Sunday, 28 May 2017
LALAT YANG PALING MERBAHAYA DI DUNIA
BERTELOR DI DALAM BADAN MANUSIA
Jijik! sangat menyeramkan. BOTFLY adalah sejenis lalat yang menjadikan manusia sebagai perumah telornya. Telor ini tertanam sehingga menjadi larva di dalam kulit manusia.
Mulanya, lalat ini akan mendekati perumahnya dan menanam benih telur tersebut. Dengan bantuan kehangatan daripada perumah tersebut, telur itu akan berubah menjadi larva yang biasanya memakan masa selama 10 sehingga 12 bulan untuk mengali keluar daripada badan perumah. Larva ini akan perlahan-lahan mengali sehingga ke permukaan kulit dan jatuh ke dalam tanah untuk berubah menjadi kepompong. Akhir sekali, setelah 2 bulan, kepompong tersebut akan menjadi lalat Botfly dewasa.
Bagaimana? ngeri bukan? Setakat ini, lalat Botfly masih belum didapati di malaysia. Siapa tahu pada masa akan datang? Mungkin saja pelancong yang telah menjadi perumah Botfly ini tanpa sedar telah membawa lalat jenis ini masuk ke Malaysia.
LILIN, LALAT DAN SUASANA ROMANTIK
Lilin ni banyak guna, zaman dulu-dulu orang guna lilin ni bukan sebab tiada lampu, tapi juga digunakan untuk menghalau lalat. Kehangatan daripada nyalaan lilin sangat dibenci lalat. Tambahan pula, kilauan daripada cahaya lilin menganggu fokus lalat. Lalat tidak mempunyai mata seperti manusia, lalat tidak mempunyai otot mata untuk memfokus. Mata lalat jenis statik sehingga menyebabkannya mudah terganggu dengan benda berkilau.
Ternyata lalat bukan lah serangga jenis romantik. Jangan bercinta dengan lalat. Nampak lalat kita sembur Organic Peace. Spray organic tanpa racun.
TIMUN YANG MENJADI MUSUH LALAT
Kalau cakap khasiat timun untuk kesihatan, semua orang tahu. Dari kebaikan untuk kulit, rambut, mata, mulut, semua ada. Tapi, kalau timun sebagai penghalau lalat, berapa ramai yang sudah tahu?
Timun memang baik untuk kesihatan kita, tapi untuk lalat, timun adalah mimpi ngeri. Cukup beberapa potong hirisan timun, lalat tidak akan menjengkuk dapur kita. Bau timun memang menjadi musuh lalat.
Petua ni memang sudah lama digunakan oleh orang zaman dulu-dulu. Sangat berguna, apatah lagi, teknik ini lebih mesra alam kerana tanpa perlu mengunakan racun yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia.
Itu zaman dulu, zaman sekarang? Gunalah Organic Peace, sama seperti timun, spray Organic peace tiada racun, selamat untuk alam sekitar, haiwan dan manusia. Keluarga sihat, keluarga bahagia.
HALAU LALAT DENGAN TEKNIK PALING MUDAH
Siapa sangka, hanya perlu mengantung plastik beg berisi air suda cukup menghalau lalat? Apa muslihat disebalik petua ni??
Sebenarnya, punca yang membuat lalat benci beg plastik tersebut ialah hasil silau yang terpantul dari plastik tersebut. Mata lalat ni jenis Ommatidia. berbeza dengan mata manusia, mata lalat hampir boleh melihat 360 darjah. Tapi sayang, mata lalat tidak ada anak mata macam mata kita yang boleh kawal kemasukan cahaya. jadi, kalau lalat ni nampak cahaya yang terpantul, dia akan cuba elak sebab cahaya tu akan buat dia hilang fokus.
Orang kata, untuk lagi berkesan boleh letak duit syling untuk tambah kesan silau. Tidak rugi untuk mencuba.
Hebatkan, trick ni. patut la sudah ramai kedai makan gantung beg-beg plastik macam ni.
DI MANA ADA LAUK, DI SITU ADA LALAT
DARI TAHI KE NASI
Rimas gara-gara lalat. Pantang ada bau makanan, mesti ni lalat datang. Macam mana bersih rumah kita pun, tetap ada lalat. Selagi rumah kita ada bau makanan, selagi tu la dia datang. Entah-entah sebelum dia datang rumah kita, tu lalat suda hinggap di tai ayam dulu. Siapa tidak sakit hati. serangga ni pengotor, kita pun terikut kotor gara-gara dia. HAPUS! HAPUS! HAPUS!
Friday, 26 May 2017
HALAU LALAT CARA ORANG DULU-DULU
PETUA ORANG ZAMAN DULU
Orang zaman dulu-dulu tiada racun serangga. Mahu halau lalat, hanya mengunakan bahan-bahan semulajadi. Sebenarnya mengunakan bahan semula jadi adalah baik kerana tidak beracun dan tidak mempunyai kesan sampingan. Petua-petua ini boleh la kita ikut.
1. BUNGA CENGKIH
Ini paling femes. Orang dulu-dulu suka buat. Ambil bunga cengkih, masukan dalam mangkuk berisi air. automatik lalat tersebut cari pintu keluar. Upgrade sikit, letak bunga cengkih atas limau purut. Yang ni, nyamuk pun lari.
2. AIR DALAM PLASTIK
Misteri? Ya orang dulu-dulu suka gantung air dalam plastik. Kononnya, mata lalat akan silau sehingga tidak mampu untuk datang dekat. Kadang-kadang, ada juga yang masukkan duit syiling dalam tu.
Yang ni perlu usaha sikit. Mula-mula kisar serai wangi tersebut. Letak dlm air semalaman. Esoknya, tapis dan ambil air rendaman tersebut. Lepas tu, boleh la percikkan air tersebut keliling rumah, tepi tingkap, depan pintu. Nescaya rumah bebas tanpa lalat.
4. DAUN KARI
Serupa dengan bunga cengkih tadi, letakkan daun kari dalam air. Aroma ni akan halau lalat. Letak banyak-banyak, potensi keberkesanan meningkat.
5. DAUN BELIMBING
Daun belimbing ni serupa juga dengan daun kari. Hanya perlu letak dalam air dan biarkan aroma daun tersebut menghalau lalat.
6. TIMUN
Ambil sebiji timun, potong halus dan letakkan potongan timun tersebut di tempat2 yang berpotensi untuk menghalau lalat. Sememangnya, lalat tak sukakan timun.
Cubalah petua-petua ni. Sangat sesuai kerana ianya daripada bahan semula jadi. Tidak beracun. Tambahan pula tidak berbahaya untuk kanak-kanak kecil dan tiada kesan sampingan.
PETUA ZAMAN SEKARANG
Gunalah ORGANIC PEACE. Penghapus serangga bebas racun, bahan organik semulajadi, tidak berbahaya kepada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Tambahan pula, tidak mempunyai bau dan warna. Sekali sembur kesan selama 3 hingga 5 hari. Hebat? itu la bezanya zaman sekarang dan zaman dahulu.
Thursday, 25 May 2017
BAHAYA LIPAN
BAHAYA GIGITAN LIPAN
lipan adalah haiwan jenis karnivor. Daging merupakan makanan utamanya. Lipan membunuh mangsanya dengan bisa dari gigitannya. Bisa lipan mampu melumpukan seekor tikus, cicak, kelawar, dan haiwan lain yang lebih kecil berbanding dirinya.
Manusia tidak tergolong di dalam diet lipan. Setakat ini, gigitan lipan tidak mampu membunuh manusia dewasa. Namun, kanak-kanak kecil boleh terbunuh kerana gigitan lipan. Bagi mereka yang mempunyai alahan keatas gigitan lipan boleh mengalami kecederaan yang amat parah.
Buat masa kini, lipan hanya bersaiz kecil dan tidak terlalu bahaya bagi manusia. Bagaimana pula jika lipan bersaiz besar?
Lipan gergasi ketika perang di Veitnam
Cicak yang menjadi mangsa lipan
Taring lipan dewasa
Tikus lumpuh kerana bisa lipan
Kaki lipan berjumlah angka ganjil sahaja
BAHAYA! LIPAN MASUK TELINGGA ANAK KETIKA TIDUR
DISANGKA INGIN MINUM SUSU
Kejadian ngeri terjadi ketika seorang ayah dan ibu terjaga dari tidur kerana mendengar tangisan anaknya yang baru berusia 1 tahun. Disangka ingin minum susu, si ayah pun segera mendapatkan anaknya. Alangkah terkejut si ayah apabila mendapati darah keluar dari telingga si anak. Setelah diteliti, terdapat benda hitam di dalam telingga anaknya. Ternyata benda hitam tersebut ialah lipan. Nasib baik hanya lipan yang masih kecil, si anak masih sempat di selamatkan.
Kejadian ini mungkin faktor kebersihan. Keadaan rumah yang tidak bersih boleh mendorong lipan untuk cuba membiak di situ. Tambahan lagi, faktor cuaca turut memberi peranan. Jika hari hujan, lipan-lipan ini akan bekeliaran dari tempat tinggal asalnya.
Awas, lipan yg cukup dewasa boleh membunuh kanak-kanak. Bagi orang dewasa yang mempunyi masalah alergik pula boleh menjadi sangat parah kerana gigitan seekor lipan.
Lipan dewasa mempunyai bisa yang cukup untuk melumpuhkan seekor tikus
Friday, 19 May 2017
JADI CANTIK DALAM MASA 3 BULAN. 100% BERKESAN.
Ya memang 100% berkesan, sebab pembedahan plastik. Berikut ialah hasil salah seorang pelangan dari hospital Banobagi Plastic Surgery di Korea.
Jenis pembedahan : bentuk muka, mata dan hidung
SEBELUM PEMBEDAHAN
HARI KE 15
BULAN PERTAMA
BULAN KE 2
BULAN KE 3
BULAN KE 4
BULAN KE 5
BULAN KE 6
NOTA PENTING : jgn lupa beli Organic Peace utk menghapus serangga yg bawa penyakit. Apa guna cantik kalau kita kena penyakit. cek FB kami : Organic Peace Sabah HQ