Tuesday 24 July 2018

ALASAN KENAPA KEROPOK TIDAK DIISI PENUH DALAM PLASTIK


Ramai yang berasa geram apabila keropok yang dibeli ternyata hanya separuh penuh. Rasa seperti ditipu kerena bungkusan keropok yang besar tetapi isinya sedikit.

Sebenarnya, syarikat pengilangan sengaja berbuat demikian bukan kerana ingin menipu pembeli tetapi untuk memastikan keropok tersebut tahan lebih lama dan tidak hancur.

Proses tersebut dinamakan nitrogen flushing. Dimana, oksigen akan dipaksa keluar dan digantikan dengan nitrogen di dalam bungkusan. Bungkusan keropok diisi separuh dengan nitrogen kerana nitrogen tidak memberi kesan sampingan keatas keropok. Berbeza dengan nitrogen, oksigen boleh mengubah warna dan daya tahan keropok.

Walaubagaimanapun, isi nitrogen didalam bungkusan keropok tidak sama diantara pengilang-pengilang yang berbeza. Kadangkala ada yang mengisi bungkusan dengan nitrogen lebih dari 50% isi kandungan.

No comments:

Post a Comment