Monday 16 July 2018

ORANG INDONESIA MANUSIA TERTUA DI DUNIA MERUPAKAN PEROKOK TEGAR


Sedarkah kalian bahawa manusia tertua di dunia asal Indonesia yang berumur 146 juga merupakan seorang perokok tegar sehinggalah dia menemui ajal pada tahun lalu? 

(Mbah Gotho umur 146 tahun)

Di tempat lain, Richard Overton sudah berumur 112 tahun dan masih merokok 12 batang rokok sehari. Beliau merupakan perokok tegar sejak zaman remaja lagi. Apa rahsianya, sehingga beliau terus sihat dan kini menjadi antara manusia tertua di Amerika?

(Richard Overton umur 112)

Tidak dinafikan bahawa rokok sememangnya banyak mengundang banyak penyakit yang boleh membawa kepada kematian di usia muda, tetapi bagaimana mereka ini pula mampu hidup sebegitu lama?


Ketika ditanya oleh para wartawan dan rakan-rakan, Richard berkongsi satu rahsia hidup panjang beliau. Dia menjawabnya ringkas, "teruslah hidup, jangan mati. Kita tidak tahu bila waktunya kita datang, dan waktu kita pergi. Ini semua pekerjaan Tuhan".


Beliau tidak mengamalkan budaya hidup dan pemakanan yang sihat, tetapi beliau merupakan seorang yang hidup bebas tanpa beban fikiran. Adakah perasaan gembira mampu membuatkan umur kita lebih panjang? Kajian juga banyak menyokong bahawa manusia yang berfikiran positif hidup lebih lama. 

Amaran! Merokok membahayakan kesihatan anda dan orang lain.

No comments:

Post a Comment