Wednesday, 28 June 2017

KENAPA LIPAS TAKUT CAHAYA


Kebiasaanya, lipas akan bersembunyi apabila kita membuka lampu. Lipas juga memilih untuk bergerak aktif pada waktu malam. Adakah lipas takutkan cahaya?


Sebenarnya, lipas bersembunyi kerana reaksi semulajadi mereka untuk menyelamatkan diri dari sebarang ancaman. lipas tidak takut cahaya. Terdapat sesetengah lipas yang tertarik akan cahaya. Ada lipas yang berkumpul ditepi tingkap ataupun television.

Monday, 26 June 2017

GEN LALAT SEPADAN DENGAN MANUSIA?



NASA
Menurut para penyelidik di  National Aeronautics and Space Administration (NASA), gen lalat buah sepadan sebanyak 77 peratus dengan penyakit genetik manusia (penyakit yang diwarisi melalui genetik). Gangguan genetik adalah perubahan mutasi di dalam DNA manusia yang boleh diwarisi melalui ibu bapa.


Lalat mempunyai jangka hayat yang singkat. Lalat hanya mengambil masa seminggu untuk bertukar dari telur sehingga menjadi lalat dewasa. Hal ini memudahkan para penyelidik untuk mengkaji mutasi genetik dalam masa yang lebih singkat berbanding masa yang diambil untuk mengkaji serangga dan haiwan lain. Oleh itu, lalat buah kerap digunakan di dalam kajian makmal perubatan.


Sunday, 25 June 2017

RAHSIA TERPENDAM LIPAS


Umumnya, kita sudah tahu akan bahaya dan risiko penyakit yang disebabkan oleh lipas. Kita juga tahu kemampuan lipas untuk berkembang biak dalam masa yang singkat. Tapi tahukah anda lipas sudah ada sejak 280 juta tahun yang lalu? Lipas mempunyai kelebihan sendiri untuk terus hidup dan berkembang meskipun di dalam dunia yang semakin hari berkembang pesat. Radiasi letupan bom atom juga tidak memberi kesan terhadap lipas. Lipas mempunyai ikhtiar hidup yang sangat tinggi.


Lipas juga boleh bertahan hidup pada suhu 0 C°. Meskipun berada dalam peti ais, lipas masih boleh hidup. Lipas boleh berhenti bernafas selama 40 minit dan lebih 30 minit di dalam air. Lipas kerap menahan nafas untuk mengurangi pengunaan air di dalam badan mereka.


Lipas boleh hidup seminggu tanpa kepala. Hal ini adalah disebabkan lipas bernafas melalui liang pernafasan yang ada di sekitar tubuh badan mereka. Lipas tersebut hanya mati setelah seminggu kerana kekurangan air di dalam badan.

Friday, 23 June 2017

"KUTU BUNUH KUCING DAN ANJING"


Kutu atau pepijat sememangnya menjadi masalah besar kepada pemilik haiwan peliharaan. Namun begitu, masih ada pemilik yang memandang rendah kesan pijat atau kutu terhadap haiwan peliharaan mereka.


Seekor kutu memerlukan makanan darah setiap beberapa hari sepanjang hidupnya. Hal ini mengakibatkan haiwan peliharan kekurangan sel-sel darah merah yang penting. Bayangkan, jika haiwan kesayangan anda mempunyai sekitar 70 ekor kutu di atas badannya, kutu-kutu ini akan mengambil kira-kira 1 mililiter darah dalam beberapa hari. Hal ini akan menyebabkan anemia yang teruk kepada haiwan yang masih kecil ataupun yang lemah.


Sekiranya tidak ditangani, kutu akan mebiak dan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Dalam jumlah yang banyak, kutu-kutu ini boleh membunuh haiwan dalam masa kurang dari 1 bulan.

Thursday, 22 June 2017

CARA BUNUH KUTU KUCING GUNA BAHAN SEMULAJADI


GARAM + CUKA & MINYAK
Campuran garam dan cuka sangat berkesan untuk membersihkan dan membunuh kutu. Cara pengunaan ialah, campurankan garam dan cuka dalam jumlah yang sama. Kemudian, sapukan seluruh badan kucing dengan campuran tersebut. Biarkan seketika sehingga kering dan sesudah itu, sapukan pula minyak kelapa ataupun zaitun.


Seterusnya, anda boleh biarkannya selama 8 jam untuk melemaskan kutu yang mungkin masih belum mati, ataupun anda boleh sahaja menyikat bulu kucing tersebut untuk menyingkirkan kutu yang sudah mati. Setelah menyikat kutu-kutu tersebut, cuci badan kucing mengunakan syampu untuk mencuci kesan minyak tadi.


Kelebihan : Tidak beracun dan lebih cepat untuk melemaskan kutu-kutu tersebut.

Kekurangan : Tidak ada kajian rasmi tentang keberkesanan cara ini, hanya petua daripada orang tua-tua.

Wednesday, 21 June 2017

HUBUNGAN LIPAS, ALERGI DAN ASMA


ALERGI DAN ASMA
Tidak ada yang sukakan lipas. Mereka kotor dan menyebarkan bakteria. Adakah anda juga tahu bahawa lipas juga antara penyebab utama alahan (alergi) dan asma?

Alahan kerana lipas sudah menjadi kebiasan di kawasan bandar. 78 hingga 98 peratus kediaman manusia yang tinggal di kawasan bandar mempunyai masalah lipas.

60% manusia yang menghidap asma yang tinggal di bandar menpunyai alahan terhadap lipas. Secara khususnya, manusia mengalami alahan daripada air liur, najis, dan badan lipas.


GEJALA ALAHAN LIPAS
- Hidung tersumbat yang teruk
- Infeksi dalam telingga
- Mata dan hidung gatal
- Batuk yang tidak hilang
- Sesak nafas
- Telinga berdegung
- Sesak dada

Alahan terhadap lipas juga boleh menyebabkan ruam. Jika doktor anda merasakan anda menghidap alahan lipas, anda perlu melakukan ujian kulit untuk mendapatkan kepastian.


MENGAWAL ALAHAN LIPAS
Lipas mahir bersembunyi di antara dinding dan rekahan menyebabkan kesukaran untuk mengesan kehadiran mereka. Menurut pakar, jika anda menemui seekor lipas di dalam rumah anda, berkemungkinan terdapat 800 ekor lipas juga berada berhampiran tetapi tidak kelihatan.

Perkara pertama dan yang paling penting anda harus lakukan ialah, jangan sesekali biarkan lipas menghuni rumah anda.


Monday, 19 June 2017

24 JAM SEBELUM TERKENA JANGKITAN


Pijat memerlukan masa selama 24 jam untuk memindahkan jangkitan virus kepada mangsa. Jangkitan penyakit Lyme menjangkiti mangsa melalui air liur pijat. Ketika sedang menyedut darah, pijat akan mengeluarkan air liur yang mengandungi virus.


Manusia yang menghidap penyakit Lyme akan sukar untuk tidur, susah bernafas, sakit dada, demam, sakit sendi, hilang daya pendengaran dan sebagainya.


Penyakit ini sangat berbahaya kerana boleh merosakkan otak, jantung dan otot-otot sendi. Persediaan awal adalah amat diperlukan untuk mengelak daripada terkena penyakit ini. Jaga persekitran anda daripada sebarang jangkitan pijat.


PIJAT KUTU ANJING MENGHISAP DARAH


Pijat atau pepijat tidak boleh melombat atau terbang. Untuk menghampiri mangsa, pijat hanya merayap perlahan-lahan dan naik kebadan mangsanya.


Kebiasanya, pijat akan merayap ke telingga dan kepala mangsa untuk menyedut darah. kawasan leher juga menjadi kegemaran pijat kerana kulit leher lebih nipis berbanding bahagian lain.


Sunday, 18 June 2017

KENALI KUTU PINJAL (KUTU ANJING DAN KUCING)



Kutu pinjal adalah serangga yang terkenal sebagai penyebar wabak taun (Bubonic plague). Kutu ini juga memindahkan bakteria murine typhus (tifus) kepada manusia daripada tikus yang telah dijangkiti.


Air liur mereka mempunyai alergen yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada haiwan dan manusia.


Kutu ini juga boleh memindahkan cacing pita yang menyebabkan anemia kepada haiwan peliharaan. Gigitan kutu menyebabkan rasa pedih, lebam merah dan gatal.


Wajah yang mengerikan? Begitu juga penyakit yang ia bawa.

Saturday, 17 June 2017

HAKIKAT SEMUT YANG MENGEMBALA SERANGGA LAIN


Pernahkah anda melihat kawanan parasit pokok seperti kuya-kuya yang dikerumuni oleh semut? Seperti manusia yang mengembala lembu untuk mendapatkan susunya, begitulah juga semut menternak parasit pokok untuk mendapatkan madu (madu tumbuhan) dari mereka. Semut tidak mampu menghasilkan madu dan nektar, oleh itu mereka mengunakan serangga lain sebagai penghasil madu untuk mereka.


Semut sangat mahir di dalam penternakan parasit. Semut kerap mendidik parasit-parasit ini cara untuk memudahkan mereka memunggut madu daripada mereka. Kadang-kala, parasit yang enggan mengeluarkan madu tersebut akan dipaksa sehingga mengalah.


Lebih menakjubkan, semut kebiasaannya akan memindahkan parasit-parasit ini ke tempat yang lebih selamat untuk mengelak daripada dimakan pemangsa lain. Malahan, semut-semut ini akan memotong sayap parasit yang sudah matang untuk menghalang mereka daripada terbang melarikan diri.

Friday, 16 June 2017

GUNA SEMUT UNTUK JAHIT LUKA


Tahukah anda, di sesetengah tempat iaitu di Asia, Afrika dan Afrika Selatan, semut pernah digunakan untuk menjahit luka?


Tekniknya cukup mudah, hanya perlu cantumkan bahagian luka dan biarkan semut mengigit cantuman tersebut. Seterusnya, pisahkan badan semut tersebut. Semut yang telah mati akan tetap mengigit cantuman luka tersebut.


Hari ini, teknik ini masih boleh digunakan. tetapi mahukah anda mencuba?

Thursday, 15 June 2017

KENAPA ORANG MAKAN LIPAS TIDAK KENA PENYAKIT?


Di Vietnam, Thailand atau China, memang ada sesetengah tempat yang menjadikan lipas sebagai makanan mereka. Jika benar lipas penyebab pelbagai jenis penyakit, kenapa mereka yang menjadikan lipas sebagai makanan tidak dijangkiti penyakit?


Pertama, lipas yang menjadi makanan mereka sudah dimasak. bakteria-bakteria yang membawa penyakit sudah mati.


Kedua, lipas yang mereka makan adalah lipas yang mereka ternak. Lipas tersebut diternak di dalam kawasan yang tidak kotor. Harus di ingati, lipas sendiri tidak mempunyai penyakit. Lipas hanya bertindak sebagai ejen penyebar penyakit. Bakteria-bakteria yang terdapat pada badan lipas adalah daripada kawasan persekitaran yang mereka tinggal. Lipas suka pergi ke kawasan-kawasan yang kotor yang mana akan menyebabkan bakteria di kawasan tersebut berpindah ke badan lipas. Seterusnya, bakteria-bakteria tersebut akan tersebar ke seluruh kawasan yang lipas akan lalui. Dalam erti kata lain, lipas jika tinggal di kawasan yang bersih, tidak akan membawa sebarang penyaktit.

Tuesday, 6 June 2017

LIPAS DAN LAGENDA MAHSURI

Lagenda Mahsuri merupakan cerita yang berlaku di Pulau Langkawi pada tahun 1819. Pada waktu itu Mahsuri telah dituduh bermukah bersama lelaki lain ketika suaminya pergi berperang. Sebelum dihukum bunuh Mahsuri sempat menyumpah Langkawi akan tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang terkukur sehingga 7 keturunaan. Ketika ditikam dengan tombak sakti, darah Mahsuri yang mengalir keluar berwarna putih. Justeru itu masyarakat percaya tuduhan keatas Mahsuri hanyalah fitnah semata-mata.

Sama seperti Mahsuri, lipas juga berdarah putih. Hal ini disebabkan ketiadaan hemoglobin di dalam darah mereka. Hemoglobin adalah iron yang menjadikan darah manusia berwarna merah. Lipas tidak mempunyai pembuluh darah seperti haiwan lain, darah mereka tidak digunakan untuk membawa oksigen.