Sunday 15 July 2018

LINTAH HIDUP DAN BERTELUR DALAM HIDUNG ANAK KECIL


Setelah sebulan lamanya, barulah Nurkomala Sari sedar punca sebenar hidung anak kecilnya sering tersumbat dan kadang kala mengalir darah.

Kerana merasakan hal tersebut hanya perkara biasa, Nurkomala mengikut saranan jirannya untuk mencuba mengunakan ubat titis untuk membunuh bakteria yang menyebabkan rasa gatal di dalam hidung anaknya.

Setelah digunakan beberapa kali, anaknya pun mengadu seperti ada benda yang ingin bergerak keluar dari hidungnya. Setelah diteliti, Nurkomala melihat ada benda hitam memanjang berada di dalam hidung anaknya. Tanpa membuang masa, Nurkomala pun membawa anaknya ke hospital berdekatan.

Di hospital, akhirnya doktor berjaya mengeluarkan benda hitam tersebut yang mana merupakan seekor lintah. Dengan pemeriksaan lanjut, doktor telah menemukan lubang di dalam hidung anak Nurkomala yang telah dijadikan tempat bertelur lintah tersebut.


Sebenarnya perkara ini juga pernah berlaku sebelumnya dengan pelancong dari eropah. Tidak sangka, lintah boleh hidup dalam badan manusia. 

No comments:

Post a Comment