Monday 9 July 2018

RAHSIA KEJADIAN LELAKI INDIA YANG HAMIL


 

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian pelik dan aneh. Seorang lelaki di India telah disangka mengandung. Setelah melalui pemeriksaan imbasan, lelaki tersebut memang benar mempunyai janin di dalam tubuhnya.


Sebenarnya, kejadian ini tidaklah asing dalam bidang perubatan. Hal ini juga pernah terjadi sebelumnya. Perkara pelik ini dinamakan Fetus in Fetu, yang mana merupakan kejadian di mana pesakit ini mempunyai kembar tetapi berada di dalam perut.


Janin kembar ini tidak dapat dikesan ketika masih kecil kerana tidak memberikan kesan yang ketara. Setelah dewasa, janin yang berada di dalam perut tadi turut membesar walaupun tidak mempunyai organ-organ penting. 


Seperti kejadian ini, janin di dalam perut lelaki India tadi telah membesar sehingga memiliki rambut, gigi dan ketulan daging.


No comments:

Post a Comment