Ogos 1986, suatu kejadian misteri yang mengakibatkan kematian sebanyak 1746 orang dan ribuan hidupan lain hanya dalam satu malam. Tidak ada yang bersedia, tidak pernah ada yang menyangka sebuah tasik yang berhampiran menyimpan sesuatu yang mematikan.
Tasik Nyos seperti bom jangka masa yang menunggu masa untuk meletus. Tasik ini telah memendam kandungan karbon dioksida yang terkumpul selama ratusan tahun daripada saluran gunung berapi. Karbon dioksida ini terkumpul di dasar tasik kerana ketumpatanya yang lebih tinggi berbanding air. Malangnya, suatu kejadian yang sehingga kini masih belum dikenal pasti telah mengakibatkan letusan berlaku di dasar tasik sehingga menolak karbon dioksida tersebut ke permukaan darat sehingga mengakibatkan kematian mengejutkan.
Karbon dioksida ini ditiup angin sehingga hampir membunuh kesemua hidupan yang berada pada laluannya. Daripada semua kawasan yang berhampiran, hanya 6 orang yang terselamat. Hal ini adalah kerana, mereka yang menyedut karbon dioksida bawah 15% hanya akan pengsan dan tidak sedarkan diri. Manakala, mereka yang menyedut lebih dari 15% pula akan sesak nafas dan mati setelah beberapa minit.
Kini kerajaan Cameroon telah menyediakan saluran paip yang boleh membantu karbon dioksida yang dilepaskan keluar ke permukaan dengan jumlah yang dihadkan.
No comments:
Post a Comment