Tuesday, 31 July 2018

ORANG SARAWAK BUNUH ULAR SAWA GERGASI


Tinsung Ujang berkata, beliau menemukan 2 ekor ular sawa gergasi itu sedang mengawan di dalam kayu balak. Tanpa membuang masa, beliau menembak mati kedua-dua ekor ular tersebut. Kerana tidak mampu mengangkatnya seorang diri, beliau pun meminta bantuan dari penduduk kampung.


Mengaku bahawa ular tersebut merupakan makanan eksotik kegemaran penduduk kampung, beliau berkata akan berkongsi daging ular itu bersama penduduk kampung dan pekerja ladang yang berhampiran.


Berat ular sawa betina tersebut melebihi 100 kg dan sepanjang 6 meter. Menurut Tinsung, penduduk kampung biasanya mengambil masa 3 hari untuk memakan habis ular sebesar itu. 






Monday, 30 July 2018

CABUT GIGI GUNA PANAH [VIDEO]


Semua orang pasti pernah mengalami gigi goyang ketika masih kecil. Tidak semua orang akan berjumpa dengan doktor untuk mencabut gigi susu. Masing-masing menpunyai kaedah yang tersendiri.


Kali ini, seorang ayah di vietnam pula berkongsi video bagaimana beliau membantu anak lelakinya mencabut gigi bergoyang. Kerana teknik yang unik, video tersebut cepat menjadi tular. 


Mulanya, beliau mengikat gigi anaknya dengan seutas tali yang bersambung dengan busur panah. Seterusnya, beliau membenarkan sendiri anaknya untuk membuat pilihan melepaskan busur panah tersebut. Katanya, kaedah tersebut memang berkesan kerana si anak tidak akan merasa sakit atau ngilu yang lama. Hanya dengan sekali petik, gigi tersebut tercabut. 


Anda pula bagaimana? Ada kaedah lain yang ingin dikongsi? hehe

Sunday, 29 July 2018

MANUSIA MENGAKU ULAR MENGIGIT POLIS


Ketika membuat serbuan di sebuah perumahan, angota polis dikejutkan dengan serangan mengejut seorang lelaki yang mengaku seekor ular. 


Pada mulanya, ketika polis menyerbu masuk, mereka terkejut apabila seorang lelaki mendekati mereka sambil menjerit-jerit mengaku bahawa dirinya adalah seekor ular. Kerana percaya lelaki tersebut berada dibawah pengaruh dadah dan dipercayai tidak berbahaya kerana tidak membawa sebarang senjata, angota polis yang cuba mengari tangan beliau pun tidak berhati-hati.


Malang tidak berbau, manusia "ular" tersebut tiba-tiba berpusing dan mengigit jari tangan salah seorang angota polis. Dengan bantuan polis yang lain, beliau akhirnya terlepas dari gigitan manusia ular tersebut.


Kerana kesihatan mental manusia ular itu agak meragukan, polis pun menghantar beliau ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum waran tangkap dikeluarkan.

Saturday, 28 July 2018

RATUSAN HAIWAN MISTERI MUNCUL DI PERMUKAAN SUNGAI


Kalimantan barat indonesia gempar apabila ratusan haiwan misteri muncil di permukaan air sungai. Spesis haiwan itu masih belum dapat dikenal pasti. Haiwan tersebut mirip seperti lindah dan belut.


Ada yang beranggapan bahawa haiwan tersebut merupakan petanda bahawa bencana alam akan berlaku tidak lama lagi. Haiwan sememangnya mempunyai naluri yang lebih tinggi berbanding manusia. Kebiasaannya, sebelum terjadi bencana alam, haiwan yang mampu mengesan perubahan alam yang mendadak ini akan berhijrah dari kawasan bencana tersebut.


Bagaimana pendapat kamu? Dari manakah haiwan ini muncul dan kenapa muncul dengan tiba-tiba?

Thursday, 26 July 2018

WANITA INDIA BERGELUT DENGAN HARIMAU DEMI SELAMATKAN ANAK


Hanya kerana ingin menyelamatkan kambingnya yang sedang digigit harimau, seorang wanita india nekad untuk bertarung dengan harimau tersebut tanpa berfikir panjang.


Dengan bersenjatakan kayu Rupali Meshram memukul harimau yang sedang mengigit punggung kambing ternakannya. Kerana merasa terancam, harimau tersebut pun menyerang Rupali. Mendengar teriakan anaknya, ibu Rupali pun segera campur tangan dan menumbuk harimau tersebut. Mungkin kerana melihat keberanian anak dan ibu ini, si harimau mengalah dan melarikan diri.


Entah bagaimana, mereka berdua tidak mengalami luka yang parah. Padahal, seekor harimau mempunyai kekuatan untuk membunuh seekor kerbau dewasa. Hal ini sempat membuat doktor yang merawat Rupali terkejut mendengar kisah disebalik luka di wajahnya.


Ibu Rupali mengaku dia sebenarnya takut dibaham harimau. Tetapi kasih sayang terhadap anaknya mengatasi rasa takut tersebut.

Tuesday, 24 July 2018

ALASAN KENAPA KEROPOK TIDAK DIISI PENUH DALAM PLASTIK


Ramai yang berasa geram apabila keropok yang dibeli ternyata hanya separuh penuh. Rasa seperti ditipu kerena bungkusan keropok yang besar tetapi isinya sedikit.

Sebenarnya, syarikat pengilangan sengaja berbuat demikian bukan kerana ingin menipu pembeli tetapi untuk memastikan keropok tersebut tahan lebih lama dan tidak hancur.

Proses tersebut dinamakan nitrogen flushing. Dimana, oksigen akan dipaksa keluar dan digantikan dengan nitrogen di dalam bungkusan. Bungkusan keropok diisi separuh dengan nitrogen kerana nitrogen tidak memberi kesan sampingan keatas keropok. Berbeza dengan nitrogen, oksigen boleh mengubah warna dan daya tahan keropok.

Walaubagaimanapun, isi nitrogen didalam bungkusan keropok tidak sama diantara pengilang-pengilang yang berbeza. Kadangkala ada yang mengisi bungkusan dengan nitrogen lebih dari 50% isi kandungan.

Wednesday, 18 July 2018

JUAL AIR CUCI KAKI TAPI LARIS


Dulu ludah durian, sekarang air cuci kaki. Sempat dirakam kamera secara curi-curi, penjual air ini menyediakan air minuman yang dicampur dengan air cucian kakinya.


Adakah rasa kaki perempuan tersebut menjadikan minuman rasa special? Yang lebih aneh, dia melakukan aksi mencuci kaki tadi didepan umum tanpa mereka menyedarinya. 


Semoga rasa kaki ini tidak dijual di Malaysia.

HEBOH! CHINA JUMPA TULANG NAGA


Sekali lagi berita mengejutkan datang dari China. Kali ini, penduduk kota Zhangjiakou telah menemukan rangka tulang naga iaitu haiwan legenda yang sangat terkenal di asia. 


Gambar-gambar mengenai penemuan tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang yakin bahawa itu merupakan tulang naga yang sebenar dan ada pula yang mengatakan bahawa tulang tersebut hanyalah gabungan daripada beberapa ekor kambing dan tengkorak lembu.


Misteri kewujudan naga ini tidaklah asing bagi kita kerana kebanyakan negara-negara di asia percaya akan kewujudan mahkluk ini, bahkan ada yang mengaku pernah melihat dengan mata sendiri.


Pada awal tahun 70-an dulu, penduduk kampung di Benoni Papar mengaku telah membunuh seekor naga yang tinggal di dalam lubang. Naga tersebut dipanggil tambuakar. Keaslian cerita ini tidak dapat disahkan kerana cerita hanyalah diturunkan dari mulut ke mulut.

GAGAL CAPAI TARGET, DENDA MINUM AIR DARI MANGKUK TANDAS


Tular sebuah video dari China, di mana sebuah syarikat yang akan mengenakan denda kepada pekerjanya meminum air dari mangkuk tandas jika gagal mencapai target jualan. Katanya, denda ini sudah lama dilakukannya untuk memotivasikan para pekerjanya untuk bekerja lebih keras.


Hal ini mungkin menjadi perkara biasa kerana mereka sanggup melakukannya tanpa menolak. Ternyata ketahanan mental mereka setara dengan komando.

Apa yang kita anggap tabu, mungkin saja perkara biasa di tempat lain.

MURID TENDANG GURU KERANA HP DIRAMPAS


Ternyata kejadian murid tendang guru ini terjadi di Jepun. Negara yang terkenal dengan sopan santun mereka. Lihat saja piala dunia tempoh hari, penyokong Jepun dengan suka rela membersihkan sampah di stadium.


Kejadian ini bermula kerana sang guru merampas handphone muridnya kerana tidak fokus ketika pembelajaran. Awalnya, guru tersebut suda memberi amaran sebanyak 3 kali tetapi tidak diendahkan oleh murid tersebut. Oleh itu, guru tersebut bertindak untuk merampas handphone tersebut. Namun murid tersebut mulai memaki dan menendang. 


Apa pendapat kalian? Adakah ini juga kegagalan guru mendidik murid ataupun kegagalan ibubapa mendidik anak mereka? 

KERETA DISAMBAR KILAT


Kereta terakam disambar petir. Kejadian tersebut terjadi di Morocco dan merupakan kejadian pertama di sana. Penduduk juga berasa pelik kerana ketika itu cuaca tidak hujan.


Walaupun disambar kilat, mereka yang berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Ini kerana, kereta sudah direka untuk menghadapi sambaran kilat. Hanya bahagian luaran kereta yang akan terkena kilat. 


Tahukah kamu bahawa Kuala Lumpur merupakan ibu kota yang paling banyak kilat di dunia? 

Tuesday, 17 July 2018

TAMAN BUNGA TERAPUNG


Rumah terbalik itu sudah biasa, tetapi di Jepun mereka menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa. Bunga hidup yang terapung-apung di udara. 


Yang lebih unik, bunga ini juga boleh bergerak naik dan turun secara sendirinya untuk memberi laluan jika kita mendekat untuk lalu.


Ramai yang berkata bahawa tempat itu seakan surga. Di sana terdapat 2,300 bunga terapung yang mengeluarkan haruman seakan aromaterapi. Anda boleh merasa ketenangan dan seolah-olah anda menyatu dengan alam. Bahkan, aroma bunga tersebut tidak sama bagi waktu siang, tengahari dan petang.


[VIDEO] KAMBING TERAKAM KAMERA MEMANJAT POKOK KELAPA


Tiada yang lebih misteri berbanding cerita seekor kambing yang memanjat pokok kelapa. Kejadian ini sempat dirakam oleh penduduk setempat.


Adakah kambing ini haus sehingga tergamak memanjat pokok kelapa ataupun cubaan melarikan diri dari disembelih? Skill memanjat kambing ini juga sangat mengagumkan para pemerhati. Tidak memiliki tangan yang mampu memeluk dan cakar untuk mencengkam, kambing ini mampu memanjat setinggi itu.


Kambing gurun yang boleh memanjat pokok sememangnya ada, tetapi kambing yang mampu memanjat pokok kelapa merupakan sesuatu yang misteri...

RATUSAN BUAYA DIBUNUH KERANA AMUKAN ORANG KAMPUNG


Papua Barat Indonesia digoncang dengan berita tragis amukan orang kampung keatas ratusan ekor buaya. Kejadian ini dipercayai akibat balas dendam. Sebelumnya, seorang penduduk kampung telah digigit buaya sehingga meninggal dunia. Awalnya, mangsa telah memanjat pagar untuk memetik kangkung yang berada di dalam kolam buaya tersebut untuk diberikan kepada haiwan ternakannya. Malang tidak berbau, seekor buaya bertindak mengigit beliau.


Hal ini mengakibatkan sakit hati orang kampung sehingga bertindak membunuh kesemua buaya-buaya yang berada di dalam sangkar buaya yang berdekatan. Kerana mengetahui niat penduduk kampung yang ingin mengamuk, pemilik kolam buaya tersebut segera melarikan diri. Malangnya, penduduk kampung telah membunuh kesemua buaya-buaya peliharaannya.


Pada pendapat kamu, wajarkah penduduk kampung menyalahkan kejadian ini keatas buaya-buaya tersebut?



Monday, 16 July 2018

ORANG INDONESIA MANUSIA TERTUA DI DUNIA MERUPAKAN PEROKOK TEGAR


Sedarkah kalian bahawa manusia tertua di dunia asal Indonesia yang berumur 146 juga merupakan seorang perokok tegar sehinggalah dia menemui ajal pada tahun lalu? 

(Mbah Gotho umur 146 tahun)

Di tempat lain, Richard Overton sudah berumur 112 tahun dan masih merokok 12 batang rokok sehari. Beliau merupakan perokok tegar sejak zaman remaja lagi. Apa rahsianya, sehingga beliau terus sihat dan kini menjadi antara manusia tertua di Amerika?

(Richard Overton umur 112)

Tidak dinafikan bahawa rokok sememangnya banyak mengundang banyak penyakit yang boleh membawa kepada kematian di usia muda, tetapi bagaimana mereka ini pula mampu hidup sebegitu lama?


Ketika ditanya oleh para wartawan dan rakan-rakan, Richard berkongsi satu rahsia hidup panjang beliau. Dia menjawabnya ringkas, "teruslah hidup, jangan mati. Kita tidak tahu bila waktunya kita datang, dan waktu kita pergi. Ini semua pekerjaan Tuhan".


Beliau tidak mengamalkan budaya hidup dan pemakanan yang sihat, tetapi beliau merupakan seorang yang hidup bebas tanpa beban fikiran. Adakah perasaan gembira mampu membuatkan umur kita lebih panjang? Kajian juga banyak menyokong bahawa manusia yang berfikiran positif hidup lebih lama. 

Amaran! Merokok membahayakan kesihatan anda dan orang lain.