bulan pertama kelahiran sudah mulai diberikan vaksin (Dos 1) untuk Hepatitis B.


Malangnya, kerana pentingnya vaksin ini untuk manusia, ada syarikat pengeluar vaksin telah mengunakan peluang ini untuk mendapatkan keuntungan lebih. Di China, dua buah syarikat utama yang mengeluarkan vaksin imunisasi ini telah terpalit dengan skandal menghasilkan vaksin yang tidak berkesan. Syarikat ini merupakan syarikat yang diarahkan oleh kerajaan China untuk memberikan vaksin DPT (Difteri, Tetanus, Pertussis) bagi program vaksin kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun dan keatas.


Kerana isu ini telah menjadi tular, ibubapa di China terpaksa mendapatkan suntikan vaksin untuk anak mereka di negara lain. Dipercayai, pengurusan yang tidak telus dan budaya rasuah merupakan punca utama perkara ini terjadi. Untungnya, di Malaysia kejadian seperti ini tidak pernah terjadi.


Saturday 18 August 2018

FACEKINI TRENDING DI CHINA UNTUK MELINDUNGI KULIT MUKA


Facekini adalah topeng yang dikhususkan untuk perenang dan mereka yang kerap ke pantai. Topeng ini menutup seluruh kepala dan hanya menampakkan bahgian mata, hidung dan mulut.


Produk ini dicipta oleh Zhang  Shifan untuk melindungi muka daripada terkena sinaran pancaran ultraviolet dari matahari, obor-obor, serangga dan lain-lain.


Sekarang, sudah ramai yang mula mengunakan Facekini terutamanya di China.





Friday 17 August 2018

LUPA BUAT KERJA RUMAH, GURU KUPAS KULIT MUKA

Kisah ini sebenarnya terjadi pada tahun 2008 di HeNan China. Chao Qun Zheng murid tahun 5 telah terlupa membuat kerja rumah sehingga membuat gurunya naik gila.


Pada masa itu, gurunya sudah hilang kawalan. Muka Zheng ditarik sehingga terjatuh. Tiduk cukup dengan itu, kulit pipi Zheng ditarik sehingga koyak dan berdarah.

Tanpa rasa kesal atau bersalah, cikgu perempuan itu mengutip kulit muka Zheng yang terjatuh dan menampalnya semula. Sesudah itu, Zheng pun disuruh pulang.

Setiba di rumah, ibubapa Zheng sangat terkejut dan menghantarnya ke hospital. Zheng menerima 52 jahitan untuk mencantum semula kulit pipinya. Setelah mendapat surat rawatan dari doktor, ibubapa Zheng terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Thursday 16 August 2018

RAHSIA GULA PUTIH GUNA TULANG LEMBU


Tahukah anda bahawa tulang lembu digunakan di dalam proses menapis gula tebu untuk menjadikannya berwarna putih?


Tulang lembu ini pada mulanya akan dibakar selama 12 jam ataupun lebih di dalam suhu setinggi 700 darjah celsius sehingga tulang tersebut berubah menjadi butiran karbon. Setelah itu, butiran tersebut akan dijadikan bahan penapis gula.


Untungnya, tidak semua pengilang mengunakan karbon daripada tulang lembu. Ada juga yang mengunakan kaedah lain iaitu butiran karbon yang tidak berasaskan tulang haiwan. Untuk membezakan  gula yang mengunakan karbon daripada tulang lembu ataupun tidak, adalah sukar kerana ianya mempunyai rasa dan warna yang sama.




Wednesday 15 August 2018

PRODUK CIPTAAN JEPUN YANG BUAT KITA TERTANYA-TANYA

Jepun memang sudah lama terkenal dengan keunikan budaya dan cara hidup masyarakat mereka. Selain itu, masyarakat Jepun juga sebenarnya mempunyai citarasa dan kreativiti yang tersendiri. Berikut merupakan teknologi ataupun ciptaan Jepun yang kita tidak pernah terfikir.

1. Pen yang boleh merekod tulisan tangan kepada bentuk digital

2. Straw penyedut yang boleh menapis air

3. Jam lonceng yang perlu selesaikan puzzle untuk off


4. Sudu dengan penimbang digital

5. Gunting dengan sinaran laser

6. Bantal dan jam lonceng

7. Selipar mop

8. Payung anti hujan

9. Payung dan tali leher

10. Kaca mata dengan corong khas

11. Microphone senyap

12. Kasut kalis lumpur