Sunday 8 July 2018

POSISI TANGAN KETIKA MEMANDU MENDEDAHKAN PERSONALITI SEBENAR ANDA

Di manakah posisi tangan anda ketika sedang memandu? Sedarkah anda bahawa setiap individu mempunyai cara memegang steering kereta yang tersendiri. Mengikut kajian, individu yang mempunyai cara sama memegang steering kereta selalunya mempunyai personaliti yang sama.

1. Satu tangan di atas dan satu lagi di bawah


Anda seseorang yang berfikiran logik. Anda selalunya bertindak setelah membuat penilaian terlebih dahulu. seorang yang munasabah, rasional dan boleh diharap. Anda adalah tempat rakan anda mendapatkan nasihat kerana kebolehan anda membuat keputusan yang tepat.

2. Satu tangan di tepi dan satu lagi pada hon



 Anda seorang pendesak. Anda sering tergesa-gesa dan selalunya tidak mempedulikan pendapat orang lain. Mereka yang mengenali anda mengagumi semangat dan ketegasan anda.

3. Satu tangan di tengah atas


Anda seorang yang cool. Anda selalu bersahaja  dan tenang di dalam setiap hal. Tidak mudah panik dan tidak mempedulikan hal-hal kecil yang menganggu fikiran anda.

4. Kedua belah tangah berada di posisi tengah


Anda seorang yang mencintai kedamaian. Anda tidak suka situasi yang tegang dan anda tidak mudah marah. Anda memiliki kebolehan untuk menyatukan kumpulan sehingga mampu menyelesaikan masalah bersama-sama.

5. Tangan anda pada bahagian bawah dan mempunyai jarak yang sama


Anda merupakan seorang pemimpin. Anda memiliki kemampuan untuk memimpin yang tinggi. Orang lain melihat anda sebagai mentor. Mereka percaya dengan keyakinan dan kagum dengan keputusan yang anda lakukan.

6. Dua tangan berada di posisi atas 


Anda seorang yang sering berkira-kira dalam setiap hal. Mudah cemas dan sering berfikir dua kali di dalam setiap keputusan. Disebalik kerisauan anda, anda adalah seorang yang baik hati dan penyayang.

7. Satu tangan di bahagian tengah steering


Anda seorang yang gila akan cabaran baru. Seorang yang lasak dan suka melakukan perkara-perkara yang sukar.

8. Dua tangan di bahagian atas dengan jarak yang sama 


Anda seorang yang sukakan kesempurnaan. Anda memandu seperti yang telah anda pelajari. Anda yakin dan percaya bahawa ini merupakan teknik yang betul dan tepat. Orang lain sering kagum dengan kejayaan dan etika kerja anda.

9. Satu tangan di bahagian tepi


Anda seorang yang bersikap sederhana. Anda tidak pernah menginginkan sesuatu secara berlebihan. Anda tidak suka tekanan dan isu-isu yang merumitkan hidup anda. Hidup dalam kesederhanaan tidak membosankan anda kerana anda menginginkan hidup yang bebas tekanan dan masa depan yang terjamin.


10. Dua tangan di bahagian bawah



Anda seorang yang bekerja keras, baik hati dan mempunyai nilai belas kasihan terhadap orang lain. Anda sering ada untuk memberi sokongan dan semangat kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment