Mengikut sebuah kajian yang dijalankan di UK, seorang ibu biasanya diajukan sebanyak 300 soalan sehari oleh seorang anak. Semakin meningkat usia, kanak-kanak akan lebih kurang menyoal tetapi soalan mereka semakin sukar dijawab. 82 peratus ibu mengaku bahawa mereka kadang kala tidak mampu menjawab soalan sukar tersebut.
Kajian tersebut juga merumuskan bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun merupakan golongan yang paling banyak bertanya. Kebiasaannya, mereka akan bertanya sebanyak 390 soalan sehari iaitu 90 soalan lebih banyak berbanding kanak-kanak lelaki.
Jika pada usia 4 tahun kanak-kanak biasanya bertanya 300 soalan sehari, bagi yang berumur 9 pula, mereka bertanya sekitar 144 soalan sehari. Dari jam 7.19 pagi waktu sarapan sehinggalah jam 7.59 malam, seorang ibu akan disoal setiap 2 minit 36 saat. Untuk setahun pula, secara puratanya si ibu akan diajukan sebanyak 105,120 soalan.
82 peratus kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah akan menyoal si ibu berdanding si ayah. Manakala, sebanyak 24 peratus kanak-kanak yang berumur 7 tahun keatas mengaku mereka lebih memilih menyoal ibu kerana ayah mereka hanya menyuruh mereka bertanya kembali kepada si ibu.
Bayangkan seorang anak sahaja mengajukan 300 soalan sehari, bagaimana pula si ibu yang mempunyai lebih dari seorang anak? Jika kamu mempunyai adik beradik yang ramai, kamu seharusnya hormat ibu kamu yang mampu bertahan menahan karenah kamu selama ini. Hehehe