Ketika membuat serbuan di sebuah perumahan, angota polis dikejutkan dengan serangan mengejut seorang lelaki yang mengaku seekor ular.
Pada mulanya, ketika polis menyerbu masuk, mereka terkejut apabila seorang lelaki mendekati mereka sambil menjerit-jerit mengaku bahawa dirinya adalah seekor ular. Kerana percaya lelaki tersebut berada dibawah pengaruh dadah dan dipercayai tidak berbahaya kerana tidak membawa sebarang senjata, angota polis yang cuba mengari tangan beliau pun tidak berhati-hati.
Malang tidak berbau, manusia "ular" tersebut tiba-tiba berpusing dan mengigit jari tangan salah seorang angota polis. Dengan bantuan polis yang lain, beliau akhirnya terlepas dari gigitan manusia ular tersebut.
Kerana kesihatan mental manusia ular itu agak meragukan, polis pun menghantar beliau ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum waran tangkap dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment