Tuesday 17 July 2018

RATUSAN BUAYA DIBUNUH KERANA AMUKAN ORANG KAMPUNG


Papua Barat Indonesia digoncang dengan berita tragis amukan orang kampung keatas ratusan ekor buaya. Kejadian ini dipercayai akibat balas dendam. Sebelumnya, seorang penduduk kampung telah digigit buaya sehingga meninggal dunia. Awalnya, mangsa telah memanjat pagar untuk memetik kangkung yang berada di dalam kolam buaya tersebut untuk diberikan kepada haiwan ternakannya. Malang tidak berbau, seekor buaya bertindak mengigit beliau.


Hal ini mengakibatkan sakit hati orang kampung sehingga bertindak membunuh kesemua buaya-buaya yang berada di dalam sangkar buaya yang berdekatan. Kerana mengetahui niat penduduk kampung yang ingin mengamuk, pemilik kolam buaya tersebut segera melarikan diri. Malangnya, penduduk kampung telah membunuh kesemua buaya-buaya peliharaannya.


Pada pendapat kamu, wajarkah penduduk kampung menyalahkan kejadian ini keatas buaya-buaya tersebut?



No comments:

Post a Comment