Hanya kerana ingin menyelamatkan kambingnya yang sedang digigit harimau, seorang wanita india nekad untuk bertarung dengan harimau tersebut tanpa berfikir panjang.
Dengan bersenjatakan kayu Rupali Meshram memukul harimau yang sedang mengigit punggung kambing ternakannya. Kerana merasa terancam, harimau tersebut pun menyerang Rupali. Mendengar teriakan anaknya, ibu Rupali pun segera campur tangan dan menumbuk harimau tersebut. Mungkin kerana melihat keberanian anak dan ibu ini, si harimau mengalah dan melarikan diri.
Entah bagaimana, mereka berdua tidak mengalami luka yang parah. Padahal, seekor harimau mempunyai kekuatan untuk membunuh seekor kerbau dewasa. Hal ini sempat membuat doktor yang merawat Rupali terkejut mendengar kisah disebalik luka di wajahnya.
Ibu Rupali mengaku dia sebenarnya takut dibaham harimau. Tetapi kasih sayang terhadap anaknya mengatasi rasa takut tersebut.
No comments:
Post a Comment