Mengurus perniagaan adalah sesuatu yang memerlukan kemahiran. Hakikatnya, syarikat yang berpengalaman juga berkemungkinan untuk melakukan kesilapan di dalam perniagaan. Apatah lagi jika anda adalah usahawan yang baru hendak berkecimpung didalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk melakukan kesilapan ini dapat dihindari jika kita mengetahuinya terlebih dahulu.
Berikut adalah 3 kesilapan yang kerap peniaga baru lakukan:
1. TIDAK MERANCANG
Usahawan yang baru selalunya melakukan kesilapan ini kerana keterujaan untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Mempunyai modal yang cukup sahaja tidak cukup untuk menjanjikan kejayaan di dalam perniagaan. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah MERANCANG. Dengan adanya perancangan, perjalanan perniagaan itu nanti akan lebih teratur kerana mempunyai hala tuju yang jelas dan terancang.
2. TIDAK MELAKUKAN KAJIAN PASARAN
Kegagalan untuk melihat pasaran terlebih dahulu akan menjadi beban di kemudian hari. Apa yang kita kehendaki belum tentu dikehendaki orang lain. Oleh itu, ketahui pasaran terlebih dahulu sebelum anda menanggung kerugian kerana kesukaran untuk menjual dan mengatasi pesaing yang lain.
3. TIDAK MENITIK BERATKAN PERAKAUNAN
Dalam perniagaan, perakaunan adalah sangat penting. Setiap sen atau ringgit adalah nilai yang harus diambil kira. Duit keluar dan masuk perlu diurus dengan baik. Kegagalan untuk melihat nisbah keuntungan dan kerugian dalam setiap transaksi akan membawa padah. Lihatlah bagaimana pemenang loteri jutaan ringgit boleh kembali menjadi miskin hanya kerana tidak mengurus kewangan dengan baik.