Tuesday 3 July 2018

POSISI TIDUR DAN PERSONALITI KAMU


Sedar tidak sedar, posisi tidur boleh menjelaskan personaliti kita. Posisi tidur ini tergolong didalam bahasa tubuh, iaitu sesuatu tindak balas spontan diluar kawal. Para penyelidik mendapati individu yang mempunyai posisi tidur yang sama cenderung mempunyai personaliti dan sikap yang sama. 

1. Tidur bayi


Mereka yang selesa tidur meringkuk ini boleh dikelaskan sebagai individu yang mempunyai karekter keras di luar tetapi lembut di dalam. Individu ini kebiasaannya pemalu pada awalnya, tetapi akan lebih bersikap terbuka dan bersahaja setelah lama berkenalan.

2. Tidur kayu


Individu yang tidur seakan kayu ini terkenal sebagai mereka yang senang bersosial dan ramah. Mereka ini juga selalunya orang-orang yang popular di sekolah ataupun tempat pekerjaan. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan mudah mempercayai orang lain sehingga seringkali menjadi mangsa penipuan.

3. Tidur L


Mereka yang tidur seperti ini mempunyai personaliti yang agak rumit. Mereka berfikiran terbuka, tetapi bersikap sinis. Lambat didalam membuat keputusan dan sering berhati-hati tetapi apabila sudah yakin mereka akan berusaha bersungguh-sungguh.

4. Tidur askar


Hanya sekitar 8% manusia yang mengatakan selesa tidur seperti ini. Individu yang tidur lurus ini mempunyai personaliti yang pendiam, dan perahsia. Mereka memandang tinggi nilai dan etika moral.

5. Tidur tiarap


Mereka yang tidur meniarap ini merupakan individu yang mudah bersosial tetapi mempunyai personaliti yang tidak mudah menerima kritikan.

6. Tidur tapak sulaiman


Mereka yang tidur "freestyle" ini mempunyai sikap prihatin yang sangat tinggi. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu jika diperlukan. Mereka tidak menginginkan perhatian, tetapi tidak menolak jika menjadi terkenal.

7. Tidur peluk bantal


Individu yang tidur memeluk bantal ini mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dan merupakan seseorang yang sangat menghargai perhubungan.

No comments:

Post a Comment