Monday, 31 July 2017
LALAT EJEN PENYEBAR SELESEMA BURUNG H5N1
Kaki seekor lalat boleh membawa 5 hingga 6 juta bakteria. Bayangkan kalau lalat ni hinggap di makanan kita. Rasanya, berapa juta bakteria yang kita akan makan?
Kita sudah sedia maklum akan bahaya penyakit yang perpunca dari lalat. Pernah dengar selesema burung (H5N1) yang tular suatu ketika dulu? Lalat merupakan salah satu serangga yang berperanan sebagai ejen penularan penyakit ini.
ULAT LALAT SEBAGAI EJEN TERAPI
Kebanyakan larva lalat digunakan untuk pesakit yang mengalami luka kebakaran. Larva ini bole membantu untuk membuang kulit mati tersebut dan membolehkan kulit baru untuk sembuh semula dengan lebih cepat.
Sunday, 30 July 2017
PERGERAKAN MENARIK MINAT LALAT
Lihat sahaja lalat yang menganggu kita seharian. Lalat tersebut tertarik untuk mendekati kita kerana kita bergerak.
Thursday, 20 July 2017
PEPIJAT TINGGAL DALAM BAJU
Pepijat tidak akan tinggal jauh daripada mangsanya. Kebiasaanya, mereka akan tinggal dan membiak sekitar tilam dan katil mangsa. Pergerakan mereka juga sangat terhad sehingga menghalang mereka untuk tinggal lebih jauh dari punca makanan.
Walau bagaimanapun, sesetengah pepijat yang sudah menghisap darah akan tinggal di dalam baju. Pepijat ini adalah pepijat betina yang sarat dengat telur. Pepijat ini memilih untuk berpindah dan membiak di tempat lain untuk mengelak daripada mengawan lagi. Hal ini kerana, proses mengawan memberi risiko kepada pepijat betina dimana pepijat jantan akan memotong perut pepijat betina untuk memasukkan sperma.
Awas jika hotel atau bilik sewa anda berpijat. Anda berkemungkinan membawa seekor pepijat betina yang ssarat dengan telor pulang ke rumah anda.
PEPIJAT BOLEH BERTELUR SEHINGGA 500 BIJI TELUR
Pepijat betina boleh bertelur 1-5 biji telur sehari yang mana boleh mencecah sehingga 500 biji telur sepanjang hayatnya. Hal ini bergantung kepada jangka hayatnya, kerana seekor pepijat kebiasaannya, hanya mampu hidup sekitar 6 ke 9 bulan. Bayangkan berapakah nilai kerosakan yang mampu dibawa seekor pepijat betina?
BOLEH SAMAN HOTEL ATAU BILIK SEWA YANG ADA PEPIJAT SEHINGGA RM2.5 JUTA
Tahukah anda yang anda sebenarnya berhak untuk menuntut ganti rugi jika hotel atau bilik sewa anda di serang pepijat? Jumlah tuntutan tertinggi yang pernah direkodkan berhubung isu ini ialah sebanyak 600,000 USD yang mana bersamaan 2.5 juta ringgit Malaysia.
Jenis-jenis tuntutan yang anda boleh tuntut:
- Nilai kerosakan barangan atau nilai barangan yang terpaksa dibuang untuk mengelak kebarangkalian pepijat ada pada barangan tersebut.
- Penolakan gaji kerana tidak pergi bekerja kerana gigitan pepijat.
- Sakit dan penderitaan yang dialami
- Trauma sehingga sukar tidur malam kerana fobia keatas seranggan pepijat.
- Pampasan kerugian kerana merosakan percutian.
- Parut atau kesan pada badan kerana gigitan pepijat.
Bagaimana? tidak mahu mengalami perkara di atas? pastikan anda hapus pepijat ini sebelum mereka merugikan kita.
KEKURANGAN DAN KELEBIHAN PEPIJAT
Pepijat adalah serangga yang agak sukar dihapuskan. Tanpa mengetahui kelemahan dan kekurangan mereka, kita berkemungkinan gagal untuk mengawal serangga mereka.
Apakah kekurangan pepijat? Tidak seperti serangga lain, pepijat tidak mempunyai sayap untuk terbang dan sifat fizikal yang membolehkannya untuk melompat. Pepijat juga tidak mampu bergerak laju. Mereka janya mampu bergerak sejauh 3 hingga 4 kaki dalam seminit. Kaki mereka juga tidak mampu untuk bergerak pada permukaan licin. Sifat-sifat fizikal mereka sangat gagal untuk proses melarikan diri dari pemangsa. Namun apakah pula kelebihan pepijat ini sehingga ia sukar dihapuskan?
Kerana kekurangan yang ia miliki, pepijat beradaptasi dengan bakat lain, iaitu kelincahan melarikan diri dari pemangsa. Pepijat memilik tubuh yang nipis untuk bersembunyi tempat-tempat sempit sehingga sukar dilihat. mereka juga hanya keluar pada waktu malam ketika keadaan yang gelap untuk mengelak daripada diketahui mangsa. Selain itu, mereka juga mempunyai kebolehan lain yang sangat luar biasa iaitu, boleh bertahan hidup selama setahun tanpa menghisap setitis darah pun.
Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk menghapuskan pepijat? Mudah saja, gunalah pembasmi pepijat yang berbentuk semburan supaya boleh mencapai tempat persembunyian pepijat-pepijat ini. Harus di ingati, pepijat tinggal tidak jauh dari mangsa. Oleh itu, pastikan anda membuat semburan pembasmi tersebut sejauh 100 kaki dari tempat seranggan mereka.
JARAK SERANGAN PEPIJAT
Pepijat sering menyerang mangsa pada kawasan yang sama. Pipijat adalah jenis serangga yang malas bergerak. Meskipun pepijat adalah serangga yang laju bergerak, mereka sebenarnya tidak bergerak jauh untuk mencari mangsa.
Kebanyakan pepijat tidak bergerak lebih jauh dari 30 kaki dari tempat mangsa. Mereka tidak rajin untuk mencari mangsa baru. Jika anda adalah mangsanya hari ini, kemungkinan besar, seumur hidupnya, pepijat ini akan menyerang kamu selagi kamu tidak berpindah tempat tidur.
Jika anda hendak menghapuskan pepijat ini, pastikan anda membuat semburan seluas 100 kaki dari tempat kamu diserang kerena, mereka tidak akan pergi lebih jauh dari tempat mangsanya.
Wednesday, 19 July 2017
PEMBURU MALAM YANG LICIK
Ternyata, pepijat memilih waktu malam untuk menyerang mangsa sebenarnya adalah kerana keadaan yang gelap dan suasana yang sunyi. Pepijat adalah serangga yang mahir menyembunyikan diri. Jika anda pernah mengalami serangan pepijat, anda pasti tahu akan hal ini. Pepijat tidak mampu melompat, tetapi mereka sangat laju melarikan diri.
Hakikatnya, pepijat tidak memilih malam atau siang untuk menjamu selera, sebaliknya pepijat melihat risiko sebelum menyerang mangsa. Di waktu siang, pepijat juga akan menyerang mangsa jika ia merasa selamat dari sebarang risiko.
MISTERI SEMUT BERBULU
Semut Sahara mempunyai bulu berwarna perak yang mampu memantulkan cahaya untuk mengawal suhu badan.
Sifat-sifat fizikal serangga mempunyai fungsi-fungsi khusus yang tersendiri. Mengikut peredaran waktu, sifat-sifat fizikal ini akan berubah mengikut keperluan ataupun persekitaran.
Masih menjadi misteri fungsi spatula pada badan semut Calyptomyrmex.
Namun demikian, keadaan fizikal semut jenis Calyptomyrmex masih menjadi misteri. Semut ini mempunyai spatula misteri yang menutupi seluruh tubuhnya. Sehingga kini, para penyelidik gagal mengesan fungsi bulu-bulu tersebut.
Semut Chepalotes berkepala leper yang berfungsi sebagai pengahalang pintu masuk daripada serangan serangga lain.
Bagaimana pula semut yang berada di persekitaran rumah anda. adakah mereka mempunyai sifat-sifat fizikal yang pelik?
SEMUT PAKAR PERANG
Semut mempunyai hieraki di dalam koloni. Dari permaisuri, tentera dan pekerja. Kehidupan berkoloni ini menjadikan semut-semut ini pakar di dalam teknik berperang, menjajah koloni lain serta menjadikan koloni lain sebagai hamba.
Salah satu penemuan terbaru mengenai teknik semut untuk menawan koloni baru adalah dengan pengorbanan si permaisuri untuk dijadikan tawanan semut yang telah menjajah mereka. Ketika dalam tawanan, si permaisuri tadi akan membunuh permaisuri yang telah menjajah koloni mereka. Hal ini akan menjadikan ia sebagai permaisuri baru keatas koloni tersebut.
Menakjubkan? Tidak hairanlah semut-semut ini sangat sukar untuk dihapuskan. Mereka mempunyai kemahiran ikhtar hidup yang sangat tinggi.
Tuesday, 18 July 2017
SEMUT BERSAYAP BERBAHAYA?
Pernahkah anda melihat semut bersayap yang terbang secara berkumpulan? Hakikatnya, semut ini tidak berbahaya sehinggalah ia memilih untuk membiak di rumah anda.
Semut bersayap ini hanya ada satu tujuan, iaitu mengawan. Semut jantan yang bersayap akan mati setelah mengawan. Manakala, semut betina pula akan menanggalkan sayapnya dan bergerak mencari tempat untuk membiak.
Jika rumah anda pernah didatangi semut-semut bersayap ini, kemungkinan rumah anda telah menjadi pilihan ratu semut untuk membiak.
Sunday, 16 July 2017
KAYA KERANA BUSUT EMAS ANAI-ANAI
abdomen anai-anai yang terdapat serbuk emas
busut anai-anai boleh mencecah ketinggian sehingga 12 meter
Walaupun anai-anai ini mempunyai sisi gelap yang dipandang serong oleh masyarakat, ternyata para penyelidik Australia melihat sebaliknya. Di Australia, busut anai-anai boleh mencecah ketinggian sehingga 12 meter. Busut ini adalah hasil galian tanah dari bawah yang dibawa ke atas oleh anai-anai. Hal ini memudahkan para pengali emas kerana mereka hanya perlu melihat sampel emas yang ada pada busut tersebut tanpa perlu mengali ke bawah yang mana menelan kos yang sanggat tinggi.
para penyelidik mengambil sampel busut
Bagaimana pula di Malaysia? Adakah busut anai-anai yang anda temui menpunyai emas? jika tidak, usah rugikan diri anda. Hapus anai-anai ini dengan kadar segera.
Friday, 14 July 2017
LIPAS SUKA MINUMAN BERALKOHOL
Lipas adalah serangga yang menpunyai selera makan yang sangat besar. Lipas boleh makan apa sahaja yang mampu ia hadam seperti gam, sabun, kayu, debu, sampah dan juga alkohol.
Wednesday, 5 July 2017
KUTU PENYEBAB KEMATIAN LEBIH 200 JUTA ORANG
Pernahkah anda mendengar perihal wabak maut suatu ketika dahulu yang dipanggil Black Death? Wabak ini telah mengakibatkan kematian yang sangat besar iaitu diantara 75 hingga 200 juta orang. Wabak ini merebak sekitar negara Eropah dan Asia yang mana, kawasan utama yang diserang wabak ini adalah bandar London. Pada waktu itu, London kehilangan 20% daripada populasinya setelah 2 tahun diserang wabak ini pada pertengahan tahun 1600. Misterinya, punca wabak ini hanya dikesan sekitan tahun 20-an.
Wabak ini sebenarnya datang daripada kutu (kutu yang selalu ada pada kucing) yang telah dijangkiti oleh bakteria yang dipanggil Yersinia pestis. Kutu yang dijangkiti ini akan menularkan bakteria tersebut kepada manusia yang ia gigit. Siapa yang boleh menjangkakan kutu boleh menyebarkan penyakit yang sangat bahaya.
Masa kini, wabak ini tidak menjadi risiko kematian lagi kerana kita boleh melawan bakteria yang ditularkan kutu tersebut mengunakan antibiotik. Bagaimanapun, siapa tahu jika kutu ini akan menular bakteria baru yang mungkin lebih sukar dibendung.
LALAT MERASA MAKANAN GUNA KAKI
Pernahkah anda melihat lalat berjalan-jalan di atas makanan? Lalat sebenarnya sedang mencuba rasa makanan tersebut. Sama seperti rama-rama, deria rasa lalat terletak di bawah tapak kakinya yang dipanggil chemosensilla.
Jika anda pernah melihat lalat mengosok-gosok kakinya, itu adalah kerana ia hendak membersihkan kakinya daripada sisa makanan sebelum mencuba makanan yang baru. Ouchhh!
LALAT ADA 4000 MATA
Lalat mempunyai 2 biji mata yang terdiri daripada 4000 kanta. Hal ini membolehkan lalat memerhati kawasan sekelilingnya dari sebarang ancaman dalam lingkungan yang sangat besar.
Lalat tidak mampu untuk mengerakkan matanya seperti manusia, tetapi lalat boleh melihat lebih luas berbanding manusia. Lalat juga tidak mempunyai kemampuan mengawal kemasukan cahaya kedalam matanya. Oleh itu, lalat tidak menyukai pantulan cahaya yang terang.
KENAPA LALAT MUNTAH SEBELUM MAKAN
Lalat rumah mempunyai mulut seperti span yang mana berguna untuk menyedut makanan berbentuk cecair dan bukannya pepejal. Oleh itu, jika lalat menemui makanan yang berbentuk pepejal, lalat akan mengeluarkan cecair pencerna daripada mulutnya (muntah lalat) untuk merubah bentuk makanan tersebut kepada cecair.
Jika anda melihat makanan anda dihinggapi lalat, adalah sebaiknya untuk membuang makanan tersebut untuk mengelakkan keracunan makanan.
Monday, 3 July 2017
RAHSIA DISEBALIK KAKI LALAT
Pernahkah anda terfikir bagaimana lalat boleh melekat pada dinding? Untuk melekat pada dinding, lalat memerlukan keseimbangan badan yang baik dan bahan pelekat yang tinggi untuk melawan tarikan graviti bumi.
Lalat sebenarnya mempunyai pad pelekat pada kakinya yang membolehkan ia melekat. Selain itu, lalat juga menghasilkan bahan melekit yang membantunya untuk melekat iaitu bahan yang terdiri daripada gula dan minyak.
Sunday, 2 July 2017
LALAT DAN RISIKO KEMATIAN
Lalat rumah adalah spesis lalat yang paling terkenal berbanding 300 000 jenis lalat yang ada. Lalat rumah mampu menularkan pelbagai jenis bakteria patogen kepada manusia yang boleh menyebabkan bermacam-macam jenis penyakit.
Panyakit-penyakit yang tersebar kerana lalat adalah gangrene, tuberkulosis, disentri, anthrax, wabak taun dan pelbagai lagi jenis keracunan makanan. Bayangkan jika sebuah kantin sekolah tercemar dengan bakteria yang di bawa oleh seekor lalat, beratus bah kan beribu pelajar akan mendapat resiko keracunan makanan hanya kerana seekor lalat.
Hal ini sangat memudaratkan dan seharusnya ditangani dengan kadar segera sebelum terlambat. Pengunaan penghapus serangga Organic Peace adalah penyelesaian terbaik untuk masalah lalat kerena Organic Peace berteraskan bahan-bahan organik dan tidak beracun. Selamat untuk haiwan, tumbuhan dan manusia.