Thursday, 31 January 2019

HANTU DALAM BALANG DIJUAL 55,000 USD


Pada tahun 2003, seorang pengguna eBay dari Arkansas bernama Teajay101 membuat lelongan hantu dalam balang kaca dengan tawaran bernilai 99 USD. Beliau menulis di ruangan penerangan bahawa balang berisi hantu tersebut telah diambil di salah sebuah tapak perkuburan yang terbiar pada tahun 1980 semasa beliau cuba mencari logam.


Beliau melanjutkan, "Selepas menggali kira-kira sedalam 2 kaki, sekop saya menyentuh kotak kayu yang sudah reput, terdapat 2 balang dan jurnal lama di dalam kotak kayu tersebut. Terdapat simbol dan tulisan aneh pada kedua balang tersebut. Semasa cuba mengeluarkan kedua balang tersebut, salah satu telah pecah dan sesuatu seakan-akan asap hitam meresap keluar."

"Saya meninggalkan balang yang sudah pecah dan membawa pulang balang yang masih elok bersama dengan buku jurnal lama. Sewaktu membaca isi jurnal tersebut, bulu roma saya meremang. Saya hanya boleh mengatakan benda tersebut sebagai "The Black Thing".  

"Saya akhirnya bercakap dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan berkenaan balang tersebut. Menurutnya, saya hanya mampu menyingkirkan "benda" tersebut setelah saya melepaskan balang tersebut kepada orang lain."


Sewaktu lelongan tersebut dibuat, tawaran tertinggi ialah 55,000 USD. Kini eBay sudah membuat sekatan untuk tidak membenarkan sebarang benda yang mempunyai unsur sama dilelong. Sehingga kini, keberadaan balang tersebut menjadi misteri.

Wednesday, 30 January 2019

SEBAB ANAK MALAS BUAT KERJA RUMAH, PERLU TAHU CARA INI


Penat untuk setiap hari memaksa anak anda menyiapkan kerja rumah? Adakah sudah mencuba untuk memberi ganjaran, mendenda dan memaksa tetapi tidak membuahkan hasil yang positif? Jika itu adalah masalah yang anda sedang hadapi sekarang, tips kali ini sangat sesuai untuk anda.

Tips yang pertama ialah mengubah perkataan kerja rumah kepada belajar. Kanak-kanak biasanya tidak suka mendengar perkataan kerja. Kerja bagi mereka adalah sesuatu yang memenatkan dan membebankan.


Seterusnya ialah membuat rutin belajar. Set masa dan waktu untuk belajar. Apabila mereka melakukannya setiap hari, rutin tersebut akan menjadi kebiasaan.

Pastikan juga anda sentiasa bersedia untuk membantu mereka melakukan rutin belajar. Ingatkan mereka 5 minit sebelum mula belajar. Kemas dan sediakan tempat untuk mereka belajar. Tanam sikap mengutamakan pembelajaran di dalam hidup mereka.


Akhir sekali ialah jangan terlalu membantu. Jangan sesekali membantu anak anda menyiapkan kerja rumah mereka tanpa membiarkan mereka berusaha bersungguh-sungguh. Jangan mudah terpedaya dengan keluhan mereka dan jawapan "saya tidak tahu buat". Tanya mereka di dalam usaha membantu mereka menyelesaikan soalan tersebut. Contohnya, "Kamu rasa, apa jawapan ini? Bahagian mana yang kamu tidak faham? Boleh bagi saya contoh? Macamana cara untuk kamu tahu? Apa yang kamu dapat?" 

Cubalah tips-tips tersebut. Semoga membuahkan hasil.

Monday, 28 January 2019

ALASAN KENAPA KOREA MAKAN SOTONG KURITA HIDUP-HIDUP


Di negara kita Malaysia, makan makanan yang masih hidup boleh dianggap tabu. Sedangkan makanan mentah juga jarang sekali dijadikan makanan. Kita sudah terbiasa makan masakan yang dimasak secukupnya. Tetapi, berbeza pula di negara Korea. Di Korea, hidangan sotong kurita mentah adalah perkara biasa.


Bagi masyarakat Korea, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk makan sotong kurita hidup-hidup. Mereka mempunyai kepercayaan bahawa sotong kurita yang dimakan hidup-hidup memberikan mereka tenaga dan stamina yang banyak.

Makanan ini biasanya terkenal bagi mereka yang mempelajari seni mempertahankan diri Kendo. Mereka menjadikannya makanan harian untuk tenaga dan stamina ketika latihan.

Apa pendapat anda? Mampukah anda makan makanan yang masih hidup?


Friday, 25 January 2019

ANAK BENCI MAKAN MAKANAN SIHAT? INI 5 CARA UNTUK ANDA CUBA


Tidak mudah untuk mengajar anak kecil anda untuk menyukai makanan baru. Mereka selalunya menyukai makanan ringan yang kurang berkhasiat dan makanan manis. Kita sebagai ibubapa sudah tentu inginkan mereka mencuba untuk mengambil makanan sihat, tetapi bagaimana caranya? Berikut merupakan cara yang anda boleh cuba.

1. Duduk dan makan bersama anak anda
Anda adalah model contoh untuk anak anda. Mereka akan belajar untuk makan dan mencuba makanan baru dengan melihat dan meniru anda makan.


2. Menawarkan makanan baru berulang kali
Kanak-kanak biasanya perlu melihat, mencium, dan menyentuh makanan beberapa kali sebelum mencuba untuk makan. Kadang kala mereka perlu mencubanya beberapa kali sebelum mulai menyukainya. Teruskan untuk menawarkan mereka makanan baru disamping makanan yang pernah mereka tolak.

3. Berikan anak anda cukup masa
Kanak-kanak kecil belajar dengan menyentuh, menghidu dan melihat makanan. Berikan waktu untuk anak anda biasa dengan makanan yang anda berikan. Belajar menggunakan sudu dan garpu juga memerlukan masa. Makan perlahan-lahan bersama anak anda.

4. Cuba tawarkan makanan yang sama dengan cara yang berbeza.
Cuba berikan makanan kepada anak anda dengan cara yang berbeza. Contohnya, masakan kukus, rebus, panggang dan sebagainya. Jika anak anda suka sayur-sayuran yang dimasak dengan cara tertentu, berikan sayur-sayuran lain yang dibuat dengan cara yang sama.


5. Berikan makanan baru disertai makanan yang mereka gemari
Sediakan makanan baru dengan sekurang-kurangnya 1 makanan yang disukai oleh anak anda. Jika anak anda tidak mahu makan, atau makan sedikit pada waktu makan, berikan mereka makanan ringan yang sihat 1 hingga 2 jam kemudian. 

Kadang kala, anak kecil hanya mahu makan makanan yang sama berulang kali. Ini adalah perkara biasa dan mungkin bertahan selama beberapa minggu atau bulan. Jika makanan kegemaran mereka adalah sesuatu yang menyihatkan atau berkhasiat, teruskan menawarkannya bersama dengan pelbagai makanan sihat yang lain. Tetapi, jika makanan kegemaran mereka adalah kurang sihat, usah berikan secara kerap.

Wednesday, 23 January 2019

ANAK SERING MARAH? GUNA 5 CARA BERKESAN INI


Sering marah bukanlah masalah besar. Tetapi hal yang merisaukan adalah apabila anak kita marah sehingga menjadi ganas dan agresif. Hal inilah yang anda perlu didik kepada anak anda. Jangan biarkan kemarahan mereka menjadi ganas dan agresif.

Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal perasaan marah anak anda.


1. Berikan masa
Setiap kali anak anda marah, berikan mereka masa rehat. Jangan membalas atau melayan karenah mereka. Hal itu hanya akan mengakibatkan mereka menjadi lebih marah. Hantar mereka ke bilik tidur untuk menenangkan diri seketika. Tetapi, jika mereka bertindak agresif dan kasar, halang dan biarkan mereka duduk sehingga mereka bertenang.

2. Ajar mereka cara marah 
Kanak-kanak selalunya menjerit, menumbuk, menendang dan membaling barang-barang ketika marah kerana mereka tidak tahu cara untuk menunjukkan perasaan marah mereka. Tugas anda sebagai ibubapa ialah mengajar mereka untuk melepaskan perasaan merah dengan betul. Pesan mereka untuk berkata seperti "saya sedang marah" atau "saya marahkan kamu" atau "dia buat saya sakit hati". 


3. Berikan pujian untuk tingkah laku baik
Tingkah laku kanak-kanak bergantung kepada reaksi anda. Kanak-kanak selalunya cuba mendapatkan perhatian ibubapa dengan melakukan pelbagai cara. Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang baik, berikan mereka pujian, hargai usaha mereka. Tetapi, jangan pula berlebihan kerana mereka akan terbiasa dengan pujian sehingga sukar untuk menerima kritikan.

4. Jadi modal contoh
Adakah anak anda membesar di dalam suasana keluarga yang sering bertengkar sesama sendiri? Jika anda sendiri sering marah-marah, anak anda akan cenderung untuk turut mempunya itingkah laku yang sama. Jadikan diri anda sebagai modal untuk anak anda. Ini kerana, kanak-kanak sering menjadikan ibubapa mereka sebagai modal contoh.

5. Empati
Tunjukkan anda mengambil tentang perasaaan mereka. Cuba fahami apakah yang menyebabkan mereka sering marah. Galakkan mereka untuk berkongsi perasaan mereka. Apabila anda bersikap terbuka untuk mendengar, anak anda akan menjadi lebih tenang.

ANAK MALAS BELAJAR? INI 5 CARA UTAMA UNTUK NAIKKAN MOTIVASI

 

Setiap kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza. Tindak balas dan reaksi mereka untuk sesuatu perkara adalah tidak sama. Oleh itu, kepelbagaian pendekatan diperlukan untuk menarik minat mereka untuk belajar. Ketika meningkat dewasa, mereka haruslah sedar bahawa belajar adalah suatu bahagian yang sangat penting di dalam hidup mereka.

Berikut adalah 5 cara untuk menarik minat anak anda untuk belajar

1. Berikan ganjaran
Kanak-kanak kebiasaannya suka akan ganjaran. Gunakan peluang ini untuk jadikan ganjaran sebagai motivasi mereka untuk belajar. Jika anak anda dapat menyiapkan kerja rumah, anda boleh berjanji untuk membawa mereka keluar berjalan-jalan, ke kedai aiskrim, ataupun ke taman permainan yang paling mereka gemari. Dengan ini, mereka akan sentiasa bersemangat untuk belajar.


2. Jadikan belajar itu sesuatu yang menyeronokkan
Jangan pernah menengking ataupun memarahi mereka jika mereka tidak belajar dengan betul. Perkara itu hanya membuat mereka cuba untuk lari dari waktu belajar. Jadikan belajar itu sesuatu yang menyeronokkan. Cuba jadikan belajar itu menyenangkan seperti mengunakan musik dan nyanyian.

3. Berikan pujian
Sentiasa berikan pujian unutk setiap jawapan yang betul. Walaupun mereka salah dalam menjawab, berikan pujian di atas usaha yang sudah mereka lakukan. Hal ini dapat membina keyakinan diri dan semangat mereka untuk terus belajar.


4. Galakkan mereka untuk bertanya
Di usia muda ini, mereka sedang berada di dalam proses pembelajaran. Mereka akan banyak mengalami benda baru di dalam kehidupan mereka. Bertanya adalah sesuatu yang sangat penting di dalam proses pembelajaran tersebut. Anda haruslah membantu mereka dengan menjawab setiap persoalan yan gmereka kemukakan.

5. Membaca
Untuk menarik minat mereka membaca dan belajar, anda haruslah rajin untuk membacakan buku cerita untuk mereka setiap hari. Kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi, dengan mendengar anda membaca, mereka akan secara tidak langsung minat untuk turut membaca buku. Jadikan membaca salah satu rutin harian.

Tuesday, 22 January 2019

ANAK SERING KENCING MALAM? BACA PETUA DR JANJUA NI


Anak sudah masuk zaman persekolahan tetapi masih kencing malam? Tilam basah dan cadar perlu diganti setiap hari. Anda tidak sendirian dalam masalah ini. Mengikut statistik, 15 peratus anak berumur lebih dari 5 tahun masih kencing malam. Kebiasaannya, kanak-kanak yang kencing malam selalunya kanak-kanak lelaki.


Melihat kepada masalah ini, Dr Janjua doktor pakar kanak-kanak (neurologi) berkongsi petua yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk membantu mengatasi masalah kencing malam anak-anak mereka. Berikut merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan.

1. Agihkan masa untuk minum
Tingkatkan pengambilan air pada sebelah pagi, dan kurangkan pada sebelah malam.

2. Jadual kencing
Atur masa anak anda untuk kencing selang dua atau tiga jam dan sejurus sebelum tidur.

3. Berikan galakkan
Dorong anak anda dengan memberi ganjaran setiap kali dia tidak kencing malam. Perasaan gembira anak anda akan secara tidak langsung mempengaruhi minda tidak sedar anak anda untuk mengawal diri agar tidak kencing malam.

4. Jangan minum air yang memberi kerengsaan pada pundi kencing
Jauhkan minuman berkefein, milo, cokelat, jus limau, perasa tiruan, pemanis dan pewarna. 

5. Jangan biarkan anak dahaga teruk
Pastikan anak anda menghabiskan sebotol air diwaktu pagi semasa sekolah agar dia tidak merasa haus diwaktu petang.

Semoga petua ini dapat membantu anak anda berhenti kencing malam dan menikmati tidur yang lena.

Sunday, 20 January 2019

8 CARA JADIKAN ANAK ANDA LEBIH BIJAK


Menurut pakar perkembangan kanak-kanak dan pakar neurologi, alam kanak-kanak adalah saat paling kritikal di dalam perkembangan intelektual seseorang. Alam kanak-kanak adalah peringkat di mana otak berkembang paling cepat. Apa yang anda ajar kepada anak anda pada waktu kecil akan memberi kesan di dalam perkembangan intelektualnya walaupun sesudah dewasa.

1. Belajar lebih awal
Usah tunggu zaman persekolahan. Ajar anak anda menghafal nombor dan abjad lebih awal. Jika mereka mengenal nombor dan abjad, mereka akan lebih senang faham dan belajar di sekolah.

2. Galakkan rasa ingin tahu anak
Anak kecil kebiasaannya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Kita selaku ibubapa sebolehnya cuba untuk memberi dorongan. Dengan melakukkan sendiri perkara yang mereka ingin cuba, mereka akan belajar lebih banyak.


3. Membaca untuk anak
Mengikut kajian, kanak-kanak yang sering dibacakan buku oleh ibubapa mereka sewaktu kecil cenderung untuk minat membaca dan berjaya di alam persekolahan. Usahakan membaca untuk anak anda walaupun mereka masih belum boleh memahami kata-kata anda.

5. Bercakap dengan anak
Sering berkomunikasi dengan anak akan membantu mereka untuk menguasai pengunaan bahasa yang betul. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sering berkomunikasi di rumah mempunyai otak yang lebih aktif dan kemampuan lisan yang tinggi.

6. Biarkan anak anda bermain
Dengan bermain, anak anda mampu membina kemahiran intelektual, sosial, fizikal dan juga emosi. Apabila bermain dengan kanak-kanak yang lain pula, mereka dapat belajar untuk menggabungkan idea, pendapat dan perasaan di samping meningkatkan kemahiran mereka untuk berinteraksi diantara satu sama yang lain.


7. Dengar lagu
Kajian telah menunjukkan bahawa mendengar muzik dapat meningkatkan memori, perhatian, motivasi dan pembelajaran. Ia juga boleh mengurangkan tekanan yang berkemungkinan merosakkan otak anak anda. Satu kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak berkembang lebih cepat dengan latihan muzik.

8. Buat perkara yang boleh dicontohi
Kanak-kanak belajar dengan melihat. Biarkan diri anda menjadi model contoh untuk anak anda. Buat perkara yang kreatif dan sebagainya. Contohnya, di saat anak anda melihat anda membaca buku, mereka akan meniru kelakuan tersebut dan minat mereka untuk membaca juga akan bertambah.

Friday, 18 January 2019

KESAN NEGATIF PERANTI ELEKTRONIK KEPADA ANAK


Dari TV ke tablet handphone, anak kecil yang baru berusia 3 tahun sudah mulai ketagih dengan peranti elektronik. Mereka mengunakannya untuk menonton siaran kegemaran, kartun, youtube, bermain video games dan mendengar lagu. Kadang -kala ada anak kecil yang mengunakan handphone menonton youtube sehingga lebih 8 jam sehari. 

Banyak kajian mengatakan pengunaan peranti elektronik ini memberi kesan yang negatif kepada anak-anak kecil jika digunakan terlalu kerap. Hakikatnya, pengunaan alat elektronik ini juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Tetapi kali ini saya hanya berkongsi kesan negatif sahaja.


Pada tahun 2013, Daily Mail melaporkan bahawa 29% anak kecil yang berusia 3 tahun ke bawah sudah biasa mengunakan peranti elektronik dan 70% lagi di awal zaman persekolahan. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, secara purata kanak-kanak menghabiskan kira-kira 8 jam sehari menonton skrin elektronik.

Penggunaan alat elektronik terlalu lama boleh menjejaskan masalah penglihatan dalam jangka masa panjang. Apabila terlalu kerap melihap skrin elektronik, kerdipan mata akan semakin berkurang. Kebiasaannya, mata akan berkelip sekitar 15 kali dalam satu minit. Tetapi, apabila melihat skrin elektronik, jumlah kerlipan akan berkurangan dari masa kesemasa kerana pemerhatian yang tinggi keatas pergerakan di dalam skrin. Dalam situasi ini, jumlah kerdipan boleh menurun sehingga kurang 5 kali dalam seminit.


Antara kesan negatif pengunaan alat elektronik secara kerap bagi anak kecil adalah kelewatan dalam pengunaan bahasa dan bertutur. Kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur mampu untuk berkata-kata tetapi sukar untuk kita difahami.Manakala bagi kanak-kanak yang mengalami kelewatan bahasa pula hanya mampu mengunakan dua atau tiga perkataan dalam satu-satu masa. Menurut pakar, kanak-kanak belajar berkomunikasi melalui komunikasi sesama manusia. Tetapi apabila mereka sering menghabiskan waktu melihat skrin elektronik, perkembangan mereka untuk bertutur dengan sempurna terbantut.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin mengalami masalah defisit perhatian: Gangguan Hyperactivity (ADHD). Ia merujuk kepada masalah seperti memberi perhatian, hiperaktif atau mengalami kesukaran mengendalikan tingkah laku. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mudah untuk cemas, tidak dapat memberi tumpuan, gelisah dan mudah terganggu. Perubahan dalam tingkah laku ini boleh menyebabkan masalah di sekolah atau di rumah juga.


Seperti yang saya maklumkan tadi, pengunaan alat elektronik sebenarnya mempunyai kebaikan juga. Tetapi saya tidak berkongsi di catatan saya pada kali ini.

Thursday, 17 January 2019

IBU 7 ANAK KONGSI TIPS ELAK ANAK MENANGIS WAKTU SEKOLAH


Sudah masuk beberapa minggu persekolahan, anak masih menangis ketika dihantar ke sekolah? Sikap dan penerimaan kanak-kanak terhadap persekitaran dan perubahan adalah tidak sama. Ada yang mampu menyesuaikan diri serta merta dan ada pula yang mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri berpisah daripada ibu kesayangan mereka.

Ketika pertama kali menghantar anak saya ke pra-sekolah, anak saya tidak mahu berpisah. Melihat anak-anak kecil lain turut menangis, dia bertambah cemas dan tidak mahu saya tinggalkan. Semasa guru-guru kelas mereka memesan ibubapa meninggalkan anak masing-masing, perasaan bersalah dan berat hati saya bertambah apabila melihat raut wajah anak saya yang hendak menangis.


Dalam situasi yang agak tidak terurus itu, ada seorang anak perempuan yang kelihatan gembira dan tidak terganggu dengan situasi tersebut. Anak perempuan itu hanya tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal ketika melihat ibunya melangkah keluar. Kagum dengan perkara itu, saya segera bertanya kepada ibu anak tersebut. Apa sahaja rahsia ibu ini, saya mesti ambil tahu.

Tidak segan berkongsi ilmu, ibu kepada 7 orang anak itu berkongsi rahsia tersebut. Menurutnya, pengalaman memiliki 7 orang anak menjadikan dia mahir dalam bermain psykologi kanak-kanak. 


Pertama katanya, jadikan anak tersebut suka akan persekolahan. Jangan pernah jadikan sekolah itu seperti sesuatu yang negatif atau kaitkan sekolah dengan perkara negatif. Contohnya, mengatakan sesuatu yang mendesak seperti, "Kita mesti pergi ke sekolah, walau apa jua keadaan" atau "Yea, esok  tiada sekolah". Boleh juga dalam bentuk ugutan seperti "Saya akan buang mainan kamu kalau menangis" dan ayat suapan seperti "Kalau kamu pakai kasut, malam ini saya belikan aiskrim".

Ayat positif yang boleh dikongsi dengan anak agar mereka sukakan sekolah ialah seperti, "Di sekolah nanti kamu dapat ramai kawan baru", "banyak taman permainan, buku cerita, lagu dan aktiviti-aktiviti menarik". Jangan lupa juga untuk bertanya hal-hal yang mengembirakan mereka sesudah balik dari sekolah. Contohnya, tanya mereka siapa kawan mereka bermain, makan apa, nyanyi lagu apa, belajar apa dan sebagainya. Buat mereka rasa anda sangat mengambil berat.


Tips yang kedua ialah, memberikan anak anda "barang istimewa". Contohnya jam tangan lama anda, gelang tangan kesukaannya ataupun klip rambut. Dengan menyentuh barang-barang tersebut, mereka boleh merasakan selamat dan perasaan jauh dari anda tidak seberapa dirasai. Anda juga boleh mengatakan kepada anak anda bahawa anda mahu mereka menjaga barang kesayangan tersebut dan mengembalikannya semula setelah pulang dari sekolah. Hal ini mampu memberi mereka gambaran bahawa kamu akan bertemu semula dan perasaan yang kamu tidak pernah jauh darinya.

MUSIM PENGAIT? PERNAH DENGAR?


Suatu masa dulu, mungkin sekitar tahun 70 sampai 90an, rakyat Sabah heboh dengan cerita pengait. Bukan pengait buah kelapa sawit tapi pengait ini ialah orang yang ada lesen untuk memburu kepala orang untuk digunakan semasa buat jambatan baru. Mungkin ada orang Sabah tidak tahu dan mungkin juga ada yang pernah dengar tapi versi lain dari yang saya akan ceritakan.

Pengait pemburu kepala ini kononnya ada lesen dari kerajaan untuk memburu kepala orang. Jika pengait ditangkap dan dihantar ke balai polis, pengait tersebut akan dilepaskan serta merta. Kepala yang dikumpul pengait ini digunakan untuk jadi penahan jambatan. Kononnya, semangat dari kepala tadi akan mengukuhkan lagi jambatan daripada runtuh atau roboh.

(gambar hanya sekadar hiasan, tiada kaitan dengan pengait)

Setiap kali ada pembinaan jambatan, masa itulah orang kampung akan kata musim pengait. Anak kecil tidak dibenarkan keluar rumah sendirian. Kalau jalan pergi sekolah, mesti berteman lebih dari 5 orang. Sampai satu waktu, kawan saya tidak ke sekolah dengan alasan takut pengait. Ada macam-macam cerita yang saya dengar. Kononnya, ada orang yang sudah ditemui mati tiada kepala di dalam sungai. Ada juga yang satu keluarga hilang beberapa minggu tidak balik-balik setelah pergi menoreh getah.

Jika kamu lahir di zaman orang "berilmu", pandai buat-buat (jampi), cerita yang tidak masuk akal ini akan kedengaran meyakinkan. Tetapi sekarang, di zaman serba moden ini, cerita pengait sudah tidak diceritakan lagi. Mungkin cerita tersebut hanya digunakan oleh orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak kecil supaya jangan keluar dari rumah.

rujukan :
http://takmungkinbenar.blogspot.com/2013/03/misteri-mitos-pengait-kepala-headhunter.html
http://salammalamjumaat.blogspot.com/2016/02/
http://www.punang.com/2011/01/penduduk-lawas-mati-dibunuh-tanpa.html

Wednesday, 16 January 2019

AWAS! MAKAN IKAN TALAPIA BUAT KITA JADI PELUPA


Ikan talapia merupakan antara ikan yang paling saya gemari. Kukus, goreng atau rebus, apa juga jenis masakan, ikan talapia tetap terasa sedap untuk dimakan. Tidak hairanlah ikan ini sering menjadi pilihan utama masyarakat malaysia ketika berkunjung makan di restaurant-restaurant besar.


Walaubagaimanapun, terdapat larangan daripada pakar kesihatan akan bahaya dan risiko yang boleh terjadi akibat memakan ikan talapia. Kenapa kita harus mengelak dari makan ikan talapia?

Talapia Omega-3 dan Omega-6
Penyelidik dari Universiti Perubatan Wake Forest University mengeluarkan laporan mengenai kandungan asid lemak omega-3 yang kaya di dalam ikan-ikan yang biasanya kita makan. Malangnya, tahap kandungan asid lemak omega-3 dalam ikan talapia berada jauh lebih rendah daripada kebanyakan ikan lain dalam senarai. Asid lemak omega-3 yang ada di dalam ikan mampu mengurangkan risiko Alzheimer. Manakala, ikan talapia pula mengandungi asam lemak omega-6, yang boleh memudatkan anda anda. Kuantiti omega-6 dalam talapia adalah lebih tinggi daripada hamburger atau bacon.

Talapia Boleh Menyebabkan Alzheimer
Salah satu daripada asid lemak omega-6 di dalam talapia dipanggil asid arakidonik - sebatian yang secara signifikan boleh mengakibatkan keradangan yang menjurus kepada penyakit Alzheimer. Sangat berbeza dari ikan-ikan lain yang kebiasaannya boleh membantu kita mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, ikan talapia pula adalah sebaliknya.

Talapia Pencetus Barah
Talapia berpotensi membawa sehingga 10 kali jumlah karsinogen berbanding ikan yang lain. Ini kerana, makanan talapia yang diberikan para penternak ikan kemungkinan mengandungi kotoran, racun perosak dan kimia perindustrian. Satu badan penyelidikan kimia dan toksik telah menemui dioxin di dalam talapia. Dioxin ini dipercayai boleh merangsang perkembangan barah. Mengikut kajian, badan manusia mengambil masa 7 hingga 11 tahun untuk membuang dioxin secara semulajadi.

Apa pendapat anda?

Monday, 14 January 2019

DOKTOR HAIWAN LUMPUH SEPARUH MUKA KERANA SEEKOR SENGKENIT



Pernahkah anda melihat seekor sengkenit? Ada juga orang yang memanggil serangga kecil ini sebagai kutu babi. Ini kerana, kebiasaannya sengkenit ini menjangkiti haiwan liar termasuklah anjing dan kucing.


Malang tidak berbau, Pozzan yang bekerja sebagai doktor haiwan telah dijangkiti kutu ini. Menurut beliau, sebulan yang lalu dia mengalami sakit telinga setelah bangun dari tidur. Dia dapat merasakan telinganya membengkak di bahagian dalam. 


Selaku seorang doktor, dia mengunakan ubat untuk mengurangkan bengkak dan membunuh bakteria di talam telinganya. Menganggap sakit tersebut hanya kerana jangkitan kuman, dia tidak membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar.

Walaupun sakit telinganya sudah hilang, separuh dari muka beliau sudah mulai lumpuh dan tidak mampu bergerak. Mata kanannya juga tidak boleh tertutup. Menyedari perkara tersebut, dia segera berjumpa dengan doktor-doktor pakar. Namun demikian, walaupun sudah bertemu lebih 6 orang doktor dan melakukan imbasan xray, para doktor masih gagal mencari punca sebenar.


Tidak berpuas hati, dia akhirnya menemui doktor yang ketujuh dan akhirnya berjaya menemui sebab sebenar. Rupa-rupanya, selama ini seekor sengkenit sudah lama menjadikan telingga dr Pozzan sebagai tempat tinggal. Setelah dikeluarkan, size sengkenit itu sudah pun sepanjang 1 centimeter.


Lega dengan penemuan tersebut, Dr Pozzan menyarankan agar orang ramai lebih berhati-hati dengan jangkitan sengkenit ataupun kutu dari haiwan peliharaan kerana dia sendiri sudah mengalami pengalaman yang teruk.

Sunday, 13 January 2019

TREND BAJU BUBBLE WRAP 2019


Setiap kali peragaan fesyen dijalankan, kita biasanya akan melihat beberapa rekaan baru yang menarik perhatian. Mungkin hanya mereka yang mempunyai seni di dalam perekaan pakaian yang mampu melihat keindahan pakaian-pakaian tersebut. 


Untuk tahun 2019, pereka fesyen Craig Green bertindak berani dengan menampilkan rekaan baru iaitu baju yang diperbuat daripada bubble wrap. Kita selalunya melihat bubble wrap ini apabila menerima barangan kiriman daripada Lazada. Bubble wrap ini mampu melindungan barang kiriman daripada gegaran dan hentakkan yang kuat. Adakah baju ini juga mempunyai fungsi yang sama? Hanya pereka baju tersebut yang mampu menjawab.


Lihat sajalah keunikkan baju-baju ini, sesungguhnya Green berjaya menarik perhatian para pemerhati dengan koleksi baju bublle wrap beliau. Adakah anda berani untuk meragakan pakaian tersebut di shopping mall berhampiran anda?

Friday, 11 January 2019

KEAJAIBAN KATAK TUNGGANG ULAR


Adakah ini raja segala katak sehingga ular sawah pun tunduk? Pelik tapi benar, sebuah rakaman video dari Australia telah dikongsi di dalam tweeter bagaimana sejumlah katak kuak menunggang seekor ular sawah ketika hujan lebat.


Katak-katak ini sememangnya tidak menjadi makanan ular kerena memiliki tubuh yang beracun. Tetapi katak menunggang ular merupakan perkara yang pelik. Ramai percaya katak tersebut menunggang ular sawah tersebut untuk berhijrah ke kawasan yang lebih tinggi kerana kawasan habitat mereka mulai ditengelami air.


Katak kuak sebenarnya tidak berasal dari negara Australia. Katak-katak ini mulanya dibawa dari negara luar untuk membendung masalah serangga perosak di kawasan ladang tebu. Malangnya, katak-katak ini sangat cepat membiak sehingga menganggu keseimbangan hidupan lain. Bukan sahaja menjadikan serangga sebagai makanan, katak kuak juga makan kelawar, burung, tikus, ikan dan ular.