Semua orang pasti pernah mengalami gigi goyang ketika masih kecil. Tidak semua orang akan berjumpa dengan doktor untuk mencabut gigi susu. Masing-masing menpunyai kaedah yang tersendiri.
Kali ini, seorang ayah di vietnam pula berkongsi video bagaimana beliau membantu anak lelakinya mencabut gigi bergoyang. Kerana teknik yang unik, video tersebut cepat menjadi tular.
Mulanya, beliau mengikat gigi anaknya dengan seutas tali yang bersambung dengan busur panah. Seterusnya, beliau membenarkan sendiri anaknya untuk membuat pilihan melepaskan busur panah tersebut. Katanya, kaedah tersebut memang berkesan kerana si anak tidak akan merasa sakit atau ngilu yang lama. Hanya dengan sekali petik, gigi tersebut tercabut.
Anda pula bagaimana? Ada kaedah lain yang ingin dikongsi? hehe
No comments:
Post a Comment