Wednesday 18 July 2018

HEBOH! CHINA JUMPA TULANG NAGA


Sekali lagi berita mengejutkan datang dari China. Kali ini, penduduk kota Zhangjiakou telah menemukan rangka tulang naga iaitu haiwan legenda yang sangat terkenal di asia. 


Gambar-gambar mengenai penemuan tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi. Ada yang yakin bahawa itu merupakan tulang naga yang sebenar dan ada pula yang mengatakan bahawa tulang tersebut hanyalah gabungan daripada beberapa ekor kambing dan tengkorak lembu.


Misteri kewujudan naga ini tidaklah asing bagi kita kerana kebanyakan negara-negara di asia percaya akan kewujudan mahkluk ini, bahkan ada yang mengaku pernah melihat dengan mata sendiri.


Pada awal tahun 70-an dulu, penduduk kampung di Benoni Papar mengaku telah membunuh seekor naga yang tinggal di dalam lubang. Naga tersebut dipanggil tambuakar. Keaslian cerita ini tidak dapat disahkan kerana cerita hanyalah diturunkan dari mulut ke mulut.

No comments:

Post a Comment