Friday, 30 August 2019

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apabila anda mempunyai keinginan untuk berjaya, kejayaan pasti akan menjadi milik anda suatu hari nanti.



Thursday, 29 August 2019

MAHIR TETAPI MASIH INGIN BELAJAR?

Komitmen yang berterusan amat penting dalam memulakan sesuatu bisnes. Sentiasa yakin dan mempunyai semangat ingin belajar adalah modal untuk mencapai kejayaan. Ahli perniagaan yang berjaya juga masih tetap membaca buku tentang perniagaan. 


Wednesday, 28 August 2019

MINDSET ORANG BERJAYA


Mengapakah orang kaya terus kaya, orang miskin bertambah miskin? Perkara ini terjadi kerana mindset orang kaya dan orang miskin tidak sama. Orang kaya berani untuk membuat pelaburan dan memulakan perniagaan. Manakala, orang miskin sering berkira-kira sehingga tidak berani untuk memulakan perniagaan walaupun hanya memerlukan modal yang sedikit.

Jika anda memiliki keinginan untuk menceburkan diri dalam perniagaan, mulakan dari asas terlebih dahulu. Lihat dan belajar sendiri bagaimana "perniagaan" tersebut beroperasi. Seterusnya, gunakan kemahiran tersebut untuk membuka perniagaan anda yang lebih besar.

Anda boleh mencuba menjadi stokis kami, kami menawarkan bermacam kelebihan untuk anda. Ayuh belajar dan berjaya bersama-sama kami.




Sunday, 25 August 2019

BATU LONCATAN SEBUAH KEJAYAAN

Bagi Jack Ma pengasas Alibaba, belajar dari bawah adalah sangat penting untuk seseorang itu belajar mengenai asas dalam perniagaan yang mana adalah sangat penting sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan yang lebih besar.

Kami dari Bright Solutions memberikan anda peluang ini untuk belajar dan mengalami sendiri suasana berniaga. Anda berpeluang untuk menjadi stokis kami dimana anda boleh mengunakan peluang ini sebagai batu loncatan anda sebelum menceburi bidang perniagaan yang lebih besar di kemudian hari.

Berikut adalah salah seorang dari stokis Bright Solutions yang berkongsi kebaikan menjadi stokis kami.


Wednesday, 14 August 2019

KEBODOHAN KUNCI KEKAYAAN



Menurut Bob Sadino, beliau adalah orang "bodoh" kerana itulah dia mampu menjadi kaya. Beliau memiliki nilai kekayaan sehingga berbillion dollar.

"Orang bodoh kurang berfikir sebab itu banyak melangkah. Orang bijak pula terlalu banyak berfikir sehingga tidak pernah melangkah. Saat bertemu dengan orang baru, kosongkan dirimu, kerana gelas yang penuh tidak boleh diisikan lagi."




Tuesday, 13 August 2019

PENDAPAT JACK MA TENTANG ORANG BERMENTAL MISKIN



Menurut Jack Ma yang mempunyai kekayaan sehingga 36 billion dollar, manusia yang paling sukar dilayani adalah mereka yang bermental miskin. 

"Jika diberi sesuatu secara percuma, mereka akan berkata, ini mesti perangkap. Jika mengajak mereka membuat pelaburan kecil, mereka akan berkata hanya untung sedikit. Jika mengajak melabur besar-besaran, mereka akan kata tidak mempunyai duit. Diminta mencuba sesuatu yang baru, mereka akan berkata tiada pengalaman. Diminta berniaga tradisional, mereka akan berkata ianya sukar. Diminta mencuba bisnes baru, mereka akan kata ianya MLM. Diminta membuka kedai, mereka akan kata tiada kemahiran."

"Mereka yang miskin mental mempunyai persamaan. Mereka suka menunggu. Mereka lebih percaya dengan Google, mendengar nasihat kawan yang sama-sama gagal. Mereka berfikir lebih banyak dari seorang profesor tetapi bertindak lebih sedikit dari orang buta."


Saturday, 10 August 2019

GARIS KEKAYAAN ADALAH ASET DAN LIABILITI


Robert Kiyosaki merumuskan, untuk berjaya dan memiliki harta yang banyak adalah dengan mengetahui perbezaan aset dan liabiliti. Melalui pengalaman beliau sendiri, dia melihat orang yang tidak memiliki aset meskipun mempunyai gaji yang banyak akan sentiasa mengalami masalah kewangan. Manakala orang yang mempunyai aset akan memiliki kehidupan yang mewah.

Aset menjanjikan pulangan pada masa hadapan. Sesuatu yang mempunyai nilai ekonomi. Manakala liabiliti adalah sesuatu yang memerlukan anda terus membelanjakan wang ataupun sesuatu yang memiliki susut nilai. Sebagai contoh, jika anda memiliki sebuah rumah yang perlu dibayar setiap bulan, itu adalah liabiliti. Tetapi jika rumah tersebut tidak susut nilai dan disewakan, itu adalah aset.